Monday, August 23, 2010

Bazar di Kuantan pula roboh dilanda ribut




Selepas kejadian ribut di Jasin dan Shah Alam, Kuantan pula dilanda ribut kencang yang memukul bazar di kawasan terbabit.

Dalam kejadian tersebut, seorang peniaga dimaklukan mengalami patah tangah. Ribut yang berlaku selama 15minit itu melanda bazar Ramadhan yang sedang dipenuhi orang ramai untuk membeli juada berbuka.

Kejadian itu juga menyebabkan beberapa pokok tumbang dengan enam khemah dipercayai ditiup angin kencang. Di kawasan yang berasingan pula, satu pokok besar tumbang dan menghempap kereta, rumah dan juga gerai.

Perkara yang tidak membatalkan puasa




Ramai umat Islam menghadapi beberapa pertikaian berhubung perkara - perkara yang tidak membatalakan puasa. Di sini digariskan beberapa perkara yang tidak membatalkan puasa :

  • Menelan air liur yang bersih dan dimaafkan orang yang gusinya selalu berdarah.
  • Bersuntik
  • Termasuk debu atau tepung yang halus ke dalam rongga.
  • Termasuk lalat atau nyamuk dan seumpamanya ke dalam rongga.
  • Termasuk air berkumur-kumur atau air yang dihisap ke hidung dengan tidak bersangatan.

  • Termasuk air mandi wajib atau mandi sunat, tetapi batal puasa jika mandi bersejuk-sejuk dan bersukaria.

Pengkaji mendapati bulan mengecut




Pengkaji bintang Amerika Syarikat memaklumkan bulan kini mengalami pengecutan selepas mendapati terdapat kedutan pada permukannya.

Penemuan itu didapati dengan melihat beribu gambar yang diambil daripada stesen angkasa Nasa. Secara kasar, penyelidik mendapati bulan telah mengecut sebanyak 200 meter dengan ukuran garis pusat bulan adalah sebanyak 3,474.57 kilometer.

Thomas Watters dari Institusi Smithsonian memaklumkan bulan mengalami pengecutan akibat proses penyejukan. Bagaimanapun mereka masih belum menemui sebab yang tepat berhubung pengecutan tersebut.

Menurut beliau, perkara ini adalah proses biasa dana ianya tidak perlu ditakuti.

Fulham 2 - 2 Manchester United (highlights)





Man Utd gagal atasi Fulham




Brede Hangeland menanduk masuk gol pada minit akhir untuk mengikat Manchester United di Craven Cottage.

United dilihat bakal membawa pulang tiga mata penuh selepas Hangeland menjaringkan gol sendiri ketika perlawanan hanya berbaki tujuh minit. Namun Nani gagal meletakkan skuad Sir Alex Ferguson 3-1 didepan selepas gagal menyempurnakan sepakan penalti dan keadaan ini menjadi punca kepada keputusan seri selepas Hangeland menjaringkan gol buat Fulham pula ketika perlawanan hanya tinggal satu minit sahaja.

"Selepas saya menjaringkan gol saya lihat pada jam dan hanya tinggal lima minit sahaja perlawanan. Ia sesuatu yang hebat untuk menjaringkan gol daripada sepakan sudut," kata Hangeland.

Bagaimanapun Ferguson menyifatkan Fulham layak unutk memperolehi satu mata dan berpendapat Fulham bermain lebih baik daripada United.

Ancelotti : Chelsea main "PlayStation"




Pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti menyifatkan anak buahnya seperti bermain "PlayStation" selepas berjaya membelasah Wigan di DW Stadium untuk mencatatkan kemenangan 6-0 kedua musim ini.

Florent Malouda membuka tirai jaringan sebelum Nicolas Anelka dan Salomon Kalou menjaringkan dua gol masing - masing. Yossi Benayoun melengkapkan pesta gol Chelsea untuk mengungguli liga.

Fakta menunjukkan Chelsea telah menjaringkan 29 gol dalam lima perlawanan terakhir liga tanpa dibolosi. Bagaimanapun Ancelotti mengingatkan anak buahnya bahawa situasi begini akan tiba ke penghujungnya.

"Sesuatu yang mustahil untuk difikirkan kami sentiasa menjaringkan enam gol dalam satu perlawanan. Ini bukan bola sepak yang sebenarnya, ini PlayStation," kata Ancelotti.

Liverpool sedia berdepan Man City




Mario Balotelli menjadi wira Manchester City di Romania pada perlawanan kelayakkan Piala Europa bertemu Timisoara.

City mengambil masa 72 minit untuk menjaringkan gol selepas 90minit tanpa gol ketika bertemu Tottenham Hotspur di White Hart Lane. Dengan nilai pelaburan yang tinggi, City hanya mampu menjaringkan satu gol dalam dua perlawanan. Keadaan yang mungkin menjadi persoalan kepada Roberto Mancini.

Bagaimanapun Mancini menegaskan ianya mengambil masa beberapa minggu sebelum kesebelasan utamanya dapat menyesuaikan diri. Beliau berharap City dapat mencipta kemenangan pertama dalam Liga Perdana di Eastlands bertemu Liverpool.

Sementara itu, Liverpool berhasrat untuk menafikan wang City dengan Joe Cole hanya akan menonton dari luar padang setelah menerima kad merah pertama sepanjang karier bola sepaknya.

James Milner bakal memulakan perlawanan pertamanya bersama Manchester City namun Aleksandar Kolarov dan Jerome Boateng masih dalam kecederaan. Liverpool pula merehatkan pemain utama dalam perlawanan Khamis lepas dan dijangka akan menurunkan semula pemain utamanya termasuk Javier Mascherano, Steven Gerrard dan Dirk Kuyt.

Barisan kemungkinan :

Man City : Richards, Kolo Toure, Kompany, Zabaleta; Yaya Toure, De Jong; Milner; Tevez, Balotelli, Silva.

Liverpool : Reina; Johnson, Carragher, Skrtel, Aurelio; Mascherano, Poulsen; Kuyt, Gerrard, Jovanovic; Torres.

Squillaci sedia berhijrah ke Arsenal




Pertahanan Sevilla, Sebastien Squilacci akan menyertai Arsenal selepas berjaya menjalani pemeriksaan kesihatan.

Sebelum ini, Arsene Wenger mendakwa beliau tidak mungkin boleh mendapatkan khidmat pemain pertahanan ini namun laporan terbaru mengatakan Arsenal hampir pasti memilikinya. Sebastien Squillaci akan ke London untuk melakukan pemeriksaan kesihatan di Arsenal dan sekiranya berjaya, pemindahan rasmi akan diumumkan.

Bagaimanapun Sevilla tidak memaklumkan berapa banyak Arsenal membayar bagi yuran perpindahan tetapi ianya dipercayai sebanyak 8 juta euro. Bekas pemain Lyon itu menyertai Sevilla dua tahun lepas dan meminta kelab untuk tidak menyenaraikan namanya dalam kelayakkan Liga Juara - Juara