Monday, August 2, 2010

Orang kaya China mahu beli Liverpool




Ahli pernaigaan China, Kenny Huang yang mempunyai nilai aset berbilion dalam perbincangan untuk mengambil alih Liverpool.

Huang yang merupakan CEO syarikat pelaburan sukan, QSL mahu menyelesaikan hutang sebanyak £237 juta Liverpool terhadap Bank di Scotland dengan Tom Hicks dan George Gillett menawarkan bidaan sebanyak £600 juta.

Sebelum ini, ahli perniagaan Syria, Yahya Kirdi berminat untuk memiliki Liverpool namun perbincangan tersebut ditangguhkan. Pada tahun 2007, Hicks dan Gillett membeli Liverpool dengan nilai £219 juta dan mendakwa Liverpool mampu menjadikan duitnya empat kali ganda.

Korea Selatan malukan Malaysia




Malaysia yang mengasaskan permainan sepak takraw terpaksa akur dengan kebangkitan Korea Selatan selepas tewas 2-1 dalam saingan acara berpasukan Kejohanan Piala Raja Thai di Chiang Mai.

Regu pertama Malaysia, trio Norazman Abdul Hamid, Norshahruddin Md Ghani dan Farhan Adam tunduk di tangan regu Korea, 17-21, 21-17, 10-15. Sementara itu, trio Normanizam Ahmad, Futra Abdul Ghani dan Arif Ramli terpaksa berhempas pulas untuk menewaskan regu kedua pasukan lawan dengan 24-25, 22-20, 15-13.

Regu terakhir yang dianggotai K Saravanan, Helmi Ismail dan Zulkarnain Arif ternyata lemah untuk menyaingi regu ketiga Korea Selatan dengan kekalahan mudah, 16-21, 14-21. Bagaimanapun perlawanan akhir menyaksikan kejayaan tetap milik Thailand yang mudah menewaskan Korea.

Pemandu van cabul budak Taska




Seorang pemandu van lelaki di Ampang didakwa mencabul seorang kanak - kanak Taska ketika dalam perjalanan menghantar pulang ke rumah.

Ibu kepada kanak - kanak tersebut pelik dengan sikap anaknya yang muram dan tidak mahu ke Taska. Selepas dipujuk oleh ibunya, kanak - kanak tersebut menceritakan kejadian sebenar kepada ibunya menyebabkan laporan polis dibuat.

Kanak - kanak tersebut dihantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjutan dan kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan. Seorang lelaki yang merupakan pemandu van telah ditahan untuk membantu siasatan.

Anderson terlibat dalam kemalangan




Pemain tengah Manchester United, Anderson dilaporkan terlibat dengan kemalangan kereta di Portugal.

Beliau dimasukkan ke hospital selepas kemalangan namun dimaklumkan hanya mengalami kecederaan ringan. Pemain berusia 22 tahun itu dikatakan pergi ke kelab malam Sardinha Biba bersama dua lagi rakannya yang turut berada di dalam kereta.

Dua rakannya dimasukkan ke hospital St Mark dan dimaklumkan tidak mengalami kecederaan serius. Laporan menyatakan Anderson berkemungkinan besar tidak akan pulang ke Manchester dalam masa terdekat ini.

Arsenal juara Piala Emirates


Arsenal berjaya mengekalkan kejuaraan beliau dalam Piala Emirates selepas menumbangkan Celtic 3-2.

Theo Walcott hanya memerlukan 3 minit untuk memberi ruang buat Carlos Vela membuka tirai jaringan sebelum Bacary Sagna dan Samir Nasri meletakkan Gunners tiga gol didepan. Jack Wilshere yang bermain di bahagian tengah untuk perlawanan kedua beliau dalam tempoh dua hari bermain cemerlang dan berpeluang untuk menghasilkan jaringan namun dinafikan oleh palang gol.

Celtic berpeluang merapatkan kedudukan selepas diberikan sepakan penalti namun Georgios Samaras gagal menyempurnakan peluang keemasan tersebut. Bagaimanapun Daryl Murphy berjaya merobek gawang tuan rumah empat minit kemudian sebelum Ki Sung-Yueng merapatkan kedudukan pada minit akhir perlawanan.




Kesilapan pertahanan Chelsea hukum diri sendiri


Jaringan mudah pertama akibat kesilapan pertahanan Chelsea menghukum juara Liga Perdana Inggeris itu untuk menerima kekalahan dalam perlawanan persahabatan menentang Eintracht Frankfurt yang berkesudahan dengan 2-1.

Kesilapan John Terry yang menghantar bola kepada Hilario memberi peluang kepada Patrick Ochs untuk memanfaatkan kesilapan Chelsea bagi meletakkan tuan rumah didepan. Bagaimanapun Frank Lampard kembali meletakkan maruah Chelsea diatas untuk jaringan penyamaan pada minit ke 65.

Bagaimanapun nasib tetap tidak menyebelahi Chelsea yang akur dengan jaringan penalti Halil Altintop untuk menamatkan perlawanan dengan 2-1.




Perlawanan pertama Joe Cole berakhir dengan kekalahan


Joe Cole menamatkan perlawanan pertama beliau buat Liverpool dengan kekalahan 1-0 di tangan Borussia Monchengladbach dalam perlawanan persahabatan terakhir Liverpool.

Roy Hodgson memasukkan barisan pemain yang mantap dalam pertemuan kali ini termasuk ketua pasukan England Steven Gerrard, Jamie Carragher dan Glen Johnson. Monchengladbach yang menyambut ulang tahun ke 110 Borussia Park berjaya menjaringkan gol tunggal menerusi kesilapan Daniel Ayala yang tidak mengawal bola dengan baik untuk disempurnakan oleh Karim Matmour.

Selepas ini Liverpool akan bersiap sedia untuk perlawanan kedua bagi kelayakkan Piala Europa pusingan ketiga di Anfield sebelum bertemu Arsenal untuk perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris.




Petua awet muda




Wajah yang kelihatan tua daripada umur sebenar menyebabkan segelintir orang tidak selesa dengan penampilan dirinya dikhalayak ramai. Tetapi sebenarnya terdapat beberapa kaedah mudah untuk mengelakkan wajah menjadi lebih muda atau lebih dikenali sebagai awet tua. Berikut merupakan beberapa cara yang boleh diamalkan untuk memudakan paras rupa anda. Selamat mencuba. =)

Lindungi kulit daripada matahari

Pendedahan terhadap pancaran cahaya matahari menjadi antara faktor berlakunya proses penuaan. Anda perlu menggunakan krim perlindungan matahari setiap hari. Penggunaan krim perlindungan itu menghalang proses penuaan sekali gus bertindak ke atas prapenuaan.

Elak merokokJustify Full

Asap rokok secara tidak langsung mempercepatkan proses penuaan seseorang kerana asap tersebut akan menyerap kandungan oksigen pada kulit dan melambatkan pembentukan sel-sel baru sehingga membuatkan wajah kelihatan pucat serta mengundang garis-garis halus pada mata.

Pencucian dalaman

Pencucian yang tidak bersih dipercayai akan mengundang kekeringan kulit dan kedutan. Anda tidak perlu menggunakan pencuci wajah yang mahal, sebaliknya pencuci biasa yang berbentuk krim boleh menanggalkan kekotoran apabila dikesat dengan kain kapas. Manakala, untuk kulit kering pula urut wajah dengan pencuci yang berminyak, biarkan selama beberapa minit dan cuci dengan air suam.

Pelembapan dua kali ganda

Selain pelembapan seharian, anda juga boleh meningkatkan tahap pelembapan kulit sama ada menggunakan topeng muka atau menyapu krim pelembap mahupun krim malam dalam lapisan tebal pada seluruh wajah. Biarkan lapisan tebal itu selama lima hingga 10 minit dan lap dengan tisu.

Aktifkan peredaran darah

Penggunaan skrab wajah dua kali seminggu dapat membantu melembutkan permukaan kulit. Skrab juga dapat mengaktifkan peredaran darah pada lapisan atas kulit. Dengan ini, ia membantu membentuk sel-sel baru pada wajah.

Penggunaan bedak asas

Garis-garis halus dan kedutan dapat dihilangkan buat sementara waktu dengan penggunaan produk kosmetik yang sesuai. Misalnya, bedak asas, konselar dan bedak kompak atau bedak halus membantu menutup garis-garis tersebut.

Kerap membelai wajah

Walaupun saban hari, anda menggunakan produk penjagaan kulit untuk memiliki kulit yang cantik tetapi rawatan wajah sebulan sekali amat membantu dalam menangani masalah kulit dan melambatkan proses penuaan. Gunakan rawatan wajah yang sesuai untuk mendapatkan hasil yang sempurna.

Pengendalian lembut

Ketika menggunakan produk penjagaan kulit atau solekan, anda perlu oles secara lembut supaya ia tidak merosakkan kulit wajah. Kulit sekeliling mata disifatkan lebih lembut berbanding di bahagian lain. Maka ia perlu dibelai secara lembut ketika menyapu krim pencuci atau krim mata. Semasa menyapu krim pada mata atau wajah, anda dinasihatkan menyapu krim tersebut menghala ke atas dan bukan ke bawah.

Solekan yang sempurna

Beli produk kosmetik yang mengandungi perlindungan UV kerana bahan-bahan tersebut dapat melindungi kulit daripada pancaran matahari. Buat sedikit penyelidikan sebelum membeli produk kosmetik terutamanya pembayang mata, maskara dan pengalit mata.