Sunday, August 15, 2010

Rooney belum pasti diturunkan lawan Newcastle




Wayne Rooney masih dalam proses untuk pulih daripada kecederaan dan kemungkinan akan terlepas perlawanan pembukaan Manchester United bertemu Newcastle esok.

Penyerang utama United itu cedera ketika bermain untuk England yang menewaskan Hungary 2-1 Rabu lepas. Rooney mendapat Anugerah Penulis Bolasepak Anugerah Pemain Tahunan PFA selepas menjaringkan 34 gol dalam 44 perlawanan bersama United musim lepas.

Bagaimanapun penyerang England itu belum pernah menjaringkan gol selepas kali terakhir semasa bertemu Bayern Munich dalam Liga Juara - Juara Eropah pada 30 Mac. Rooney turut gagal mempamerkan aksi cemerlang ketika Piala Dunia di mana gagal menghasilkan sebarang gol buat England.

Mourinho sedia £10j untuk miliki Drogba




Pengurus Real Madrid, Jose Mourinho sedia untuk kembali bekerjasama dengan penyerang Chelsea, Didier Drogba dengan menawarkan £10juta kepada penyerang Chelsea itu.

Sebelum ini Mourinho berjaya membawa pemain bernilai £6.7juta dari Chelsea Ricardo Carvalho dan kini Drogba menjadi sasaran untuk dibawa ke Bernabeu. Bagaimanapun Chelsea tidak mahu menjual penjaring gol terbanyak mereka musim lepas seperti mana yang dilakukan terhadap Ashley Cole.

Drogba telah memenangi tiga kejuaraan liga dan tiga Piala FA sejak menyertai Chelsea serta mempunyai hubungan yang sangat baik bersama Mourinho. Bekas pengurus Inter Milan itu percaya Drogba boleh dimiliki dengan hanya tawaran £10juta.

Chamakh : Liverpool lebih tertekan berbanding Arsenal




Marouane Chamakh percaya Liverpool lebih tertekan berbanding Arsenal berikutan reputasi hambar The Reds pada musim lepas.

Penyerang baru Arsenal itu berharap dapat memulakan permainan yang baik bersama Arsenal dengan Anfield menjadi medan pertempuran pertama. Arsenal menamatkan saingan liga di tempat ketiga musim lepas dibelakang Chelsea dan Manchester United. Manakala Liverpool yang berada pada tangga kedua dua musim lepas terpaksa akur dengan musim yang memalukan musim lepas selepas hanya mampu berada di tangga ketujuh.

"Liverpool berada pada tekanan yang lebih tinggi kerana mereka melalui musim yang hambar. Ia merupakan sukar untuk kami tetapi sukar untuk Liverpool juga," kata Chamakh. "Kami tidak terlalu tertekan kerana kami bermain di tempat lawan."

Gadis 21 tahun didera




Seorang gadis warga Indonesia yang bekerja sebagai suri rumah ditemui dalam sebuah bilik dalam keadaan cedera dan kelaparan akibat didera sejak enam bulan lalu.

Hasil siasatan mendapati gadis tersebut tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan telah memasuki Sibu sejak beberapa bulan lalu. Majikan beliau ditahan dan akan disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Mangsa didapati mengalami kecederaan di kepala dan muka serta terdapat parut akibat kecederaan yang dibelakang badan. Jiran mangsa memaklumkan beliau terdengar bunyi jeritan dari rumah tersebut hampir setiap malam dan dipercayai akibat penderaan tersebut.

Suami bunuh isteri, putuskan jari anak




Seorang suami di Teluk Intan mengamuk ketika waktu bersahur dengan membunuh isterinya menggunakan parang serta menetak anaknya sehingga putus dua jari.

Bagaimanapun lelaki tersebut ditembak mati oleh polis selepas enggan menyerah diri dan cuba menyerang anggota polis. Anak perempuan yang berumur 13 tahun itu turut cedera parah di kepala dan badan.

Bagaimanapun seorang lagi anaknya berumur 10 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan. Ketika polis tiba di tempat kejadian, lelaki tersebut cuba mengugut untuk membunuh anaknya jika ada sesiapa yang cuba menghampirinya.

Menurut laporan, lelaki yang merupakan bekas pengawal keselamatan mempunyai sakit mental.

Produk kecantikan bawa maut




Kementerian Kesihatan menyenarai hitam 47 produk pelangsing badan yang didapati mempunyai bahan kimia yang boleh memudaratkan pengguna.

Kementerian memaklumkan kebanyakkan pengeluar yang mahu mendaftarkan produk akan menyerahkan sampel produk mereka yang diperbuat daripada herba. Bagaimanapun selepas mendapat kelulusan, mereka akn mencampurkan bahan kimia terlarang secara sembunyi bagi memberi kesan segera kepada pengguna.

Menurut laporan, terdapat pengguna yang meninggal akibat mengamalkan produk tersebut dan dikhuatiri ramai pengguna lain akan mengidap penyakit kronik termasuk menjadi gila.

Terdapat produk yang mencampurkan bahan aktif sibutramine bagi mengurangkan selera makan, bahan pemutih hydroquinone dan tretinoin dicampur untuk produk kecantikan dan steroid serta antihistamine dicampurkan dalam produk tradisional.

Produk disenarai hitam Kementerian Kesihatan

Produk pelangsing badan berdaftar ada sibutramine:
# Kintop
# Body Beaus
# BMI-9 Xylimming Capsule
# Senna Plus Capsule

Produk tidak berdaftar mengandungi sibutramine:
# Lami

Produk berasaskan makanan mengandungi sibutramine:
# Obexlim
# Slimax Coffee
# Beaute Fit Body Contour
# Body Trimz

Produk tradisional berdaftar yang mengandungi steroid:
# 357 Nasal Spray

Produk tradisional tak berdaftar mengandungi steroid:
# Makjun Taufiq Dua Istimewa
# Majun Dua Istimewa
# Ginseng Jin Fui Wan
# Maajun Tenaga Herba Ubi Jaga
# Jamu Tradisional Jaya Asli (Anti Asam Urat)
# Red Brand Ginseng Plus Zheng Fei Capsule
# Ren Sem Tu Chon Chin Kuo Pill
# Makjun Syafiq 3 Istimewa
# Reepo

Produk berasas makanan yang mengandungi steroid:
# Air Ikan Haruan

Produk kosmetik yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin atau salah satu:
# Eriesya Spa Beauty Cream
# Atika Beauty Renewal Cream
# Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya
# Ratna Sari Whitening Night Cream
# Tia Amelia Krim Jeragat
# Chantique Whitening Night Cream
# RZAC White Pearl Cream
# Nuriz Day and Night Cream
# Elite Rias Er Cream
# R&Z Whitening Night Cream
# Beauty Line Beautitude Multipurpose Cream
# Pigmentation Recovery Complex
# Zara Rejuvenation Cream
# Natasya Krim Herba Gold
# De Putih Night Cream

Produk tradisional berdaftar ada antihistamine
# Eng Leong Cordyceps Chuanbei Plus Cough Pill

Produk tidak berdaftar mengandungi antihistamine
# Pil Zhen Zhu Bai Fong Wan
# Qian Tong Dan
# Raja Ubat Resdung
# Coral Plus UA 350MG

Kekal cergas ketika berpuasa




Puasa bukan penghalang untuk anda menjalankan aktiviti berat. Puasa sebenarnya mampu meningkatkan kualiti kerja anda mengikut satu kajian.

Untuk anda kekal cergas sepanjang menjalani Ibadah puasa, anda boleh mengamalkan beberapa tips berikut :

1 Ambil makanan yang berkhasiat iaitu mengandungi karbohidrat, protein, vitamin, mineral serta sedikit lemak.

2 Lakukan aktiviti fizikal untuk meningkatkan metabolisme. Waktu yang sesuai untuk anda melakukan aktiviti fizikal ialah ½ jam sebelum berbuka ataupun selepas makanan yang dimakan hadam.

3 Minum banyak air terutama air kosong. Ini untuk mengelakkan dehidrasi kerana badan kita memerlukan air yang banyak.

4 Elakkan mengambil minuman yang berkafein kerana ia boleh menghalang penyerapan zat-zat makanan oleh badan.

Liverpool lwn Arsenal : Permulaan yang sukar





Roy Hodgson memulakan kempen liga musim 2010/2011 bertemu dengan pasukan terakhir beliau berjumpa musim lepas iaitu dengan anak buah Arsene Wenger, Arsenal.

Bagaimanapun perlawanan pada bulan Mei itu adalah ketika beliau memegang Fulham dengan merehatkan beberapa tonggak utama Fulham bagi memberi fokus kepada perlawanan akhir Piala Europa. Kini beliau bersama Liverpool, masih lagi merupakan kelab paling berjaya di England walaupun telah lama Anfield kehilangan kejuaraan.

Satu tugas berat buat Hodgson ketika The Reds jatuh semasa di bawah kendalian Rafa Benitez musim lepas. Mensasarkan tempat pertama tetapi menamatkan musim di tempat ketujuh dengan terkeluar awal dari semua saingan kompetetif lain termasuk Liga Juara - Juara.

Perlawanan liga pertama Hodgson bersama Liverpool merupakan perlawanan ke-525 untuk Arsene Wenger. Walaupun Wenger hanya tewas 85 berbanding menang 307 dan kekal menamatkan saingan dikelompok empat teratas dalam 14 tahun beliau bersama Arsenal, namun Wenger mempunyai tekanan yang lebih tinggi berbanding Hodgson. Arsenal tidak menjuarai sebarang kejuaraan sejak 2005 menjadikan Wenger sebagai pengurus paling mengecewakan.

Kedua - dua pasukan mempunyai pemain baru yang berpotensi untuk menyerlah termasuk Joe Cole, Christian Poulsen, Milan Jovanovic, Laurent Koscielny dan Marouane Chamakh. Tetapi kedua - dua kelab terpaksa akur dengan keadaan tidak cerdas finalis Piala Dunia iaitu Fernando Torres, Cesc Fabregas dan Robin van Persie.

Christian Poulsen dijangka akan diturunkan sebagai kesebelasan utama dengan Fernando Torres dilaporkan telah pulih dari kecederaan. Bagaimanapun Hodgson tidak mahu mengambil risiko untuk meletakkan El Nino sebagai kesebalasan utama.

Barisan kemungkinan : Reina; Johnson, Kyrgiakos, Carragher, Agger; Poulsen, Mascherano; Jovanovic, Gerrard, Cole; Ngog.

Sementara itu, Marouane Chamakh dan Laurent Koscielny bakal bermain perlawanan kompetetif untuk Arsenal buat pertama kali dengan pemain baru England, Jack Wilshere mungkin akan dipertaruhkan.

Barisan kemungkinan : Almunia; Sagna, Koscielny, Vermaelen, Clichy; Song; Rosicky, Wilshere, Nasri, Arshavin; Chamakh.

Chelsea 6 - 0 West Bromwich Albion (highlights)





Chelsea berpesta gol





Chelsea 6 ‏lwn ‏ 0 West Bromwich

6′ Florent Malouda
45′ Didier Drogba
55′ Didier Drogba
63′ Frank Lampard
68′ Didier Drogba
90′ Florent Malouda

Penyandang juara Liga Perdana Inggeris, Chelsea memulakan sepak mula liga untuk mempertahankan kejuaraan mereka dengan membelasah West Bromwich Albion 6-0 di Stamford Bridge.

Chelsea hanya memerlukan 5 minit untuk memburu gol liga pertama mereka musim ini menerusi Florent Malouda diikuti Didier Drogba sebelum tamat separuh masa pertama. Penyerang Ivory itu menambah dua lagi gol dengan turut disertai jaringan tunggal Lampard sebelum Malouda menamatkan permulaan malang WBA.

Drogba dan Nicolas Anelka dibariskan di bahagian serangan dengan bantuan Jon Obi Mikel, Michael Essien dan Frank Lampard di bahagian tengah. Petr Cech pula menjadi sandaran buat Chelsea untuk memastikan kubu tidak dibolosi.

Kejayaan The Blues meletakkan mereka ditangga teratas liga dengan Blackpool membuat kejutan awal selepas kemenangan 4-0 ke atas Wigan untuk berada di tangga kedua.

Video : Chelsea 6 - 0 West Bromwich Albion (highlights)