Tuesday, August 24, 2010

Pengakuan : Raja Azmi insaf bermalam di lokap (video)




Manchester City 3 - 0 Liverpool (highlights)





Penunggang motosikal maut dilanggar lori




Seorang penunggang motosikal maut selepas digilis lori dalam nahas jalan raya di Tampin.

Mangsa yang cedera parah dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian. Kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa melanggar kenderaan lain sebelum memasuki jalan bertentangan yang mengakibatkan mangsa digilis lori.

Mangsa yang juga merupakan seorang pengawal di sekolah dikatakan dalam perjalanan ke tempat kerja di Tampin. Polis memaklumkan mayat mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.

Bapa punca anak mati melambung serah diri




Bapa kanak - kanak enam tahun yang maut akibat sebuah rumah mercun di Kampung Makam Lama, Chabang Tiga meletup menyerah diri kepada polis selepas didapati terlibat dalam penyimpanan mercun tersebut.

Polis memberi kelonggaran kepda beliau untuk menguruskan jenazah anaknya yang perlu dituntut di Hospital Sultanah Nur Zahiran (HSNZ). Selain itu, dua orang permuda turut cedera parah di kedua-dua kaki, telinga dan terdapat kesan terbakar di badan dan muka semasa kejadian itu.

Menurut polis, siasatan awal mendapati kejadian tersebut bukan berpunca daripada mercun buatan sendiri dan kemungkinan berpunca daripada jumlah mercun yang terlalu banyak higga merosakkan dua rumah jiran.

Polis menjumpai 15 kotak mercun yang mempunyai kuasa letupan yang kuat di tempat kejadian.

Pra Ops Sikap ; 1 jam 110 saman dikeluarkan




Operasi pra Ops Sikap yang dijalankan di Selangor tidak sampai 10 jam namun sebanyak 110 saman dikeluarkan.

Menurut laporan sebanyak 100 kenderaan perdagangan dan 150 motosikal diperiksa sebagai persediaan menghadapi ops sikap ke-22 yang akan bermula 3-17 September 2010. Sebanyak 83 saman dikeluarkan kepada penunggang motosikal dan selebihnya kenderaan perdagangan.

Kebanyakkan kesalahan adalah kerana tidak mempunyai lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh dan mengubah suai motosikal.

Perkara makruh ketika berpuasa




Masih ramai umat Islam yang tidak sedar mereka ada melakukan beberapa perkara makruh ketika berpuasa. Bagi memastikan puasa kita sempurna dan diredhai, haruslah dielakkan dari melakukan antara perkara - perkara berikut.


  • Menggosok gigi selepas gelincir matahari.

  • Merasa makanan kerana takut ianya boleh sampai ke rongga.

  • Memamah sesuatu kerana membanyakkan air liur dan ditakuti akan tertelan.

  • Mencium atau mengkucup isteri.

  • Banyak berkumur-kumur.

  • Mengeluarkan darah seperti berbekam dan lain-lain.

Tiada maaf buat Liverpool - Man City




12′ Gareth Barry
52′ Carlos Tevez
67′ (Pen) Carlos Tevez


Adam Johnson menjadi bintang Manchester City dengan skuad Roberto Mancini menumpaskan Liverpool 3-0 di Eastlands untuk mencatatkan kemenangan pertama liga musim ini.

Carlos Tevez menghasilkan dua gol dan satu jaringan daripada Gareth Barry selepas berganding dengan rakan kelab lamanya James Milner untuk membuka tirai jaringan bagi tuan rumah.

Liverpool pula dinafikan dengan kehebatan Joe Hart walaupun banyak peluang keemasan diperolehi. Mancini membariskan James Milner dalam kesebelasan utama dengan Mario Balotelli terpaksa menunggu untuk membuat penampilan sulung dalam liga akibat kecederaan.

Joleon Lescott pula kembali ke pertahanan kiri sementara tiada tempat untuk juara Piala Dunia, David Silva. Pasukan pelawat pula membariskan Fernando Torres buat pertama kali namun The Reds hadir ke Eastlands tanpa Javier Mascherano yang dijangka bakal berpindah.

Lucas pula digandingkan di bahagian tengah bersama Steven Gerrard dengan formasi 4-4-2 sementara Christian Poulsen hanya memanaskan bangku simpanan. City bermain di depan Sheikh Mansour buat pertama kali dan pemainnya hanya memerlukan 13 minit untuk membalas pelaburan ratusan juta pound sebelum aksi babak kedua menghasilkan dua gol menerusi serangan balas dan penalti.

Chelsea sedia €40j untuk dapatkan Sergio Ramos




Chelsea sedia untuk melancarkan tawaran terhadap pertahanan kanan Real Madrid, Sergio Ramos dan akan membelanjakan sebanyak €40 juta untuk juara Piala Dunia itu.

Laporan mengatakan pemilik Chelsea, Roman Abramovich yang agak perlahan dalam pembelian pemain musim panas kali ini bersedia untuk mengalih tawaran terhadap Neymar yang gagal bagi mendapatkan Ramos.

Tawaran ini dipercayai turut disertakan dengan kontrak lima tahun berserta bayaran gaji €10 juta setahun. Setakat ini, juara England itu hanya membawa Yossi Benayoun dari Liverpool dan Ramires dari Benfica.

Wenger : Walcott bakal menjadi penyerang buat Arsenal




Arsene Wenger percaya Theo Walcott akan menjadi seorang penyerang yang bagus selepas pemain berusia 21 tahun itu menjaringkan hatrik ketika Arsenal membelasah Blackpool 6-0.

Walcott yang bermain pada posisi sayap kanan dengan formasi 4-2-3-1 berjaya menyempurnakan hatrik kedua dalam karier bola sepaknya. Sebelum ini Walcott dikritik selepas hanya mampu menghasilkan 12 gol daripada lima musim Liga Perdana.

Wenger turut menjangkakan Walcott akan mengikuti jejak langkah Thierry Henry dalam beberapa tahun akan datang dengan bermain di posisi tengah. "Saya percaya beliau boleh menjaringkan gol kerana ketika beliau masih muda beliau telah menjaringkan gol dan saya yakin beliau akan lebih sesuai di bahagian tengah," kata Wenger.

Wenger turut menyatakan pemain 21 tahun ini tidak mampu dikejar oleh sesiapa pun dan kini beliau lebih tertumpu ke arah gol.