Saturday, July 24, 2010

6 petua elak mengantuk

http://www.atlantasleep.com/images/sleepy_worker.jpg


Anda mudah mengantuk?
Tertidur di kelas, pejabat atau sedang meeting.
Ok, di sini ada petua macam mana nak bagi hilang rasa mengantuk tu.
Cara yang paling berkesan ialah tidur. haha..
Ok, antara 6 cara untuk hilangkan ngantuk ialah :

1.Pergi ke kawasan yang terang dan bercahaya
Cahaya yang terang dapat menyegarkan mata dan minda.

2.Basuh muka
Antara cara yang berkesan, tapi biasanya dilakukan jika tahap mengantuk adalah kritikal.

3.Bau wangian
Bau wangian dapat merangsnag deria bau dan otak sekali gus boleh menyegarkan anda.

4.Dengar muzik
Ramai tak tahu bahawa muzik boleh menajamkan minda anda. Secara tak langsung rasa mengantuk boleh diatasi.

5.Senaman ringan
Melakukan sedikit pergerakan untuk memberi ruang kepada darah untuk mengalir. Elakkan duduk tanpa pergerakan lebih dari 30minit.

6.Lihat tumbuhan hijau
Tumbuhan hijau boleh menyegarkan mata selain melapangkan minda. Selamat mencuba. =)

Pemain rampas kad merah pengadil



Ada juga adegan macam ni dalam dunia bola sepak.
Kali ni pemain merampas kad merah dari tangan pengadil.
Tak nak kawan dapat kad merah punya pasal.
Haha.. kelakar juga bila tengok.
Anyway siapa yang nak tengok boleh la usha video bawah ni. enjoy =)

Ajax 3 - 1 Chelsea


Chelsea dimalukan oleh Ajax 3-1 dalam pertemuan persahabatan walaupun Chelsea hanya menurunkan barisan muda mereka.
Dua jaringan Ajax pada babak pertama boleh disifatkan sebagai tidak sepatutnya gara - gara kesilapan mudah oleh penjaga gol Chelsea, Ross Turnbull.
Sementara itu, jaringan tunggal Chelsea dijaringkan oleh Daniel Sturridge.
Kepada sesiapa yang terlepas siaran langsung boleh la lihat video highlight dibawah. =)

Robben : serangan Liverpool setanding Barcelona



Arjen Robben menyifatkan barisan serangan Liverpool adalah setanding dengan barisan serangan Barcelona dengan kehadiran Joe Cole ke Anfield.
Beliau turut menegaskan adalah satu kesilapan besar buat Chelsea kerana melepaskan seorang pemain yang berkebolehan besar.
Robben berkata Liverpool kini memiliki Steven Gerrard, Fernando Torres dan Joe Cole di bahagian serangan dan mereka mampu menyaingi cabaran untuk bergelar juara.
Pemain kebangsaan Belanda itu percaya sekiranya Cole diletakkan dibahagian tengah, beliau mampu untuk menjaringkan gol serta membuka peluang untuk menghasilkan gol.