Tuesday, August 3, 2010

Gereja mahu adakan Hari Bakar Al-Quran




Sebuah gereja di Gainsville, Florida merancang satu aktiviti sempena ulang tahun ke-9 serangan 11 September 2001 dengan mengadakan Hari Membakar Al-Quran.

Konsul Hubungan Amerika-Islam (CAIR) memaklumkan sebanyak 100,000 salinan al-Quran akan diberikan kepada seluruh penduduk dan pemimpin negara itu. Selain itu juga, CAIR menjemput umat Islam untuk mengadakan majlis makan malam "berkongsi al-Quran" sepanjang Ramadhan yang akan datang ini.

Bagaimanapun Persatuan Kebangsaan Agama Kristian (NAE) menolak rancangan terbabit dan mendesak supaya ianya dibatalkan. Mereka berkata perkara ini boleh mendatangkan ketegangan antara dua penganut agama tersebut. Mereka turut meminta penganutnya supaya menghormati agama lain.

Buat seks dengan mayat


Percaya atau tidak terdapat satu spesis manusia yang ketagih seks dengan mayat. Perkara tersebut digelar Necrophiliac di mana 90% daripadanya dilakukan oleh golongan lelaki dan heteroseksual.

Terdapat 3 peringkat Necrophiliac ini di mana peringkat pertama mereka perlu membunuh untuk mendapatkan mayat dan seterusnya memperoleh kepuasan seks. Peringkat kedua pula mereka menggunakan mayat yang sudah mati dan peringkat terakhir pula hanya berfantasi melakukan hubungan seks dengan si mayat tanpa melakukannya.

Terdapat juga pengakuan dari penggali kubur yang mendakwa beliau telah bercumbu dengan ratusan mayat gadis lawa termasuk menghisap darah dan air kencing mayat tersebut.

Gadis baring di landasan keretapi


Seorang gadis Rusia bertindak nekad melakukan aksi merbahaya dengan baring di landasan keretapi ketika keretapi berkelajuan tinggi melaluinya.

Tindakan gadis tersebut dipercayai dilakukan atas dorongan rakan - rakannya yang berada tidak jauh dari landasan tersebut. Bagaimanapun sekiranya perkara ini dilakukan di tempat lain, kemungkinan besar remaja tersebut akan mati.


Laman web lucah ditayang di Parlimen


Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) di Parlimen Indonesia digemparkan dengan tayangan laman web lucah yang kebiasaannya menayangkan maklumat semasa.

Imej daripada laman web lucah itu ditayangkan selama 15 minit sebelum berjaya ditutup oleh pengawal keselamatan. Speaker Parlimen, Marzuki Alie menegaskan mereka yang bertanggungjawab terhadap insiden terbabit akan dihukum.

"Sesiapa yang menggodam skrin ini bersikap kurang ajar dan akan dihadapkan ke pihak berkuasa," katanya. Sebelum ini Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono menyokong kawalan internet diperketatkan selepas berlaku kes video seks melibatkan selebiriti terkenal iaitu Ariel dengan pengacara Luna Maya dan Cut Tari.

Pasangan muda buat maksiat lari dikejar JAWI


Pasangan kekasih yang takut ditangkap pihak berkuasa memecut kereta untuk melarikan diri daripada ditangkap di Putrajaya.

Lelaki yang berusia 25 tahun itu dan pasangan perempuan berusia 23 tahun gagal melepaskan diri selepas keretanya dipintas penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Mereka bukan sahaja memandu ala drift, tetapi turut merempuh jalan bertentangan di laluan sehala di Persiaran Perdana, Presint 4.

Mereka menafikan bahawa ada melakukan perbuatan sumbang di dalam kereta ketika berada di di Jambatan Seri Gemilang berhampiran Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Mereka mendakwa melarikan diri kerana menyangkakan kenderaan yang mengejar mereka merupakan penyamun.

Bagaimanapun tipu helah mereka pecah selepas lelaki terbabit mengaku ada melakukan adegan berahi bersama pasangannya. Mereka akan didakwa di bawah Seksyen 29 Akta Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 kerana melakukan perbuatan tidak senonoh serta Seksyen 9 dan Seksyen 30 Akta Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 kerana mengingkari arahan penguatkuasa serta memberi kenyataan palsu.

Remaja hantar gambar bogel kepada gadis ditahan




Seorang remaja berusia 18 tahun di Madison berhasrat dapat memikat gadis idamannya dengan menghantar gambar bogel ke telefon bimbitnya.

Bagaimanapun nasib tidak baik menimpa remaja itu kerana gadis tersebut berkongsi telefon bimbit bersama ibunya. Ibunya yang ternampak gambar tersebut membuat laporan polis dan remaja tersebut ditahan atas sebab berkelakuan tidak senonoh.

Kaki, tangan, mulut mayat terikat ditemui




Seorang pembantu am rendah (PAR) Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Dua, ditemui mati di rumahnya di Jalan Sungai Dua dengan keadaan kaki, tangan dan mulutnya terikat.

Rakan mangsa datang ke rumahnya untuk mencari mangsa yang gagal dihubungi dan dikhuatiri mengidap sakit sawan. Beliau berkata sebaik tiba di rumah, kawasan persekitaran berbau busuk dan terkejut apabila melihat mayat disebalik pintu yang telah dikerumuni lalat.

Polis mendapati bahagian atas kening dan belakang kepala cedera akibat objek tumpul dan percaya kejadian berpunca daripada kes samun.

Barcelona mahu Arsene Wenger




Bekas presiden Barcelona, Joan Gaspart mendakawa Arsene Wenger telah dihalang oleh Arsenal untuk kekal di Emirates bagi menolak tawaran daripada gergasi Sepanyol itu.

Gaspart mahu mendapatkan khidmat Wenger pada tahun 2001 ketika Llorenc Serra Ferrer digugurkan daripada menjadi pengurus. Bagaimanapun Arsenal menghalang pemindahan tersebut seperti mana yang dilakukan terhadap Cecs Fabregas pada masa kini.

"Saya berjumpa dengan Wenger di Paris, dia mahu datang ke Barca tetapi Arsenal menghalangnya. Capello juga mahu ke Barca tetapi dihalang Roma," katanya.

Casillas percaya Mourinho mampu bawa Gerrard dan Ashley Cole




Penjaga gol Real Madrid, Iker Casillas berkata pengurus barunya, Mourinho masih mengintai peluang untuk mendapatkan khidmat ketua pasukan Liverpool Steven Gerrard dan pertahanan kiri Ashley Cole.

Gerrard yang memaklumkan beliau akan kekal di Anfield sementara Carlo Ancelotti menegaskan Cole tidak akan meninggalkan Stamford Bridge. Mourinho yang membawa Cole daripada Arsenal pada tahun 2006 telah mula meminati Gerrard pada masa itu.

Casillas percaya Mourinho akan melakukan apa saja bagi memastikan dua pemain bintang England itu berhijrah ke Santiago Bernabeu musim ini.

Torres dijangka terlepas lawan Arsenal




Fernando Torres dijangka akan terlepas perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris bertemu Arsenal minggu depan akibat masalah kecederaan yang dihadapinya ketika final Piala Dunia lepas.

Penyerang Sepanyol itu kembali ke kem latihan Ahad lepas selepas bercuti pendek bersama keluarganya. Bagaimanapun beliau tidak dapat menjalani latihan penuh akibat masalah kecederaan yang masih belum pulih.

Torres juga tidak akan bermain untuk perlawanan pusingan ketiga kelayakkan Piala Europa menentang Rabotnicki di Anfield Khamis ini.

10 jersey pemain EPL terkenal




Penyerang sensasi Liverpool, Fernando Torres kekal sebagai pemain tertinggi dalam pembelian jersey bernama untuk musim 2009/2010.

Selain daripada pemain Liverpool, Manchester United, Arsenal dan Chelsea, Tevez turut tersenarai sebagai wakil tunggal daripada Manchester City. Berikuta adalah senarai 10 jersey bernama tertinggi di EPL :

1. Torres
2. Gerrard
3. Rooney
4. Fabregas
5. Arshavin
6. Lampard
7. Drogba
8. Owen
9. Carragher
10. Tevez