Wednesday, August 18, 2010

Nasri direhatkan sebulan




Samir Nasri terpaksa melupakan hasratnya untuk meneruskan kecemerlangan sejak pra-musim bermula apabila disahkan mengalami kecederaan dan perlu berehat selama sebulan.

Pemain kebangsaan Perancis itu bermain dengan baik pada pra-musim untuk Arsenal namun didapati cedera ketika perlawanan menentang Liverpool Ahad lepas. Arsenal mengesahkan laporan ini dan pemain tengah itu dijangka akan direhatkan selama sebulan.

Nasri yang mengambil tugas Cesc Fabregas dibahagian tengah berjaya melakukannya dengan baik dan Fabregas dimaklumkan akan kembali bermain pada pertemuan Blackpool minggu ini.

Denilson dan Alex Song yang cedera sebelum ini turut dijangka akan bermain bersama Johan Djourou untuk mengisi kekosongan Laurent Koscielny yang digantung perlawanan.

Bebe mahu ikut langkah Ronaldo




Pemain yang dibeli Manchester United tanpa dikenali, Bebe berkata beliau mahu mengikut jejak langkah Cristiano Ronaldo untuk menjadi bintang di Old Trafford.

Pemain yang bernilai £7juta dari Vitoria Guimaraes itu hanya dibawa dengan perpindahan percuma lima minggu sebelum itu. Sir Alex Ferguson turut memaklumkan baru - baru ini yang beliau tidak pernah melihat Bebe bermain dan ianya merupakan kali pertama Ferguson membeli pemain tanpa melihat sendiri.

"Untuk menjadi pemain kelab seperti Manchester United adalah sepolah - olah mimpi yang menjadi kenyataan bagi mana - mana pemain. Faktor Portugal menyebabkan saya ingin bermain di sini," kata Bebe.

"Cristiano Ronaldo pernah bermain di sini dan kini telah menjadi seorang pemain ternama. Nani dan Anderson juga masih di kelab ini. Saya mahu menjadi seperti itu dan kemudian berusaha untuk menjadi pemain terkenal."

Brazil mahu Neymar tolak tawaran Chelsea




Jurulatih Brazil, Mano Menezes menasihati agar Neymar menolak tawaran daripada Chelsea dan percaya beliau akan mampu meningkat sekiranya kekal di Santos.

Laporan percaya tawaran £24juta dari Chelsea ditolak untuk memiliki Neymar yang berjaya menjaringkan gol buat Brazil pada aksi sulung beliau di peringkat kebangsaan. Santos berang dengan tindakan Chelsea yang terus memburu pemain bintang mereka dan membawa kes tersebut ke FIFA.

Neymar dijangka akan membuat keputusan dalam minggu ini berhubung tawaran dari Stamford Bridge dengan Menezes berharap pemain muda itu kekal di kelabnya. Neymar berkata beliau tidak mahu meninggalkan kelab seperti Santos semata - mata untuk bermain sebagai pemain simpanan di Chelsea. Bagaimanapun beliau masih belum membuat sebarang keputusan.

Joe Cole didakwa polis




Pemain tengah Liverpool, Joe Cole didakwa kerana memandu kereta melebihi kelajuan 100km/j.

Pemain kebangsaan England itu memandu Audi A4 milik beliau dan didapati melebihi had kelajuan 70km/j. Polis berkata beliau mendapati bintang bola sepak itu tidak memandu pada had laju yang ditetapkan.

Polis memaklumkan rekod pancaran laser pada kereta Joe Cole menunjukkan kelajuan pada 105km/j. Bagaimanapun Cole menafikan yang beliau memandu laju dan peguamnya mendakwa alat perangkap halaju itu tidak tepat dan memberikan bacaan yang salah.

Bagaimanapun pendakwaraya mempunyai bukti yang kukuh untuk membabitkan kesalahan kelajuan terhadap bintang Liverpool itu. Jika Cole didapati bersalah, beliau boleh dilarang daripada memandu lagi kerana telah mempunyai rekod kesalahan sebelum ini.

Cara kurangkan berat badan di bulan puasa




Ramai yang yakin berat badan akan kurang apabila berpuasa. Hakikatnya hanya segelintir yang berjaya dan ada juga yang makin bertambah akibat berbuka tanpa beringat. =)

Di sini terdapat beberapa tips untuk menguragkan berat badan semasa berpuasa.

1. Ramadhan merupakan satu peluang untuk mengurangkan berat badan bagi mereka yang mengalami masalah berat badan berlebihan. Amalan pemakanan sihat yang disarankan bagi mengurangkan berat badan ialah:

2 Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan gula, minyak serta lemak. Makanan ini mengandungi tinggi kalori. Jika anda tidak dapat menahan diri daripada mengambil makanan ini, ambillah dalam kuantiti yang sedikit.

3, Hadkan pengambilan air manis seperti air sirap atau kordial. Utamakan pengambilan air kosong dan jus buah-buahan yang tidak ditambah gula. Susu rendah lemak juga merupakan pilihan minuman yang baik.

4. Beri perhatian pada saiz hidangan anda. Kebiasaannya, kita akan makan dengan banyak apabila terlalu lapar. Oleh itu sentiasa ingat untuk mengekalkan saiz hidangan yang kecil, walaupun mengambil makanan yang rendah lemak.

5. Lebihkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran. Makanan ini bukan sahaja mengenyangkan, malah boleh meningkatkan pengambilan serat harian anda.

6. Jangan lupa untuk melakukan senaman ringkas. Berpuasa bukan alasan untuk anda tidak melakukan senaman.

Suami zalim pijak isteri hamil

gambar hiasan



Seorang isteri bernasib malang apabila suaminya memijak pertunya yang sedang hamil gara - gara menguatkan siaran televisyen.

Kejadian yang berlaku di Ampang itu dimaklumkan pasangan tersebut baru sahaja setahun mendirikan rumahtangga. Suami yang turut berada di rumah pada ketika itu meminta isterinya memperlahankan suara televisyen dan si isteri mengikut kehendak suaminya itu.

Tidak lama kemudian suaminya memaklumkan ingin keluar untuk bermain snuker bersama rakan. Bagaimanapun suami yang baru hendak keluar rumah berang selepas isterinya menguatkan suara televisyen semula. Suami mangsa mendakwa isterinya cuba bersikap kurang ajar.

Mangsa menafikan dakwaan itu namun suami yang tidak berpuas hati dengan sikap mangsa terus memukul tangan mangsa sehingga menyebabkan kecederaan. Selepas itu suami bertindak memijak perut isterinya yang mengandung enam bulan.

Akibat tidak berpuas hati dengan tindakan zalim suaminya itu, si isteri membuat laporan polis dan rawatan kesihatan sedang dijalankan. Setakat ini bayi dikatakan masih stabil.

Bayi lumpuh dipatuk ular tedung




Seorang bayi lelaki berusia 18 tahun disahkan mengalami lumpuh kekal akibat dipatuk ular tedung di kepala ketika bermain di rumah neneknya di Kampung Bukit Merah, dekat Beseri.

Mohd Asri Mohd Indrasuadi turut dimaklumkan menghadapi masalah fugsi saraf gagal berfungsi berikutan bisa ular tersebut merebak ke otaknnya. Keadaan ini menyebabkan beliau koma selama 45 hari dan hanya mampu berbaring sepanjang hayat.

Ibunya menceritakan bagaimana anaknya yang sedang bermain tiba - tiba menangis dan didapati kepalanya berdarah. Selepas tangisannya tidak henti, ibu tersebut meminta bantuan daripada jiran untuk dihantar ke hospital.

Selepas pemeriksaan di hospital, pihak hospital mendakwa bayi tersebut dipatuk ular sehingga menyebabkan koma selama 45 hari. Pihak a1M berharap keluarga mangsa dapat tabahkan hati menghadapi dugaan ini. Sama - sama kita berdoa untuk kesejahteraan mereka.

Askar Israel hina tahanan Palestin di Facebook




Seorang bekas askar wanita Israel memamparkan dalam Facebook peribadinya gambar beliau berpakaian seragam lengkap bersama tahanan Palestin yang diikat dan ditutup mata.

Tindakan beliau dikecam oleh rakannya di dalam tentera dan juga rakyat Palestin kerana dianggap menghina tahanan. Gambar tersebut secara tidak langsung memperlihatkan layanan buruk askar Israel terhadap rakyat Palestin.

Jurucakap Pihak Berkuasa Palestin, Ghassan Khatib menyifatkan tindakan tersebut menunjukkan bahawa askar Israel bangga dengan keaiban rakyat Palestin.

Ferguson : Saya tidak pernah melihat Bebe bermain




Sir Alex Ferguson memaklumkan ia merupakan kali pertama dalam tempoh 24 tahun di Old Trafford beliau membeli pemain yang tidak pernah beliau lihat.

Manchester United membuat pengumuman mengejutkan dengan menandatangani pemain berusia 20 tahun yang hanya menyertai Vitoria Guimaraes lima minggu dari Estrela Amadora. United membelanjakan £7juta untuk pemain tidak ternama itu yang didakwa turut diminati Real Madrid.

"Peninjau kami di Portugal memaklumkan kami perlu memiliki pemain ini segera dan saya menghantar David Gill untuk mendapatkan perjanjian," kata Ferguson. Bebe yang ditemuramah oleh wartawan memaklumkan beliau seorang yang laju, menyepak bola dengan baik dan menjaringkan gol dengan banyak.

United menghabiskan duit mereka musim ini untuk memiliki pemain muda iaitu Bebe, Javier Hernandez dan Chris Smalling.

Benfica berhasrat dapatkan Armand Traore




Gergasi Portugal, Benfica mahu menjadikan pertahanan Arsenal, Armand Traore sebagai pemain mereka musim ini.

Pemain muda berusia 20 tahun itu dijangka akan segera meninggalkan Emirates selepas gagal mempamerkan aksi memberangsangkan sejak menyertai The Gunners. Traore hanya menghabiska masa beliau pada musim lepas dengan dipinjamkan ke Portsmouth dan hanya bermain untuk 13 perlawanan sahaja.

Traore dilihat sukar untuk menyaingi Gael Clichy dan Kieran Gibbs untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama dan Benfica sedia untuk membeli ataupun meminjam Traore dan kini hanya menanti pengesahan daripada Arsene Wenger.

Fantasy : Gameweek 2 - Lampard, Drogba & Rooney




Sky Sports menyiarkan berita daripada Chelsea TV bahawa Frank Lampard dan Didier Drogba kemungkinan besar akan direhatkn untuk perlawanan bertemu Wigan berikutan masalah kecederaan.

Lampard memaklumkan bagaimana beliau berusaha untuk bermain bagi perlawanan pembukaan Chelsea menentang WBA sekali gus memaksa dirinya berehat untuk kembali cergas. Begitu juga dengan Drogba yang masih mampu menjaringkan 3 gol walaupun tidak cerdas sepenuhnya.

Keadaan ini mungkin merungsingkan pengurus Fantasy Premier League (FPL) kerana kemungkinan pemain termahal dalam skuad mereka hanya akan berada di bangku simpanan bagi Gameweek 2. Bagaimanapun kenyataan daripada Carlo Ancelotti berhubung dua pemain bintang ini akan dikeluarkan selewat-lewatnya pada Jumaat.

Sementara itu Wayne Rooney meneruskan rekod 1076 minit tanpa gol. Ia merupakan satu statistik yang merungsingkan. Dengan nilai pelaburan 12.0 juta, anda perlu mengkaji status Rooney yang tidak pernah menjaringkan gol selepas pulih daripada kecederaan musim lepas.

Strategi Alex Ferguson musim ini mungkin hanya membenarkan Rooney untuk bermain 60 minit sahaja dalam satu perlawanan. Dengan pemilihan penyerang yang semakin ramai di Old Trafford, ianya memaksa 17,000 pengurus FPL menukarkan Rooney dengan Drogba setakat ini dan jumlahnya mungkin akan meningkat.

Nama liga : anak1Malaysia
Code liga : 632185-147709