Monday, July 26, 2010

Tips ayat awek / jaga hati awek


Ramai jejaka terpinga - pinga macam mana la nak mengayat awek/perempuan. Ada yang direjek, ada juga yang bernasib baik. So, kat sini ada beberapa tips untuk jaga hati perempuan. Bagi yang da berpunya, boleh amalkan untuk jaga hati si dia supaya lebih sayang.. =)




1. Bila awek nie die katakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan korang selepas korang menyakiti hatinya, lebih baik korang beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum korang menegur dengan ucapan maaf.

3. Aweks kat lua sner tue susah nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang.

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika korang tidak suka dengan gadis yang sukakan korang separuh mati sbb korang rs korang encem sgt, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang korang tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri dari korang selepas korang tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika.Sekiranya korang masih ingin menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika korang menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenali korang dengan lebih mendalam.


15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat dengan korang.


16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungi korang atau menunggu panggilan dari korang, teruskan usaha korang untuk takel die... xkesah la kene kad merah ke kuning.. jnji dapat tekel.. hehe

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau korang masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadap korang

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So, kalau nak memikat wanita pandai-pandailah

5 gol paling kelakar di dunia


Hiburkan hati dengan menyaksikan antara 5 gol paling kelakar di dunia.
Gol yang boleh dikategorikan nasib, ataupun tidak bernasib baik.
Jom saksikan video di bawah ini. enjoy =)



Gol penalti yang menakjubkan


Gol penalti yang menakjubkan semasa perlawanan antara Sepanyol melawan Italy dalam kejohanan Piala Eropah bawah 19 tahun. Ezequiel Calvente menjaringkan gol penalti dengan cara memperdaya penjaga gol.

Itali membantah gol tersebut namun ianya tetap disahkan. Suatu gol yang tidak sopan tetapi menakjubkan. Usha la video bawah ni. enjoy =)




Petua hilangkan jerawat


Muka berjerawat? Ramai orang terutamanya golongan remaja menghadapi masalah muka berjerawat. Sebenarnya banyak cara dan kaedah untuk menyelesaikan masalah ini. Ada yang beli ubat kosmetik, cream, sapu2 dan banyak lagi.

Di sini ada beberapa petua tradisional yang boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat. Insya-Allah berhasil. Selemat mencuba. =)



1) Bancuh sesudu susu tepung dengan sedikit air. Tepek pada keseluruhan muka setiap malam. Setelah kering, bilas dengan air suam. Amalkan setiap hari.

2) Ambil beberapa helai daun jambu batu dan giling hingga halus. Campurkan bersama bedak sejuk dan tepek pada muka sebelum masuk tidur. Amalkan selalu.

3) Ambil beberapa helai daun sirih dan tumbuk bersama beras hingga lumat. Campurkan dengan sedikit ait dan tepek pada muka sebelum masuk tidur. Amalkan selalu.

4) Giling segenggam beras bersama segenggam daun inai hingga lumat. Bulat-bulatkan adunan sebesar duit syiling 5 sen dan jemur hingga kering. Simpan dalam bekas kedap udara.
Apabila hendak menggunakannya, titis beberapa titik jus limau nipis dan sapukan pada keseluruhan muka dengan menggunakan belahan kentang. Amalkan dua kali seminggu.

5) Rendam beberapa keping asam gelugur (dikenali juga sebagai asam keping) selama satu malam. Tumbuk beberapa helai daun pucuk jambu batu hingga halus. Campurkan kedua-dua bahan dan sapukan pada keseluruhan muka. Amalkan dua kali seminggu.

6) Asah sedikit kulit kayu manis atau ambil sedikit serbuk kayu manis dan campurkan dengan sedikit madu. Jadikan masker sebelum masuk tidur. Bilas dengan air bersih pada keesokan paginya. Amalkan tiga kali seminggu.

Kansas City Wizards 2 - 1 Manchester United (Highlights)



Manchester United dikejutkan dengan kekalahan pertama dalam siri perlawanan persahabatan mereka di tangan Kansas City 2-1. Jaringan pembukaan oleh Kansas City menerusi gerakan cantik berjaya dinafikan oleh Dimitar Berbatov yang menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti.

United dihadiahkan sepakan penalti selepas pertahanan Kansas City mengasari Berba di dalam kotak penalti. Keadaan itu memaksa pengadil perlawanan memberikan kad merah dan menyebabkan Kansas City terpaksa bermain dengan 10 pemain.

Bagaimanapun keadaan itu tidak melunturkan semangat tuan rumah yang berjaya menghasilkan gol kemenangan untuk menumpaskan Red Devils 2-1. Video dibawah merupakan highlights goal untuk game ini. enjoy =)