Monday, July 26, 2010

Kansas City Wizards 2 - 1 Manchester United (Highlights)



Manchester United dikejutkan dengan kekalahan pertama dalam siri perlawanan persahabatan mereka di tangan Kansas City 2-1. Jaringan pembukaan oleh Kansas City menerusi gerakan cantik berjaya dinafikan oleh Dimitar Berbatov yang menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti.

United dihadiahkan sepakan penalti selepas pertahanan Kansas City mengasari Berba di dalam kotak penalti. Keadaan itu memaksa pengadil perlawanan memberikan kad merah dan menyebabkan Kansas City terpaksa bermain dengan 10 pemain.

Bagaimanapun keadaan itu tidak melunturkan semangat tuan rumah yang berjaya menghasilkan gol kemenangan untuk menumpaskan Red Devils 2-1. Video dibawah merupakan highlights goal untuk game ini. enjoy =)


Kongsi artikel ini di Facebook
Related Posts with Thumbnails