Friday, August 27, 2010

Lelaki serah kesucian tunang kepada rakan

gambar hiasan



Seorang lelaki sanggup menggadaikan kesucian tunangnya gara - gara gagal melangsaikan hutang selepas kalah judi.

Kejadian yang berlaku di rumah nenek lelaki tersebut di Betong bermula selepas mangsa dipelawa tunangnya untuk bermalam di rumah nenek lelaki tersebut. Lelaki tersebut mengatur rancangan dengan mendakwa kononnya beliau terpaksa keluar untuk berjumpa seseorang untuk meninggalkan nenek dan tunangya di rumah.

Rakan lelaki tersebut hadir tidak lama kemudian dengan mengunci pintu bilik mangsa sebelum merogolnya. Mangsa cuba mendapatkan pertolongan daripada neneknya namun wanita yang sudah uzur itu tidak mampu membuka pintu yang telah dikunci.

Suspek melarikan diri setelah puas dan selepas laporan dibuat, polis berjaya menangkap suspek. Menurut suspek, perbuatan itu dibuat sebagai perjanjian tunangnya yang gagal melangsaikan hutang perjudian.

11 amalan sunat bulan Ramadhan



1.  Keutamaan Sahur Dan Mentakhirkannya Selama Tidak Khuatir Akan Terbitnya Fajar
Dari Anas radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:  “Bersahurlah kamu sekalian kerana sesungguhnya di dalam sahur itu terdapat barakah.” (HR Bukhari & Muslim)
Dari Zaid bin Tsabit radhiAllahu ‘anhu berkata:  “Kami sahur bersama-sama dengan Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam, kemudian kami melaksanakan solat.” Ada seseorang bertanya:  “Berapa lama antara sahur dengan solat itu?” Ia menjawab:  “Kira-kira 50 ayat.” (HR Bukhari & Muslim)
Dari ‘Amr bin ‘Ash radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:  “Kelebihan puasa kami dan puasa ahli Kitab adalah adanya makan sahur.” (HR Muslim)
2.  Segera Berbuka Puasa Apabila Sudah Masuk Waktu Berbuka
Dari Sahl bin Sa’d radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:  “Manusia itu selalu dalam kebaikan selama mereka segera berbuka puasa.” (HR Bukhari & Muslim)
Dari Anas radhiAllahu ‘anhu berkata:  “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam sentiasa berbuka dengan beberapa biji ruthob (kurma yang baru masak) sebelum solat.  Jika tidak ada ruthob (kurma yang baru masak), maka beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam berbuka dengan tamar (kurma yang sudah kering).  Jika tidak tamar (kurma yang sudah kering), maka beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam meneguk air beberapa teguk.” (HR Abu Daud dan At-Turmudzi)
3.  Berdo’a sepanjang berpuasa dan ketika berbuka.
Diriwayatkan oleh Turmudzi dengan sanad yang hasan, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:  “Ada 3 golongan yang tidak ditolak do’a mereka, iaitu orang yang berpuasa sehingga dia berbuka, pemimpin negara yang adil dan orang yang teraniaya.”
4.  Menjauhi perkara-perkara yang bertentangan dengan ibadah puasa.
Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alahi wasallam bersabda:  “Puasa itu adalah perisai, oleh kerana itu, apabila salah seorang di antara kamu sekalian berpuasa maka janganlah berkata kotor dan janganlah bertengkar/berteriak.  Apabila ada seseorang yang mencaci-maki atau mengajak berkelahi, maka hendaklah ia berkata:  “Sesungguhnya aku sedang berpuasa””. (HR Bukhari & Muslim)
Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: ‘Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan perbuatan buruk, maka Allah tidak memerlukan ia meninggalkan makan dan minumnya.” (HR Bukhari)
5.  Bersiwak atau menggosok gigi.
Amir bin Rabi’ah berkata,  “Saya melihat Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersiwak dan beliau pada saat itu sedang berpuasa.  Kerana seringnya, maka saya tidak dapat membilang dan menghitungnya.” (HR Bukhari)
Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu mengatakan bahwa Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Andaikan tidak memberatkan umatku, niscaya mereka kuperintahkan bersiwak pada setiap kali berwudhu.” (HR Bukhari)
6.  Bermurah hati dan banyak menderma.
Dari Ibnu Abbas radhiAllahu ‘anhu katanya:  “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam adalah seorang yang paling dermawan, dan sifat dermawannya itu lebih menonjol pada bulan Ramadhan yakni ketika ditemui Jibril.  Biasanya Jibril menemuinya pada setiap malam bulan Ramadhan, dibawanya mempelajari al-Quran.  Maka Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam lebih murah hati melakukan kebaikan dari angin yang bertiup.” (HR Bukhari)
7.  Menggandakan amalan membaca dan mempelajari al-Quran.
(Hadith Ibnu Abbas di atas menyatakan bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bertadarus (mempelajari al-Quran) dengan Jibril pada setiap malam Ramadhan.)
Membaca al-Quran adalah amalan biasa ummat Islam, tetapi sempena bulan Ramadhan, hendaklah kita tumpukan betul-betul dan menggandakannya.  Para ulama apabila tibanya bulan Ramadhan akan memberhentikan kuliah yang diajar mereka dan menumpukan kepada mempelajari al-Quran.  Membaca untuk memahami al-Quran yakni mentadabbur al-Quran adalah lebih utama dari membaca laju untuk mengkhatamkannya beberapa kali pada bulan Ramadhan.
8.  Memberi makan untuk berbuka puasa.
Dari Zaid bin Khalid Al-Juhanny radhiaAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:  “Barangsiapa yang memberi makan untuk berbuka orang yang berpuasa, maka ia mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu.” (HR At Turmudzy)
9.  Mendirikan malam dengan solat sunnat (solat Tarawih)
Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam telah bersabda:  “Barangsiapa yang mengerjakan solat sunnat pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan hanya mengharapkan pahala dari ALLAH, maka akan diampunilah dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari & Muslim)
10.  Giat beribadah pada 10 hari terakhir Ramadhan
Aisyah radhiAllahu ‘anha berkata:  “Bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam apabila masuk sepuluh terakhir bulan Ramadhan. diramaikannya waktu malam, dibangunkannya ahli keluarganya dan diikat erat kain sarungnya.” (HR Bukhari & Muslim)
11.  Beriktikaf pada 10 terakhir Ramadhan.
Dari Ibnu Umar radhiAllahu ‘anhu berkata:  “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.” (HR Bukhari & Muslim)
Dari Aisyah radhiAllahu ‘anha berkata:  “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan sehingga Beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam dipanggil ALLAH Ta’ala, kemudian setelah beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam wafat, isteri-isterinya meneruskan kebiasaan Beliau itu.” (HR Bukhari & Muslim)

Ahli Parlimen Indonesia mahu Malaysia mohon maaf




Ahli perundangan Indonesia mahu kerajaan menuntut permohonan maaf rasmi dari Malaysia berhubung penahanan tiga pegawai maritim negara itu.

Mesyuarat yang diadakan di sana memutuskan supaya satu nota bantahan diplomatik dihantar agar Malaysia membuat permohonan maaf secara rasmi. Menteri Luar Marty Natalegawa memaklumkan kementerian sedang mengumpulkan bukti berhubung penahanan tersebut yang didakwa berlaku di perairan Indonesia.

Beliau turut mempertikaikan tindakan digari dan memakai baju penjara terhadap pegawai tersebut yang ditahan.

Fantasy : Gameweek 3 - Ketua pasukan pilihan




Pada gameweek 1 ramai pengurus nekad untuk meletakkan Mauro Boselli sebagai ketua pasukan namun tidak bernasib baik selepas Wigan mendapat keputusan sebaliknya. Gameweek 2 pula menyaksikan harapan pengurus Fantasy Premier League untuk meletakkan Cesc Fabregas dan Robin Van Persie sebagai ketua pasukan pilihan tetapi Arsene Wenger membuat keputusan untuk membiarkan dua pemain bintang ini di bangku simpanan selama satu jam.

Gameweek 3 pula tidak menjadi banyak persoalan buat pengurus FPL untuk menamakan Didier Drogba sebagai ketua pasukan masing - masing berikutan kedudukan penyerang Chelsea ini yang mengatasi semua pemain lain dari segi kutipan mata.

Kedatangan Stoke ke Stamford Bridge dijangka bakal menjadi medan pesta gol buat Chelsea yang menang 7-0 pada musim lepas. Setakat ini, Chelsea memenangi 6-0, 6-0 musim ini dengan Drogba menghasilkan 3 gol, 3 bantuan gol dan 5 mata bonus.

Beberapa pemain lain turut menjadi perhatian untuk dipertaruhkan sebagai ketua pasukan seperti Javier Hernandez, Gareth Bale dan Frank Lampard. Nantikan cadangan pemain pilihan untuk Gameweek 3 awal pagi esok.

Nama liga : anak1Malaysia
Code liga : 632185-147709

Pengakuan Isteri : Suami gian layanan GRO




Trabzonspor 1 - 2 Liverpool (highlights)




Trabzonspor 1-0 Liverpool (GutiƩrrez)




Trabzonspor 1-1 Liverpool (Kacar - Goal sendiri)




Trabzonspor 1-2 Liverpool (Kuyt)


Kuyt bawa Liverpool ke Europa




Jaringan sendiri oleh Giray Kacar dan gol Dirk Kuyt pada lewat perlawanan memastikan Liverpool ke peringkat kumpulan Piala Europa dengan menumpaskan Trabzonspor 2-1 untuk menjadikan agregate 3-1.

Liverpool bermain tanpa ketua pasukan, Steven Gerrard yang mengalami sedikit kecederaan sementara Fernando Torres tidak diturunkan bagi memastikan kecerdasan beliau menjelang pertemuan menentang West Bromwich Albion di Anfield Ahad ini.

Pemain tengah, Javier Mascherano dikeluarkan dari skuad berikutan gosip perpindahan ke Barcelonan manakala Maxi Rodriguez masih bergelut dengan kecederaan. Jamie Carragher ditugaskan untuk menjadi ketua pasukan dengan Joe Cole disenaraikan dalam kesebelasan utama selepas digantung perlawanan dalam Liga Perdana.

Tuan rumah membuat kejutan untuk menghasilkan gol bagi menyamakan kedudukan agregate hasil kesilapan Dirk Kuyt yang membuka ruang hantaran lintang kepada Teofilo Gutierrez. Selepas itu, kelab Turki ini ternyata bersemangat dengan melakukan asakan bertubi - tubi ke kubu Liverpool sehingga 30minit perlawanan.

Liverpool kembali menjadi pasukan bermaruah pada babak kedua namun kekentalan pertahanan pihak lawan sukar ditembusi sehinggalah Glen Johnson melakukan gerakan cantik pada lapan minit terakhir perlawanan untuk memaksa Kacar melakukan gol sendiri.

Kesilapan pertahanan Trabzonspor membawa padah dengan Dirk Kuyt bijak mengambil kesempatan untuk menghasilkan gol kedua buat Liverpool di Turki.

Undian kumpulan Liga Juara - Juara Eropah




Berikut adalah undian peringkat kumpulan untul Liga Juara - Juara Eropah musim 2010/2011

Kumpulan A:
Inter Milan, Werder Bremen, Tottenham, FC Twente.

Kumpulan B:
Lyon, Benfica, Schalke, Hapoel Tel-Aviv.

Kumpulan C:
Manchester United,Valencia, Rangers, Bursaspor.

Kumpulan D:
Barcelona, Panathinaikos, FC Copenhagen, Rubin Kazan.

Kumpulan E:
Bayern Munich, Roma, FC Basle, Cluj.

Kumpulan F:
Chelsea, Marseille, Spartak Moscow, MSK Zilina.

Kumpulan G:
AC Milan, Real Madrid, Ajax, Auxerre.

Kumpulan H:
Arsenal, Shakhtar Donetsk, FC Braga, FK Partizan.