Jaringan sendiri oleh Giray Kacar dan gol Dirk Kuyt pada lewat perlawanan memastikan Liverpool ke peringkat kumpulan Piala Europa dengan menumpaskan Trabzonspor 2-1 untuk menjadikan agregate 3-1.
Liverpool bermain tanpa ketua pasukan, Steven Gerrard yang mengalami sedikit kecederaan sementara Fernando Torres tidak diturunkan bagi memastikan kecerdasan beliau menjelang pertemuan menentang West Bromwich Albion di Anfield Ahad ini.
Pemain tengah, Javier Mascherano dikeluarkan dari skuad berikutan gosip perpindahan ke Barcelonan manakala Maxi Rodriguez masih bergelut dengan kecederaan. Jamie Carragher ditugaskan untuk menjadi ketua pasukan dengan Joe Cole disenaraikan dalam kesebelasan utama selepas digantung perlawanan dalam Liga Perdana.
Tuan rumah membuat kejutan untuk menghasilkan gol bagi menyamakan kedudukan agregate hasil kesilapan Dirk Kuyt yang membuka ruang hantaran lintang kepada Teofilo Gutierrez. Selepas itu, kelab Turki ini ternyata bersemangat dengan melakukan asakan bertubi - tubi ke kubu Liverpool sehingga 30minit perlawanan.
Liverpool kembali menjadi pasukan bermaruah pada babak kedua namun kekentalan pertahanan pihak lawan sukar ditembusi sehinggalah Glen Johnson melakukan gerakan cantik pada lapan minit terakhir perlawanan untuk memaksa Kacar melakukan gol sendiri.
Kesilapan pertahanan Trabzonspor membawa padah dengan Dirk Kuyt bijak mengambil kesempatan untuk menghasilkan gol kedua buat Liverpool di Turki.
Kongsi artikel ini di Facebook