Sunday, August 1, 2010

Ozil mahu Chelsea atau Man Utd




Pemain muda berbakat Jerman, Mesut Ozil memaklumkan beliau berminat untuk bermain di Liga Perdana Inggeris dan perpindahan ke Chelsea atau Manchester United adalah sesuatu yang menarik.

Ozil yang kini berumur 21 tahun menjadi tarikan kelab gergasi dunia selepas mempamerkan aksi memberangsangkan ketika Piala Dunia di Afrika Selatan baru - baru ini. Perancang Werder Bremen itu hanya mempunyai baki kontrak setahun dan bakal melalui pemindahan yang mahal.

Bagi mengelakkan kelab mengalami kerugian akibat pemindahan percuma musim depan, kelab Jerman itu bersedia untuk mendengar sebarang tawaran yang menjadi minat Manchester United dan Chelsea. Gergasi Sepanyol, Real Madrid turut dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat pemain tengah ini.

David Villa ; Peluang terakhir buat Torres




Penyerang baru Barcelona, David Villa percaya musim ini merupakan peluang terakhir buat Liverpool untuk mendapatkan khidmat rakannya di Sepanyol, Fernando Torres.

Villa turut terkejut dengan keputusan Torres yang tidak mahu berpindah ke Chelsea selepas Liverpool hanya menamatkan liga di tempat ke tujuh musim lepas. Bagaimanapun beliau tetap percaya walaupun Torres akan kekal untuk Roy Hodgson musim ini, Liverpool tetap bakal kehilangannya.

"Ini merupakan peluang terakhir Liverpool untuk mengekalkannya. Mereka perlu membuktikan yang mereka mampu bersaing hebat musim ini. Sekiranya Liverpool gagal untuk menang, saya percaya beliau akan berada di Stamford Bridge musim depan.

Mourinho mahu lelong Kaka ke England




Pengurus baru Real Madrid, Jose Mourinho tidak memerlukan khidmat Kaka dalam skuadnya dan bersedia menjual pemain itu kepada Chelsea ataupun Manchester City.

Bekas pengurus sensasi Chelsea itu dilaporkan mahu memancing pemain tengan Jerman selepas berjaya mendapatkan khidmat Khedira dan dikatakan Ozil bakal dipancing kelab Bernabeu itu.

Isu itu mula dibangkitkan selepas Mourinho gagal mendapatkan khidmat Steven Gerrard buat kali kedua serta pertahanan Inter Milan, Maicon. Kaka yang dibeli oleh Real Madrid musim lepas dengan nilai yuran perpindahan sebanyak £56 juta gagal menyerlah dalam La Liga musim lepas.

Ibu direjam mahu peluk anak




Seorang ibu Iran yang dijatuhkan hukuman rejam kerana berzina merayu untuk memeluk anaknya.

Sakineh Mohammadi-Ashtiani, 43 yang mempunyai dua orang anak dijatuhi hukuman tersebut setelah didapati bersalah. Kumpulan aktivis hak asasi manusia yang memperjuangkan wanita terbabit menyampaikan mesej tersebut.

Amnesty International di London mendakwa beliau didapati bersalah melakukan hubungan haram dengan dua orang lelaki pada 15 Mei 2006.

Bayi hampir dibaham anjing




Seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan hampir menjadi bahan makanan sekumpulan anjing selepas di tinggalkan di depan sebuah kedai di Taman Cegar, Simpang Ampat.

Pemilik kedai itu, Ng Song Huat yang menjumpai bayi tersebut berkata beliau terdengar bunyi dari bungkusan tersebut yang disangkakan anjing. Bayi tersebut kesejukan dan menangis walaupun dibalut dengan kain dan kertas.

Bayi seberat 2.58 kilogram dihantar ke Hospital Sungai Bakap bagi pemeriksaan lanjutan.

Isteri guna kaedah jijik jaga suami





Isteri sanggup menggunakan kaedah jijik yang terlarang untuk memastikan suami tidak terpikat dengan perempuan lain.

Pelbagai kaedah didapati digunakan oleh segelintir isteri antaranya nasi kangkang, batang keladi, darah haid hari pertama si isteri datang bulan, air kencing isteri di waktu pagi selepas bangun tidur, tali pusat bayi cukup sifat yang meninggal dunia, air mani selepas bersama pasangan, titisan peluh di celah kangkang si isteri serta seluar dalam kotor.

Kaedah ini dipercayai mampu menjadi benteng untuk memstikan si suami tidak bertindak liar di luar. Perbuatan itu terbongkar seleas seorang pelakon wanita mengaku pernah berbuat sedemikian untuk menjaga si suami.

Arsenal 1 - 1 AC Milan (highlights)


Pemain baru Arsenal, Maraoune Chamakh menjadi bintang buat Arsenal pada perlawanan bertemu AC Milan dalam Piala Emirates 2010 yang berkesudahan 1-1.

Sementara itu, penyerang AC Milan dari Brazil, Alexandre Pato menjaringkan gol tunggal untuk pasukan pelawat bagi mengikat perlawanan kepada seri. Chamakh diletakakn di barisan serangan bersama Andrey Arshavin dengan Lukasz Fabianski dipilih untuk mengganti tempat Manuel Almunia.

Sementara itu, muka baru, Koscielny digandingkan dengan Thomas Vermaelen pada bahagian pertahanan. Emmanuel Frimpong pula diletakkan di bahagian tengah untuk berdepan dengan Clarence Seedorf, Gennaro Gattuso dan Mathieu Flamini.

Gergasi Itali itu membariskan pemain hebatnya dengan Marco Boriello dan Alexandre Pato mengemudi bahagian serangan dibantu oleh Alessandro Nesta, Mario Yepes dan Christian Abbiati.

Chamakh 36'
Pato 76'