Wednesday, July 21, 2010

Melayu paling ramai tengok web lucah


Kajian daripada Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS) Universiti Putra Malaysia mendapati bahawa sebanyak 22 peratus remaju Melayu gemar melayari laman web lucah.
Selain itu, 15 peratus remaja Melayu suka melepak sementara 13.7 peratus gemar menghisap rokok.
Remaja Melayu juga terjebak dengan kegiatan ponteng sekolah iaitu sebanyak 11.5 peratus.
Nilai ini merupakan antara yang tertinggi berbanding remaja Cina dan India.
Menurut Pengarah IPSAS, Profesor Dr. Md. Salleh Hassan, bahan lucah yang mudah didapati melalui internet menjadi punca ramai remaja Melayu terjebak dengan perkara tersebut.

Fabregas cium lelaki di TV


Dalam kesibukan isu yang melanda Cesc Fabregas yang dikaitkan dengan pemindahan ke Barcelona, ketua pasukan Arsenal ini menjadi perhatian media selepas rakaman TV di Sepanyol mempamerkan aksi beliau mencium penyampai lelaki siaran TV yang bertajuk Caiga Quien Caiga, Raul Gomez.
Fabregas menyempurnakan hasrat penyampai TV tersebut untuk mencium seorang juara dunia.
Video di bawah menyajikan aksi Fabregas mencium penyampai TV lelaki itu dengan rela. =)

Aksi memalukan penjaga gol England sepanjang zaman


England memang terkenal dengan tradisi penjaga gol yang memalukan.
Yang terkini Robert Green meneruskan tradisi memalukan itu pada Piala Dunia ketika England bertemu USA.
Kat sini a1M ada muatkan beberapa aksi memalukan penjaga gol England sepanjang zaman.
Memang mengeceawakan bagi penyokong England dan sangat kelakar bagi mereka yang lain. =)
Ada dua video yang best..jom layanz..


Artis bogel dalam filem Mantra lulus


Sebelum ini dunia pefileman dikejutkan dengan tindakan Arja Lee berbogel dalam filem.
Kini giliran Zul Handy Black pula untuk berbuat demikian.
Filem Mantra yang baru ditayangkan di pawagan mendapat perhatian dengan tindkan berana pelakon untuk berbogel bagi menjayakan filem.
Filem seram itu mempamerkan aksi lakonan Zul tanpa seurat benang untuk melakukan pemujaan ilmu hitam.
Zul yang ditanya oleh wartawan memaklumkan beliau tidak menyesal dengan keputusan yang dilakukan.
Beliau berkata adegan bogel tersebut adalah perlu untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang pengamalan ilmu hitam.
Ape2 pun untuk tahu mcama mana aksi Zul ini di wayang, boleh la tonton wayang filem Mantra ni.

Senarai 8 bayaran artis termahal di Malaysia


Huh.. mmg terkejut tengok nilai bayaran ni.
a1M dapat dari satu source ttg fakta ni.
Tp xsure la betul ke x.
Anyway bayaran setinggi ni ximpossible utk status mcm dorg ni.
So, ni list 8 bayaran artis termahal di Malaysia

DATUK SITI NURHALIZA
* RM45,000 : 30-minit persembahan
* RM70,000 : 1 jam persembahan

DATUK SHEILA MAJID
* RM35,000 : 30-minit persembahan
* RM55,000 : 1 jam persembahan

ANUAR ZAIN
* RM25,000 : 30-minit persembahan
* RM55,000 : 1 jam persembahan

DAYANG NURFAIZAH
* RM16,000 : 30-minit persembahan
* RM35,000 : 1 jam persembahan

NING BAIZURA
* RM18,500 : 30-minit persembahan
* RM28,000 : 1 jam persembahan

JACLYN VICTOR
* RM18,000 : 30-minit persembahan
* RM30,000 : 1 jam persembahan

ADIBAH NOOR
* RM20,000 : 30-minit persembahan
* RM45,000 : 1 jam persembahan

AFDLIN SHAUKI
* RM18,000 : 1 persembahan