Tuesday, August 10, 2010

Janda hamil disebat, ditembak oleh Taliban




Anggota Taliban di Herat dilaporkan menembak mati seorang janda hamil kerana didakwa berzina.

Bibi Sanubar ditahan selama tiga hari sebelum ditembak tiga das oleh anggota Taliban di depan orang ramai. Taliban mendakwa janda tersebut telah mengadakan hubungan sulit hingga menyebabkan beliau hamil.

Janda tersebut turut disebat sebanyak 200 kali sebelum hukuman mati dijalankan. Bagaimanapun Taliban menafikan bahawa mereka bertanggungjawab ke atas kejadian tersebut.

Wanita penggal kepala ibu sendiri




Seorang wanita di Hong Kong bertindak memenggal kepala ibunya sebelum membunuh diri dengan terjun dari tingkat 11 di tempat kediamannya.

Laporan menyatakan wanita tersebut menikam kepala ibunya berkali - kali walaupun ibu tersebut telah tua dan uzur sebelum dipenggal kepala dengan menggunakan pisau dapur. Wanita berumur 40-an itu ditemui mati selepas terjun dari rumahnya dengan keadaan berbogel.

Saksi memaklumkan ada terdengar pertengkaran antara anak beranak sebelum kejadian berlaku.

Isteri ajak bapa, adik pukul suami

gambar hiasan



Seorang isteri yang terlalu cemburu terhadap suaminya yang disangka mempunyai hubungan dengan perempuan lain berang dengan mengajak bapa dan adiknya untuk memukul suaminya dengan menggunakan kayu di Ampang.

Menurut polis, isteri tersebut mendapat maklumat mengenai hubungan mereka dan akibat tidak tahan dengan perbuatan suaminya itu,beliau menceritakan perkara terbabit kepada bapanya.

Selepas mengetahui lokasi pertemuan suaminya dengan perempuan itu, isteri berserta dengan bapa dan adiknya bergegas ke lokasi tersebut sebelum bapa dan adiknya memukul suaminya menggunakan kayu.

Bagaimanapun si isteri cuba menahan rasa marah dengan menghayun kayu tersebut ke arah motor suaminya. Lelaki yang menjadi mangsa pukulan itu membuat laporan polis serta mendakwa beliau bertemu dengan perempuan terbabit kerana mempunyai masalah dan hanya berkawan sahaja.

Pancing tioman dapat buaya




Seorang kaki pancing di Kuching, Sarawak terkejut apabila umpan yang disambar disangkakan tioman besar sehingga mampu mematahkan jorannya tetapi sebenarnya ialah buaya katak.

Reptilia sepanjang 2 meter itu memerlukan masa sehingga 20 minit untuk dibawa naik dengan bantuan orang kampung. Beliau berkata memang terdapat dakwaan bahawa ada buaya di kawasan terbabit namun beliau tidak pernah menemuinya.

Kawasan sungai tersebut juga merupakan tempat mandian kanak - kanak.

Murid tingkatan 2 dirogol bapa saudara



Seorang murid perempuan tingkatan dua terpaksa menanggung derita akibat dirogol bapa saudaranya berulang kali sejak dua tahun lalu.

Gadis sunti yang tinggal di Masjid Tanah itu dimaklumkan menghidapi sakit tulang belakang namun bapa saudaranya yang berumur 50-an itu tidak simpati atas nasib tersebut malah turut mengambil kesempatan.

Gadis tersebut memaklumkan ketika ibu bapanya tiada di rumah, dua adiknya berada di rumah namun diumpan oleh bapa suadaranya untuk membelikan rokok. Selepas itu, lelaki tidak berperi kemanusiaan itu menarik gadis tersebut sebelum memaksa untuk menanggalkan baju lalu dirogol.

Bapa saudaranya turut mengugut untuk membunuh beliau sekiranya perkara tersebut dilaporkan kepada polis.

Amalan bulan Ramadhan




Terdapat beberapa amalan yang boleh dilakukan di bulan Ramadhan untuk menjadikan puasa kita lebih sempurna sepanjang bulan yang mulia ini. Antaranya ialah :

1. Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan.
2. Menempah pakaian untuk Ramadhan.
3. Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan.
4. Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam.
5. Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
6. Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)
7. Solat berjemaah setiap waktu.
8. Solat jemaah di masjid/surau.
9. Amalkan Qiyamulail walaupun pendek.
10. Sahur diwaktu akhir.
11. Sahur - utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu.
12. Mandi Janabat sebelum Imsak.
13. Kurangkan tidur.
14. Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
15. Tunaikan Solat Dhuha.
16. Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
17. Tunaikan solat Rawatib.
18. Jaga pacaindera.
19. Elakkan gosok gigi pada waktu petang.
20. Hadiri majlis ilmu.
21. Buat baik pada ibubapa.
22. Isteri hendaklah taat pada suami.
23. Banyakkan bersedekah.
24. Berbuka dengan 3 biji kurma dan air yang belum dipanaskan oleh api.
25. Berbuka bersama orang tua.
26 Jemput tetamu berbuka.
27. Kurangkan berat badan.
28. Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja)
29. Baiki hubungan suami isteri.
30. Baiki hubungan jiran.
31. Isteri jauhi daripada keluar memakai mekap & perhiasan.
32. Elakkan berbelanja berlebihan.
33. Kuatkan kesabaran.
34. Banyakkan selawat, istighfar, bertasbih.
35. Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
36. Mengejut anak dan isteri di malam Lailatul Qadar.
37. Elakkan menonton TV yang mengandungi nafsu.
38. Elakkan mendengar radio berunsur hiburan.
39. Berdoa dengan nada lembut dan merayu.
40. Jauhkan bercumbu dengan suami/isteri.
41. Mendoakan ibu bapa samada hidup atau yang meninggal dunia.
42. Melazimkan solat waktu.
43. Elakkan sebelum berbuka bersiar-siar yang menjadikan pandangan liar.
44. Elakkan banyak berhutang.
45. Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang.
46. Tunaikan zakat fitrah.

Kelebihan bulan Ramadhan




Bulan Ramadhan bakal menjelang. Seluruh umat Islam di Malaysia akan berpuasa. Namun melalui bulan Ramadhan tanpa mengetahui pengertian dan kelebihannya amatlah merugikan. Di sini terdapat beberapa kelebihan bulan Ramadhan untuk renungkan :

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

PENERANGAN HADIS

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

Xavi : Fabregas akan sertai Barcelona Januari ini




Pemain tengah Barcelona, Xavi masih tidak putus asa untuk melihat rakannya, Cesc Fabregas berhijrah ke Nou Camp walaupun situasai tersebut telah pun tamat.

Xavi percaya Fabregas akan menyertai Barcelona musim ini pada bulan Januari nanti selepas Arsenal gagal bersaing untuk merebut sebarang kejuaraan. "Kami rasa Fabregas akan tiba ke Sepnayol Januari ini selepas Arsenal tidak mampu lagi bersaing untuk merebut Liga Perdana Inggeris," kata Xavi.

Arsenal dilaporkan menolak tawaran £40 juta Barcelona untuk memiliki Fabregas dan Xavi memaklumkan Fabregas sebenarnya tidak bergembira untuk kekal di Arsenal.

Fabregas, Van Persie belum pasti jumpa Liverpool




Pengurus Arsenal, Arsene Wenger tidak percaya pemain utamanya Cesc Fabregas dan Robin van Persie cerdas sepenuhnya untuk berdepan Liverpool dalam perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris.

Kedua - dua pemain kembali dari rehat selepas Piala Dunia minggu lepas tetapi tidak bermain dalam perlawanan persahabatan terakhir bertemu Legia Warsaw. Bagaimanapun Wenger boleh menarik nafas lega apabila Belanda memutuskan untuk tidak memanggil Van Persie bagi menyertai Belanda dalam perlawanan persahabatan antarabangsa.

Namun Fabregas terpaksa terbang bersama Sepanyol ke Mexico untuk aksi perlawanan persahabatan. Wenger akan menilai tahap kecerdasan kedua - dua pemain dan berharap mereka dapat diturunkan di Anfield Ahad ini.