Thursday, August 19, 2010

Arsenal pancing pertahanan Sevilla, Squillaci




Arsenal sedang dalam perbincangan untuk membawa pertahanan Perancis, Sebastien Squillaci selepas beliau meminta untuk tidak disenaraikan dalam skuad Liga Juara - Juara menentang Braga.

Squillaci hanya boleh bermain untuk satu kelab dalam satu musim bagi kejohanan Liga Juara - Juara Eropah dan sekiranya namanya disenaraikan, beliau tidak akan dapat bermain untuk Arsenal dalam kejohanan tersebut jika berhijrah ke Emirates.

Squillaci yang bernilai €8juta telah mencipta namanya di Perancis dengan bermain untuk kelab Monaco dan Lyon sebelum berhijrah ke Sepanyol. Beliau menjadi sasaran untuk menggantikan pemergian William Gallas, Mikael Silvestre, Philippe Senderos dan Sol Campbell selepas Arsene Wenger menolak untuk memiliki pertahanan Jerman, Per Mertesacker.

Sebelum ini Wenger telah membeli Laurent Koscielny dengan nilai £10juta dan berhasrat mahu menambah seorang lagi bintang Perancis bagi menyelesaikan masalah di bahagian pertahanan.

Mascherano mungkin kekal di Anfield




Pengurus Liverpool, Roy Hodgson memaklumkan kemungkinan Javier Mascherano akan kekal di Anfield sekiranya tawaran yang diterima tidak setanding dengan nilainya.

Masherano memaklumkan sebelum ini beliau mahu keluar daripada Liverpool bagi membolehkan beliau bersama keluarganya. Beliau dikaitkan dengan Inter Milan iaitu kelab Rafael Benitez namun Hodgson menegaskan beliau akan kekal sehingga tamat kontrak pada tahun 2012 sekiranya kelab tidak menerima tawaran yang sepatutnya.

"Kami tidak menerima sebarang tawaran untuknya. Kami mahu tawaran yang kami rasa sesuai dengan nilai beliau dan Javier akan gembira dengan ini," kata Hodgson. Sementara itu Hodgson memaklumkan beliau sedang dalam pemerhatian untuk membawa penyerang PSV, Ola Toivonen.

Lelaki kaya selepas marah perogol




Seorang abang kepada mangsa rogol di Alabama menjadi popular apabila ayat yang dikatakan semasa temu ramah menjadi menjadi tarikan di Youtube.

Ayat lelaki itu yang memberi amaran kepada perogol dijadikan lagu bertajuk Bed Intruder oleh sebuah band muzik, The Gregory Brothers dari New York. Lagu tersebut mendapat sambutan dengan dimuat turun lebih 30 juta kali dan keuntungan yang diperolehi dibahagi separuh kepada lelaki tersebut.

Lelaki itu turut mendapat tawaran pengiklanan dari Apple dan beberapa syarikat lain. Bagaimanapun suspek yang merogol adiknya masih lagi bebas.