Thursday, August 19, 2010

Arsenal pancing pertahanan Sevilla, Squillaci




Arsenal sedang dalam perbincangan untuk membawa pertahanan Perancis, Sebastien Squillaci selepas beliau meminta untuk tidak disenaraikan dalam skuad Liga Juara - Juara menentang Braga.

Squillaci hanya boleh bermain untuk satu kelab dalam satu musim bagi kejohanan Liga Juara - Juara Eropah dan sekiranya namanya disenaraikan, beliau tidak akan dapat bermain untuk Arsenal dalam kejohanan tersebut jika berhijrah ke Emirates.

Squillaci yang bernilai €8juta telah mencipta namanya di Perancis dengan bermain untuk kelab Monaco dan Lyon sebelum berhijrah ke Sepanyol. Beliau menjadi sasaran untuk menggantikan pemergian William Gallas, Mikael Silvestre, Philippe Senderos dan Sol Campbell selepas Arsene Wenger menolak untuk memiliki pertahanan Jerman, Per Mertesacker.

Sebelum ini Wenger telah membeli Laurent Koscielny dengan nilai £10juta dan berhasrat mahu menambah seorang lagi bintang Perancis bagi menyelesaikan masalah di bahagian pertahanan.
Kongsi artikel ini di Facebook
Related Posts with Thumbnails