Friday, August 6, 2010

Manchester United lwn Chelsea (video preview)


Video sempena perlawanan piala Community Sheild Ahad ini.
Manchester United lwn Chelsea


Special : Fabregas bersama Arsenal (video)



Latihan pemain Liverpool bersama Roy Hodgson (video)




Pelabur China : Kami akan jadikan Liverpool pembelanja terbesar




China Group diketuai Kenny Huang yang dalam perebutan untuk memiliki Liverpool berjanji akan menjadikan kelab lebih hebat berbelanja berbanding Manchester City dan Real Madrid.


Marc Ganis yang menjaga syarikat Sportscorp Ltd yang berpangkalan di Chichago memainkan peranan penting dalam usaha China Group untuk membeli Liverpool. Bagaimanapun Hicks kekal dengan nilai £600 juta untuk Liverpool tetapi Ganis tetap menegaskan mereka tidak akan menawarkan nilai seperti itu kepada pemilik semasa.

Pada masa yang sama, Yahya Kirdi yang mengetuai kumpulan dari Kanada dan Timur Tengah dipercayai dalam usaha untuk mengadakan perjanjian bagi memiliki Liverpool.

Carrick terlepas saingan pembukaan liga



Michael Carrick terpaksa melupakan hasrat untuk membantu Manchester United menjulang piala Community Sheild Ahad ini serta bakal terlepas perlawanan pembukaan liga minggu depan.



Carrick mengalami kecederaan ketika membantu United membelasah Ireland XI 7-1 dan dijangka akan direhatkan selama dua minggu. Ferguson turut memaklumkan Michael Owen dan Wayne Rooney mungkin akan diturunkan selama 45 minit bagi saingan kompetetif pertama hujung minggu ini.

Gabriel Obertan masih belum pulih dari kecederaan bersama Owen Hargreaves sementara Rio Ferdinand masih memerlukan masa untuk kembali cerdas. Anderson pula dijangkan akan kembali ke latihan dalam tempoh dua atau tiga minggu lagi.

Ashley Cole bakal ke Real Madrid, Coentrao sasaran Chelsea




Chelsea dipercayai berminat untuk mendapatkan khidmat pemain bek kiri Benfica, Fabio Coentrao dengan harga £16 juta dan akan membuka peluang kepada Ashley Cole untuk ke Real Madrid.


Pemain England itu yang membuat kenyataan media secara kontrovesi berhubung sikap penyokong England memaksa beliau mencari haluan baru dengan meninggalkan Stamford Bridge.

Cole terpaksa memaklumkan Carlo Ancelotti bahawa beliau mahu meninggalkan Chelsea dengan The Blues hampir pasti memiliki pemain Portugal tersebut.

Arsenal mahu miliki Philippe Mexes




Pemain Roma, Philippe Mexes dilaporkan dalam pemantauan Arsenal yang mahu memperkuatkan lagi barisan pemain sebelum musim bermula.




Selepas William Gallas, Sol Campbell dan Mikael Silvestre meninggalkan Emirates, Arsenal masih dalam usaha untuk memburu seorang pemain pertahanan. Pemain bangsa Perancis itu dilaporkan bernilai dalam linkungan £9 juta.

Mexes yang menolak tawaran Juventus baru - baru ini terpaksa memikirkan semula kedudukan beliau selepas kemasukkan Nicolas Burdisso yang berpotensi untuk dibariskan dalam kesebelasan utama.

Vidic sedia rampas takhta liga dari Chelsea




Nemanja Vidic menegaskan Manchester United bersedia untuk merampas semula takhta liga daripada Chelsea musim ini.

United yang hanya ditinggalkan satu mata dengan Chelsea musim lepas berhasrat untuk membawa semula kejuaran ke Old Trafford. Kedua - dua pasukan akan bertemu pada Ahad ini dalam piala Community Shield.

"Ia sangat mengecewakan untuk kehilangan piala musim lepas ketika kami hampir memperolehinya. Tetapi ini musim baru, kami perlu melupakan apa yang berlaku musim lepas," jelas Vidic.

Fabregas maklum Wenger beliau mahu kekal




Arsenal dikhabarkan berjaya mengekalkan ketua pasukannya sekurang - kurangnya untuk musim ini selepas mendakwa Cesc Fabregas memaklumkan kepada Arsene Wenger beliau mahu kekal di Emirates.

The Gunners menolak tawran £29 juta pada Jun lepas dan berharap pemenang Piala Dunia itu kekal bersama mereka. Fabregas yang dipakaikan jersey Barcelona oleh Gerard Pique dan Carles Puyol semasa majlis meraikan kejuaraan Piala Dunia di Sepanyol menamatkan spekulasi beliau akan berpindah.

Wenger yang mendapatkan Fabregas ketika usia 16 tahun dijangka akan membuat kenyataan rasmi berhubung kemahuan beliau untuk kekal di Arsenal.

Benfica sahkan Chelsea mahu Ramires




Benfica mengesahkan Chelsea sedang dalam perbincangan untuk mendapatkan pemain tengah mereka, Ramires.

Laporan menyatakan, pemain Brazil itu bernilai £18 juta untuk dibawah ke London dan ada dakwaan memaklumkan pemeriksaan kesihatan sedang dijalankan ke atas pemain berusia 23 tahun ini untuk bermain di Liga Perdana Inggeris.

Pemain muda itu yang bermain cemerlang ketika Piala Dunia 2010 diharapkan boleh mengisi kekosongan Michael Ballack, Joe Cole dan Deco yang meninggalkan Stamford Bridge.

Joe Cole bantu kejayaan Liverpool




Joe Cole bermain cemerlang dalam membantu kemenangan Liverpool dalam perlawanan pertama di Anfield selepas menumpaskan Rabotnicki 2-0.

Joe Cole berjaya melakukan beberapa pergerakan merbahaya ke pihak lawan serta membuat hantaran kemas kepada David Ngog untuk menanduk masuk gol pertama buat tuan rumah. Ketua pasukan Liverpool, Steven Gerrard menambah satu lagi gol buat Liverpool menerusi sepakan penalti sebelum tamat separuh masa pertama.

Bagaimanapun Liverpool bermain dengan lebih bersahaja pada separuh masa kedua dengan aksi Milan Jovanovic yang boleh dibanggakan. Selain itu, pemain muda Liverpool Martin Kelly dan Dani Pacheco turut mempamerkan aksi yang memberangsangkan.

Liverpool akan mananti kedatangan Arsenal selepas ini dalam perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris Ahad depan.

Liverpool 2 - 0 Rabotnicki (highlights)