Friday, August 20, 2010

Ustaz paksa murid buka puasa

gambar hiasan



Seorang ustaz yang juga merupakan guru disilpin di salah sebuah sekolah di Kuala Lumpur memaksa pelajar satu kelas untuk meminum air jampi ketika berpuasa yang didakwa mampu menurunkan bala.

Tindakan tersebut menyebabkan segelintir pelajar takut untuk pergi ke sekolah dan apabila disiasat ustaz tersebut mendakwa mahu menjejaki pelajar yang mencuri telefon bimbit seorang guru.

Ustaz itu mengugut siap yang mencuri telefon bimbit tersebut akan menerima bala termasuk muntah darah sekiranya tidak memulangkan semula. Bagaimanapun perkara tersebut membawa padah apabila ibu bapa murid yang terlibat tidak berpuas hati lalu menyerang sekolah sebelum membuat laporan polis.

Plaza GM Chow Kit runtuh


Syiling Plaza GM di di Lorong Haji Taib, Chow Kit runtuh akibat dibuat tempat simpanan barang secara haram yang menyebabkan syiling tersebut tidak dapat menampung beban lalu runtuh dan menghempap beberapa orang termasuk pengunjung.

Bagaimanapun tiada kecederaan yang dilaporkan berlaku.



Suami pukul isteri hingga retak




Seorang suami memukul isterinya hingga retak tulang akibat marah dengan permintaan isterinya agar memulangkan motor yang diberikan majikan si mangsa.

Kejadian berlaku apabila si isteri menegur suaminya agar membaiki motornya dan memulangkan semula motor majikan isteri. Teguran itu membangkitkan kemarahan si suami yang rungsing dengan masalah kewangan lalu melibas si isteri dengan menggunakan kayu penyendal tingkap dapur.

Mangsa yang terlantar di Hospital Sultanah Aminah (HSA) bersyukur kerana libasan tersebut tidak mengenai kepalanya disebabkan beliau sempat berdiri sebelum kayu menghentam dirinya.

Mangsa juga memaklumkan perlakuan ini bukan pertama kali berlaku dalam hidupnya malah telah menjadi rutin setiap kali menjelang Aidilfitri. Semasa kejadian, bapa mentuanya turut lihat apa yang berlaku tetapi telahpun uzur.

Cara pemakanan yang salah di bulan puasa




Rata - rata mereka yang berpuasa ketika bulan Ramadhan menantikan saat bahagia untuk berbuka. Namun pengambilan makanan yang tidak sepatutnya boleh menyebabkan anda mengalami beberapa masalah. Berikut terdapat beberapa nasihat berhubung pengambilan makanan yang salah :

1 Jangan makan berlebihan terutama sewaktu berbuka puasa. Ini untuk mengelak kejadian kembung perut atau ketidakhadaman makanan.

2 Kurangkan pengambilan makanan yang bergoreng dan berlemak.

3 Kurangkan makanan tinggi gula.

4 Kurangkan minum minuman berkafein seperti kopi, teh dan air berkarbonat. Minuman ini boleh menghalang penyerapan vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh badan. Ia juga boleh menyebabkan kita kerap membuang air kecil.

5 Elakkan makanan yang diproses terutamanya yang mengandungi perisa dan pewarna tiruan serta pengawet. Biasanya makanan terproses adalah tinggi garam walaupun tidak terasa masin.

6 Kurangkan makanan yang terlalu berempah dan pedas.

Liverpool 1-0 Trabzonspor (highlights)





Ryan Babel selamatkan Liverpool




Liverpool hanya membawa bekal kemenangan tipis ke atas Trabzonspor dalam perlawanan pertama kelayakkan Piala Europa yang berkesudahan 1-0.

Jaringan tunggal Ryan Babel sebelum tamat separuh masa pertama memastikan kemenangan bersih Liverpool dalam Piala Europa namun Joe Cole gagal memanfaatkan peluang untuk melebarkan kedudukan apabila gagal menyempurnakan sepakan penalti pada separuh masa kedua.

Roy Hodgson membuat penukaran tujuh pemain daripada perlawanan sulung liga bertemu Arsenal dengan Christian Poulsen bermain buat pertama kali bersama Liverpool. Selain itu, Sotirios Kyrgiakos, Martin Kelly, Lucas Leiva, Maxi Rodriguez dan Ryan Babel turut diturunkan.

Fernando Torres dan David Ngog bermain pada separuh masa kedua sementara Steven Gerrard dan Dirk Kuyt direhatkan.

Ferguson tidak penting buat saya, Mancini




Roberto Mancini membalas kritikan pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson berhubung tindakan Manchester City berbelanja besar yang disifatkan "kamikaze".

Perpindahan terbaru, James Milner ke Manchester City menjadikan jumlah perbelanjaan City untuk musim panas ini bernilai £130juta. Mancini percaya kritikan Ferguson adalah silap kerana United telah berbelanja besar pada musim - musim sebelum ini.

"Semua pasukan berbelanja besar sebelum ini. Saya tidak maksudkan 10 atau 15 tahun lepas, tetapi dua atau tiga tahun sebelum ini," tegas Mancini. Beliau menambah kenyataan Ferguson adalah tidak penting buat dirinya tetapi tetap menegaskan United turut berbelanja besar pada masa dahulu.

Chelsea perlu €35j untuk Neymar




Chelsea berkemungkinan akan menamatkan hasrat mereka membeli bintang muda Brazil, Neymar selepas Santos meletakkan nilai yang tinggi untuk penyerang tersebut.

Santos menegaskan Chelsea perlu membayar €35juta bagi yuran perpindahan pemain muda ini dan sekiranya Chelsea tidak mampu mencapai nilai tersebut, Neymar tidak akan ke Stamford Bridge.

Sebelum ini tawaran Chelsea sebanyak €20juta telah ditolak Santos dan Chelsea dipercayai hanya akan menawarkan nilai setinggi €28juta sahaja. Baru - baru ini jurulatih Brazil, Mano Menezes berharap Neymar tidak akan berpindah ke Stamford Bridge.

Arsenal gagal lagi dapatkan Schwarzer




Fulham menolak tawaran kedua Arsenal untuk membawa penjaga gol utama mereka, Mark Schwarzer ke Emirates.

Arsenal dalam usaha untuk membeli Schwarzer dengan penjaga gol itu meminta beliau diberikan status perpindahan di Craven Cottage. Bagaimanapun Mark Hughes menolak tawaran £2juta Arsenal dan beliau mahu mengekalkan benteng terakhir kelab itu.

Manuel Almunia yang mengetuai Arsenal dalam perlawanan pertama liga menentang Liverpool dikritik hebat kerana gagal menyelamatkan bola cubaan David Ngog yang memberi gol buat Liverpool.

Sementara itu pemain muda Arsenal, Emmanuel Frimpong disahkan akan berehat selama sembilan bulan berikutan masalah kecederaan serius semasa latihan.