Saturday, August 21, 2010

Fantasy : Gameweek 2 - Pemain pilihan





Pertahanan
Ridgewell (Birmingham)
Masih bermain sebagai pertahan kiri, Ridgewell mempunyai potensi untuk menyerang selain kebolehan membuat set-piece. Kekentalan di bahagian pertahanan menentang Blackburn boleh dimanfaatkan untuk memperolehi mata clean sheet.

Vermaelan (Arsenal)
Pemain yang bernilai buat Gunners. Keupayaan Vermaelan menjaringkan gol serta bertahan mungkin memberi kelebihan dalam perlawanan menentang Blackpool. Bagaimanapun ketiadaan Koscielny bakal diisi oleh Johan Djourou yang menjadi kerisauan buat pemilik pertahanan Arsenal.

Baines (Everton)
Baines sentiasa menggunakan kebolehan menghantar bola lintang dari arah kiri untuk membantu serangan Everton boleh dijadikan pilihan dengan lawannya adalah Wolves. Wolves sebuah pasukan yang gemar untuk seri 0-0 pada musim lepas di tempat sendiri dan potensi untuk clean sheet adalah tinggi. Jagielka mungkin boleh dijadikan alternatif bagi yang tidak berkemampuan.

Tengah
Malouda (Chelsea)
Pemain Perancis ini memulakan musim dengan cemerlang. Bermain sebagai pembantu kepada Didier Drogba memberi ruang yang lebih tinggi buat Malouda untuk mengutip mata berikutan Lampard bermain lebih bawah. Kebolehan Ashley Cole membantu serangan menjadikan posisi beliau sebagai penyerang kedua. Wigan berharap dapat mengutip mata pertama musim ini dengan menyekat Malouda selepas diaibkan Blackpool.

Arteta (Everton)
Perancang Everton ini biasanya akan memperolehi mata bonus setiap kali Everton menang. Kebolehan untuk set-piece serta pengaruh di bahagian tengah memberi kekuatan kepada barisan serangan. Tim Cahill dan Steven Pienaar juga boleh dijadikan pilihan sebagai alternatif.

Larsson (Birmingham)
Cemerlang dalam perlawanan pertama, Larsson ditugaskan untuk membuat hantaran lintang dari sayap kiri di samping set-piece yang boleh membawa gol. Larsson akan bermain lagi untuk minggu ini dan menjadi tonggak utama Birgmingham bagi meraih kemenangan pertama.

Penyerang
Drogba (Chelsea)
Ia merupakan sesuatu yang tidak waras sekiranya tidak meletakkan Drogba yang menjaringkan hatrik dalam penampilan sulung musim ini. Bagaimanapun beliau masih lagi tidak cerdas sepenuhnya namun tetap menjadi sandaran untuk memenangi kasut meas musim ini.

Chamakh (Arsenal)
Robin Van Persie menjadi pilihan untuk bermain sebagai pemain gantian dengan Chamakh pasti akan diturunkan dalam kesebelasan utama. Menghadiahkan assist buat Arsenal di Anfield sebelum ini dan dijangka akan bermain dengan lebih baik di Emirates. Nilai yang lebih murah berbanding Van Persie.

Ketua pasukan pilihan :
1.Drogba
2.Fabregas
3.Lampard
4.Chamakh
5.Van Persie

Nama liga : anak1Malaysia
Code liga : 632185-147709

Pengakuan : Jual diri di bulan Ramadhan guna facebook


Pengakuan daripada nyah yang jual diri pada bulan Ramadhan dengan menggunakan facebook.



Van der Vaart minat Man Utd




Pemain tengah Real Madrid, Rafael van der Vaart menegaskan bahawa beliau akan menerima sekiranya mendapat tawaran daripada Manchester United.

Van der Vaart yang bermain untuk Belanda dalam Piala Dunia 2010 bakal kehilangan tempat di Bernabeu selepas Mourinho membawa masuk Mesut Ozil, Angel Di Maria dan Sergio Canales.

Bagaimanapun beliau memaklumkan yang beliau tidak mahu meninggalkan kelab tetapi sekiranya mendapat tawaran seperti dari Old Trafford, ianya perlu dipertimbangkan. "Saya tidak boleh bermain untuk kelab lain di Sepanyol dan perkara yang benar ialah sekiranya kamu meninggalkan Real Madrid, satu - satunya kelab yang boleh anda sertai ialah Manchester United," jelas Van der Vaart.

Inter Milan umpan Kuyt




Agen Dirk Kuyt mengesahkan pemain tengah Liverpool itu berpeluang untuk berhijrah ke Inter Milan walaupun finalis Piala Dunia itu masih belum membuat sebarang keputusan.

Rafa Benitez yang membawa Kuyt ke Anfield dengan nilai £9juta pada 2006 berhasrat untuk membawa bersama ke San Siro. Juara Eropah itu mula mengintai pemain kebangsaan Belanda ini selepas hasrat untuk membawa Giuseppe Sculli menemui jalan buntu.

"Kuyt masih belum membuat sebarang keputusan untuk meninggalkan Liverpool tetapi beliau perlu memikirkannya dengan masak," kata agennya. Dia boleh sertai Inter atau kekal di Liverpool. Ini merupakan satu kedaan yang baik untuk dirinya."

Inter Milan turut dipercayai berminat untuk meminjam Aquilani yang tidak berjaya mendapatkan kesebelasan utama dalam The Reds.

Wigan takut dibelasah Chelsea




Selepas keputusan yang memalukan pada perlawanan pertama dengan dibelasah Blackpool 4-0, Roberto Martinez dan Wigan Athletic perlu melakukan sesuatu untuk berdepan juara bertahan, Chelsea.

Satu - satunya semangat dan kekuatan yang boleh digunakan Wigan ialah bermain di tempat sendiri di DW Stadium. Apa yang menarik buat Wigan ialah pertahanan yang kental walaupun pasukan lawannya menjaringkan enam gol pada perlawanan pertama.

Chelsea pula memberi amaran awal bahawa mereka akan kekal menjuarai liga musim ini dengan kejayaan membenam West Bromwich Albion 6-0. Carlo Ancelotti melihat kehebatan penyerangnya, Didier Drogba dengan bantuan pemain tengah Frank Lampard dan Florent Malouda menjadi kunci kepada kejayaan mereka.

Bagaimanapun Ancelotti harus ingat bahawa DW merupakan tempat pertama beliau tewas selaku pengurus di England. Dengan kehadiran Ramires, Chelsea dijangka akan melakukan sedikit perubahan dalam kesebelasan utama mereka untuk memastikan tiga mata penuh dimiliki.

Barisan kemungkinan Chelsea : Cech; Ivanovic, Alex, Terry, Cole; Mikel, Essien, Lampard; Malouda, Anelka, Drogba.

Barisan kemungkinan Wigan : Stam, Boyce, Alcaraz, Figueroa; Thomas, Diame, McCarthy, Moses, Rodallega; Boselli.

Blackpool sedia uji Arsenal




Selepas membuat kejutan dengan membelasah Wigan Athletic pada perlawanan pembukaan, Blackpool sedia ke Emirates untuk membuktikan mereka mampu melakukan sesuatu terhadap Arsenal.

Gary Taylor-Fletcher, Marlon Harewood dan Alex Baptiste sedia untuk mengegar gawang lawan sekali lagi dengan mengharapkan momentum kemenangan ke atas Wigan dapat dikekalkan.

Sementara itu, Arsenal memulakan kempen liga dengan bernasib baik apabila berjaya mengutip satu mata di Anfield ketika Liverpool bermain hanya dengan sepuluh pemain. Bagaimanapun Arsene Wenger menyifatkan satu mata yang diperolehi pada perlawanan pertama merupakan sesuatu yang cemerlang untuk anak muda beliau.

Laurent Koscielny terpaksa melupakan seketika hasrat untuk mewakili The Gunners selepas menerima dua kad kuning pada perlawanan pertama beliau bersama Arsenal. Sementara Samir Nasri  pula bakal berehat selama sebulan akibat kecederaan selepas beraksi cemerlang sepanjang pra-musim Arsenal.

Arsenal masih dibimbangi masalah penjaga gol selepas cubaan untuk membawa Mark Schwarzer gagal buat kali kedua dengan Manuel Almunia sudah mula menunjukkan hala tuju keluar dari Emirates sejurus penjaga gol baru tiba.

Barisan kemungkinan Arsenal : Almunia; Sagna, Djourou, Vermaelen, Clichy; Walcott, Rosicky, Song, Diaby; Arshavin, Chamakh.

Barisan kemungkinan Blackpool : Gilks; Baptiste, Evatt, Cathcart, Crainey; Taylor-Fletcher, Adam, Vaughan, Grandin; Ormerod, Harewood.