Saturday, August 21, 2010

Blackpool sedia uji Arsenal




Selepas membuat kejutan dengan membelasah Wigan Athletic pada perlawanan pembukaan, Blackpool sedia ke Emirates untuk membuktikan mereka mampu melakukan sesuatu terhadap Arsenal.

Gary Taylor-Fletcher, Marlon Harewood dan Alex Baptiste sedia untuk mengegar gawang lawan sekali lagi dengan mengharapkan momentum kemenangan ke atas Wigan dapat dikekalkan.

Sementara itu, Arsenal memulakan kempen liga dengan bernasib baik apabila berjaya mengutip satu mata di Anfield ketika Liverpool bermain hanya dengan sepuluh pemain. Bagaimanapun Arsene Wenger menyifatkan satu mata yang diperolehi pada perlawanan pertama merupakan sesuatu yang cemerlang untuk anak muda beliau.

Laurent Koscielny terpaksa melupakan seketika hasrat untuk mewakili The Gunners selepas menerima dua kad kuning pada perlawanan pertama beliau bersama Arsenal. Sementara Samir Nasri  pula bakal berehat selama sebulan akibat kecederaan selepas beraksi cemerlang sepanjang pra-musim Arsenal.

Arsenal masih dibimbangi masalah penjaga gol selepas cubaan untuk membawa Mark Schwarzer gagal buat kali kedua dengan Manuel Almunia sudah mula menunjukkan hala tuju keluar dari Emirates sejurus penjaga gol baru tiba.

Barisan kemungkinan Arsenal : Almunia; Sagna, Djourou, Vermaelen, Clichy; Walcott, Rosicky, Song, Diaby; Arshavin, Chamakh.

Barisan kemungkinan Blackpool : Gilks; Baptiste, Evatt, Cathcart, Crainey; Taylor-Fletcher, Adam, Vaughan, Grandin; Ormerod, Harewood.
Kongsi artikel ini di Facebook
Related Posts with Thumbnails