Saturday, August 21, 2010

Wigan takut dibelasah Chelsea




Selepas keputusan yang memalukan pada perlawanan pertama dengan dibelasah Blackpool 4-0, Roberto Martinez dan Wigan Athletic perlu melakukan sesuatu untuk berdepan juara bertahan, Chelsea.

Satu - satunya semangat dan kekuatan yang boleh digunakan Wigan ialah bermain di tempat sendiri di DW Stadium. Apa yang menarik buat Wigan ialah pertahanan yang kental walaupun pasukan lawannya menjaringkan enam gol pada perlawanan pertama.

Chelsea pula memberi amaran awal bahawa mereka akan kekal menjuarai liga musim ini dengan kejayaan membenam West Bromwich Albion 6-0. Carlo Ancelotti melihat kehebatan penyerangnya, Didier Drogba dengan bantuan pemain tengah Frank Lampard dan Florent Malouda menjadi kunci kepada kejayaan mereka.

Bagaimanapun Ancelotti harus ingat bahawa DW merupakan tempat pertama beliau tewas selaku pengurus di England. Dengan kehadiran Ramires, Chelsea dijangka akan melakukan sedikit perubahan dalam kesebelasan utama mereka untuk memastikan tiga mata penuh dimiliki.

Barisan kemungkinan Chelsea : Cech; Ivanovic, Alex, Terry, Cole; Mikel, Essien, Lampard; Malouda, Anelka, Drogba.

Barisan kemungkinan Wigan : Stam, Boyce, Alcaraz, Figueroa; Thomas, Diame, McCarthy, Moses, Rodallega; Boselli.
Kongsi artikel ini di Facebook
Related Posts with Thumbnails