Saturday, August 7, 2010

Gadis jual dara RM1 juta




Seorang lelaki Britain berjaya mendapatkan dara seorang gadis Hungary dengan nilai £200,000 (RM1 juta).

Bidaan yang dilakukan di ebay itu terpaksa disambung dengan menggunakan emel selepas lelongan tersebut diharamkan di dalam laman web lelongan itu. Gadis tersebut bercita - cita untuk menjadi seorang doktor dan berpeluang untuk menyambung pelajarannya namun terpaksa menangguhkannya kerana mempunyai masalah kewangan.

Gadis itu yang dipercayai sedang dalam perjalanan ke Britain memaklumkan keluarganya mempunyai banyak hutang.

Tikam rakan serumah minum darah

gambar hiasan


Seorang lelaki didapati menikam rakan serumahnya sebelum meminum darah mangsa di Florida.

Lelaki tersebut bertindak sedemikian kerana mendakwa rakannya itu mempunyai hubungan sulit dengan kakak iparnya. Tindakan lelaki tersebut meminum darah mangsa adalah bertujuan supaya polis tidak dapat menangkap beliau.

Bagaimanapun pihak polis mendakwa lelaki terbabit tida berniat membunuh mangsa kerana berada dalam keadaan mabuk.

Bapa dera anak hingga mati




Seorang kanak -kanak berusia 11 tahun didapati meninggal dunia akibat didera bapanya di Puchong Utama.

Mangsa disahkan meninggal dunia ketika dalam rawatan di Hospital Serdang. Mangsa tersebut dihantar oleh bapanya apabila didapati pengsan. Bagaimanapun bapa tersebut mendakwa anaknya terjatuh ketika bermain sebelum koma.

Namun Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, memaklumkan hasil bedah siasat mendapati mangsa cedera parah di kepala dan belakang badan serta terdapat kesan didera.

Bayi dijumpai dalam pembetung longkang



Seorang remaja menjumpai bayi dalam pembetung longkang yang berair berdekatan Jalan Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) Klang Gate.

Bayi yang masih bertali pusat itu didapati tidak berpakaian dengan terendam dalam air yang penuh dengan lumpur. Remaja tersebut yang sedang bermain berdekatan kawasan itu terdengar suara tangisan bayi dari arah longkang.

Beliau cuba melihat di kawasan tersebut dan terkejut apabila ada kaki bayi yang terjuntai lalu meminta tolong orang ramai. Beliau percaya bayi itu boleh mati sekiranya tidak diselamatkan.

Fabregas kekal di Arsenal


Ketua pasukan Arsenal, Cesc Fabregas mengeluarkan kenyataan bahawa beliau akan kekal di Emirates untuk musim ini.

Fabregas yang dikaitkan dengan perpindahan ke Barcelona ditawarkan yuran perpindahan sebanyak £30 juta yang ditolak oleh Arsenal. Bagaimanapun spekulasi tersebut tamat selepas Fabregas menegaskan beliau akan kekal di Arsenal.

"Pertama kali saya ingin meminta maaf kepada semua peminat kerana lambat membuat kenyataan kerana saya tidak pasti apa yang perlu saya lakukan hinggalah ke saat ini. Saya boleh pastikan bahawa segala perbincangan telah tamat dan saya akan fokus 100% pada Arsenal," jelas Fabregas.