Wednesday, August 11, 2010

Lafaz niat puasa bulan Ramadhan





"Sahaja aku puasa esok hari - (kerana mengerjakan) fardhu bulan Ramadhan pada tahun ini kerana Allah Ta'ala"

Pada malam 1 Ramadhan, elok ditambah perkataan Arab 'kullihi' (bermaksud: sekeliannya) sebelum lafaz '..LiLLahi Ta'ala'. Jika dibaca, ia bermaksud kita berniat puasa itu merujuk semua/sekelian/seluruh hari dalam bulan Ramadhan. Contohnya seperti berikut:

"Sahaja aku puasa esok hari - (kerana mengerjakan) fardhu bulan Ramadhan pada tahun ini , sekeliannya kerana Allah Ta'ala"

Jika berniat seperti di atas pada malam pertama Ramadhan, sedangkan terlupa niat pada mana-mana malam sepanjang Ramadhan, menurut pandangan Mazhab Syafi'e - puasanya sah.

Bayi tumbuh payudara akibat minum sus tepung

gambar hiasan



Bayi perempuan di China dijekutkan dengan penumbuhan payudara seperti wanita dewasa akibat meminum susu tepung yang telah dicampur dengan hormon.

Keadaan itu mengusarkan ibu bapa di sana kerana takut susu tepung yang dibeli mempunyai formula tersebut. Sebelum ini, pegawai perubatan di Hospital Bersalin dan Kanak-Kanak Hubei, Yang Qin telahpun memberi amaran supaya tidak membeli susu jenama Synutra.

Hasil dari kajian menunjukkan bayi yang meminum susu tersebut mempunyai kadar hormon jauh lebih tinggi berbanding wanita biasa.

Ibu kongsi dosa zina anak

gambar hiasan



Seorang ibu sanggup berkongsi dosa zina anaknya dengan membiarkan anak lelakinya tinggal serumah bersama teman wanita.

Perbuatan di Putrajaya itu dapat dikesan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) selepas mendapat maklumat salah laku tersebut. Pasangan terbabit memberitahu mereka tidak mempunyai masa untuk berkahwin dan mendaftar perkahwinan lalu bertindak seperti sepasang suami isteri.

Pasangan yang telah bersekedudukan lebih tiga tahun itu telah memiliki empat orang anak yang berusia tiga, dua, setahun dan tiga bulan.

Fantasy : Gameweek 1 - Ketua pasukan pilihan yang bakal menyerlah




Fantasy Premier League bakal bermula, siapakah ketua pasukan anda?

Yeahh.. kami akan bantu anda untuk memilih mereka yang berpotensi untuk mendapatkan mata maksimum. Kebanyakkan mereka yang mengumpul mata tertinggi dalam FPL bermula dengan mata yang tinggi pada awal musim.

Jadi, untuk memastikan anda tidak menarik diri pada awal musim, pemilihan pemain adalah sangat penting dan pemilihan ketua pasukan lebih mustahak memandangkan dua kali ganda mata akan diperolehi.

Hasil yang diperolehi pada masa ini, hampir 60% pemain memilih Frank Lampard sebagai ketua pasukan mereka. Lampard merupakan pemain paling tinggi kutipan mata musim lepas.Chelsea akan bertemu Wes Brom pada minggu ini dan potensi untuk menang adalah tinggi.

Bagaimanapun 16% daripada mereka memilih Wayne Rooney yang akan mengetuai jentera serangan Man U untuk berdepan Newcastle manakala Didier Drogba menjadi pilihan ketiga dengan 8%. Pilihan a1M adalah Frank Lampard. Apakah pilihan anda? sila beri komen. =)

Nama liga : anak1Malaysia
Code liga : 632185-147709

Liverpool sedia jual Aquilani




Liverpool dikatakan bersedia untuk menjual pemain tengah mereka, Alberto Aquilani yang baru satu musim bermain di Anfield.

Pemain Itali yang dibawa dengan nilai £16.6 juta dari Roma dan hanya menghabiskan masa musim lepas dengan masalah kecederaan. Beliau hanya mengambil sedikit bahagian dalam musim 2009-2010 namun kehilangan rentak menyebabkan beliau tidak dipanggil untuk Piala Dunia 2010.

Kemungkinan besar Liverpool akan menjual pemainnya dengan separuh daripada harga mereka membeli untuk menguakan lagi dana bagi membawa beberapa pemain ke Anfield. Sementara itu, Javier Mascherano dikatakan bakal meninggalkan Anfield berikutan mendapat tawaran daripada Barcelona.

Carvalho akan sertai Real Madrid




Chelsea dilaporkan bersedia menjual pemain pertahanan mereka, Ricardo Carvalho ke Real Madrid dengan yuran perpindahan sebanyak €8 juta.

Carvalho bakal menjadi pemain kelima yang datang ke Bernabeu selepas Angel Di Maria, Sergio Canales, Pedro Leon dan Sami Khedira. Chelsea memaklumkan kelab telah bersetuju dengan Real Madrid untuk perpindahan Carvalho dan pemain telah pun bersetuju dengan kontrak peribadi.

Selepas Real gagal mendapatkan pertahanan kiri Inter Milan, Maicon, Mourinho cuba membawa bekas pemainnya di Chelsea ke Sepanyol. Pemain yang berasal dari Porto dengan yuran perpindahan sebanyak £19.85 juta itu telahpun menegaskan yang beliau mahu meninggalkan Stamfrod Bridge.

Selamat menyambut bulan Ramadhan


anak1Malaysia mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat menunaikan ibadah puasa. Semoga Bulan Ramadhan kali ini lebih sempurna dan berkat. Sama - sama lah kita memburu pahala berlipat kali ganda di bulan yang mulia ini. =)