Thursday, August 12, 2010

Man Utd mahu bawa Bebe ke Old Trafford




Manchester United mengumumkan mereka bakal membawa penyerang muda Portugal, Bebe yang berasal dari kelab Vitoria de Guimaraes.

Pemain yang bernama Tiago Manuel Dias Correia itu dijangka akan berhijrah ke Old Trafford selewat - lewatnya minggu depan yang menjadi taruhan bagi masa depan United. Bagaimanapun nilai yuran perpindahan tidak dinyatakan.

Bebe bakal menjadi pemain ketiga yang berpindah ke United musim ini selepas Chris Smalling dari Fulham dan Javier Hernandez dari Chivas. Ferguson sedang dalam perancangan untuk mengisi pemain muda berbakat ke United bagi memperkuatkan lagi United di masa depan.

Liverpool beli pemain Juventus, Poulsen




Liverpool mengesahkan pembelian pemain tengah Juventus, Christian Poulsen dengan yuran perpindahan sebanyak €5.475 juta.

Poulsen menyertai Juventus daripada Sevilla pada tahun 2008 dan telah bermain sebanyak 33 perlawanan dalam Serie A. Beliau turut bermain untuk Denmark dalam ketiga - tiga Piala Dunia.

Juventus melaporkan pemain itu telah selesai berhijrah ke Anfield dengan yuran perpindahan secara dua kali ansuran di mana kenaikkan €1.2 juta sekiranya mencapai perjanjian yang telah ditetapkan.

Tindakan segera Roy Hodgson ini adalah untuk menggantikan Javier Mascherano yang diintai Barcelona dan Inter Milan di mana laporan mengatakan Barcelona hampir memilki ketua pasukan Argentina itu.

Pemain lain yang telah dibawa ke Anfield musim ini ialah Joe Cole, Danny Wilson, Jonjo Shelvey, Fabio Aurelio dan Milan Jovanovic.

6 suami ditipu seorang isteri




Seorang wanita licik memperdaya lelaki yang dikenali menerusi internet untuk ditiduri sebelum memaksa dikahwini kerana mendakwa dirinya mengandung.

Selepas beberapa bulan berkahwin, wanita ini akan melarikan diri selepas berjaya mengikis duit suaminya dan seramai enam suami telah menjadi mangsa dengan wang lebih RM500,000 telah dikikis. Bagaimanapun kegiatan wanita ini terbongkar selepas suami terbaru beliau berjaya mengesan dan membawa isterinya ke balai polis.

Suami tersebut mendakwa beliau mengenali wanita itu melalui internet sebelum bertemu dan digoda. Selang beberapa minggu wanita tersebut mendakwa dirinya mengandung dan memaksa dikahwini.

Apa yang memilikkan wanita tersebut tidak mahu berkahwin dengan cara mendaftar nama sebaliknya hanya mahu dilakukan mengikut cara tradisional. Selepas berjaya mengikis RM300,000 dari suaminya itu, kakak mangsa dapat mengetahui identiti sebenar wanita terbabit menerusi laporan sebelum ini.

Awas! Tonik tahan lama puasa




Umat Islam yang menjalankan ibadah puasa dinasihatkan tidak terpengaruh dengan tonik yang didakwa mampu memberi daya tahan yang kuat untuk berpuasa.

Tonik yang didakwa mampu menahan lapar dan memberi tenaga itu dikatakan dibuat daripada pati ikan haruan dan madu lebah. Tonik minuman yang dijual dengan harga RM10 sebotol dilaporkan diseludup masuk ke Sarawak untuk dijual kepada rakyat tempatan.

Jurujual warga negara jiran itu mendakwa tonik tersebut mendapat sambutan hangat oleh warga tempat asalnya kerana mampu memberi kesan yang baik. Namun menurut Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, minuman tersebut diharamkan dijual kerana terdapat bahan larangan yang mampu menjejaskan kesihatan pengguna.

Wanita dirogol sebelum dibunuh

gambar hiasan



Seorang wanita menjadi mangsa rogol sebelum dibunuh di dalam hutan di Sungai Petani.

Mangsa yang disangkakan bangkai haiwan oleh seorang penoreh getah ditemui mati dalam keadaan tertiarap serta mempunyai kesan darah di muka dan kepala akibat dipukul. Selain itu, baju yang mangsa  pakai hampir tertanggal dan seluar dalamnya terlucut hingga ke lutut.

Bagaimanapun seluar mangsa tidak ditemui. Beberapa barang mangsa ditemui berhampiran tempat kejadian namun objek yang digunakan untuk membunuh mangsa tidak ditemui.

Fantasy : Gameweek 1 - Carvalho ke Real, kelebihan buat Fereira




Chelsea bersetuju dengan yuran perpindahan Real Madrid untuk Ricardo Carvalho yang dijangka akan berpindah sebaik pemeriksaan kesihatan selesai.

Dalam Fantasy, harga Carvalho lebih murah berbanding John Terry. Namun pemergian Carvalho menjadikan hidup pemain Fantasy EPL lebih mudah. Branislav Ivanovic dan Paulo Ferreira akan mendapat impak daripada pemergian Carvalho dan mempunyai potensi untuk menjana mata.

Ivanovic dilihat menjadi pilihan utama untuk berganding dengan John Terry di bahagian tengah. Beliau telah bermain di posisi tersebut dalam tiga perlawanan pra-musim sementara Alex yang masih mengalami kecederaan serius. Ancelotti memaklumkan Alex akan pulih dalam dua minggu namun Ivanovic dilihat bermain lebih baik di posisi tersebut dan walaupun jika Alex pulih dan diturunkan, Ivanovic masih boleh ditempatkan dibahagian kanan Chelsea.

Namun nilai 7.0 untuk Ivanovic perlu dipertimbangkan dengan Nemanja Vidic dan Leighton Baines turut mempunyai nilai yang sama.

Tetapi Stamford Bridge mempunyai masalah besar terhadap bek kanan mereka dan keadaan ini memberi ruang kepada Paulo Ferreira sementara Jose Bosingwa masih dalam kecederaan dan mengambil masa lebih sebulan untuk pulih sepenuhnya. Fereira hanya bernilai 5.5 dan berpotensi untuk menyumbang mata 'clean sheets' yang tinggi.

Nama liga : anak1Malaysia
Code liga : 632185-147709

Senarai hitam pesalah trafik ditarik balik




Kabinet menarik balik senarai hitam pesalah trafik sehingga 28 Februari tahun depan bagi membolehkan mereka memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu.

Keputusan ini dibuat bagi meringankan beban rakyat yang akan menghadapi perayaan tidak lama lagi. Bagaimanapun pengecualian ini tidak memberi diskaun terhadap saman yang tertunggak.

Sebanyak 10 juta saman ekor diabaikan pesalah trafik seluruh negara sejak 10 tahun lalu. Selain itu, lebih sejuta kenderaan disenarai hitam daripada memperbaharui cukai jalan. Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha memaklumkan saman - saman tersebut boleh diselesaikan dengan cara ansuran atau sekali gus dalam tempoh kelonggaran ini.

Pekerja ugut bunuh diri cuti Ramadhan ditolak

sungai petani



Seorang pekerja dari Bangladesh di Restoran Nasi Kandar mengugut untuk membunuh diri selepas permohonan beliau untuk bercuti bagi menemui keluarga sempena Ramadhan ditolak.

Pekerja tersebut meletakkan parang dilehernya serta berdiri di tingkat tiga dan mengugut untuk terjun kerana kecewa. Lelaki tersebut menjerit agar pasportnya dipulangkan dan akan membunuh diri sekiranya majikannya tidak melayan.

Polis yang bergegas ke tempat kejadian cuma memujuk pekerja itu namun tidak dilayan sebelum anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat tiba setengah jam kemudian dan berjaya dipujuk.

Suami isteri maut sebelum berbuka




Sepasang suami isteri menemui ajal pada 1 Ramadhan selepas kemalangan dengan treler di Kilometer 253.7 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Plaza Tol Senawang.

Bagaimanapun anak angkat mereka berumur 3 tahun terselamat daripada nahas dan hanya mengalami kecederaan di mata. Mangsa dimaklumkan bekerja sendiri sebagai pembekal bola golf di kelab golf sekitar Kuala Lumpur.

Ketika kemalangan, ratusan bola golf bertaburan di jalan raya. Pemandu treler memaklumkan bahawa treler tersebut rosak dan tidak sempat behenti di lorang kecemasan menyebabkan treler terhenti di tengah jalan. Kemudia pemandu treler tersebut mendakwa meletakkan kon kecemasan sebelum manaiki semula treler.

Namun beberapa minit kemudian treler tersebut bergegar akibat dilanggar sebuah Toyota Unser dan terperosok di bawah treler.

Doa berbuka puasa

Doa berbuka puasa
Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Doa selepas berbuka puasa
 Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.

Gerrard selamatkan maruah England (highlights)


Steven Gerrard menyelamatkan England daripada terus menjadikan ejekan penyokong dengan menghasilkan dua gol pada separuh masa kedua selepas Hungary mendahului 1-0 hasil gol sendiri Phil Jageilka.

Fabio Capello tetap menurunkan barisan Piala Dunia beliau iaitu Joe Hart, Glen Johnson, John Terry, Ashley Cole, Frank Lampard, Gareth Barry, Steven Gerrard dan Wayne Rooney. Selain itu, muka baru iaitu Phil Jagielka, Theo Walcott dan Adam Johnson disenarikan dengan harapan dapat membawa perubahan buat England.

Capello menggunakan formasi luar biasa dengan meletakkan Rooney keseorangan sebagai penyerang dengan disokong oleh Gerrard. Namun England buntu untuk menghasilkan sebarang gol pada separuh masa pertama bagi menamatkan keputusan tanpa jaringan.

Babak kedua Capello memasukkan Bobby Zamora, Kieran Gibbs, Ashley Young dan Michael Dawson untuk mengeluarkan Walcott, Cole, Lampard dan Terry bagi membolehkan formasi normal 4-4-2 dimainkan.

Namun nasib tidak menyebelahi Three Lions yang terpaksa akur dengan gol sendiri Jageilka walaupun ulang tayang menunjukkan bola tidak melepasi garisan gol. England yang dalam tekanan di halaman sendiri bangkit tujuh minit selepas itu menerusi dua gol daripada ketua pasukan, Gerrard dalam masa empat minit bagi memberi nafas buat England dalam arena antarabangsa.