Thursday, August 12, 2010

Gerrard selamatkan maruah England (highlights)


Steven Gerrard menyelamatkan England daripada terus menjadikan ejekan penyokong dengan menghasilkan dua gol pada separuh masa kedua selepas Hungary mendahului 1-0 hasil gol sendiri Phil Jageilka.

Fabio Capello tetap menurunkan barisan Piala Dunia beliau iaitu Joe Hart, Glen Johnson, John Terry, Ashley Cole, Frank Lampard, Gareth Barry, Steven Gerrard dan Wayne Rooney. Selain itu, muka baru iaitu Phil Jagielka, Theo Walcott dan Adam Johnson disenarikan dengan harapan dapat membawa perubahan buat England.

Capello menggunakan formasi luar biasa dengan meletakkan Rooney keseorangan sebagai penyerang dengan disokong oleh Gerrard. Namun England buntu untuk menghasilkan sebarang gol pada separuh masa pertama bagi menamatkan keputusan tanpa jaringan.

Babak kedua Capello memasukkan Bobby Zamora, Kieran Gibbs, Ashley Young dan Michael Dawson untuk mengeluarkan Walcott, Cole, Lampard dan Terry bagi membolehkan formasi normal 4-4-2 dimainkan.

Namun nasib tidak menyebelahi Three Lions yang terpaksa akur dengan gol sendiri Jageilka walaupun ulang tayang menunjukkan bola tidak melepasi garisan gol. England yang dalam tekanan di halaman sendiri bangkit tujuh minit selepas itu menerusi dua gol daripada ketua pasukan, Gerrard dalam masa empat minit bagi memberi nafas buat England dalam arena antarabangsa.



Kongsi artikel ini di Facebook
Related Posts with Thumbnails