Tuesday, July 27, 2010

Jutawan yahudi bina Masjid di Perancis





Jutawan Yahudi, Roberth Harush mengejutkan dunia dengan tindakan beliau untuk membiayai pembangunan masjid besar di Montereau, Perancis.

Rakyat yang berasal dari Ashkelon Israel itu menegaskan tujuan beliau berbuat demikian adalah sebagai satu toleransi agama. Beliau memaklumkan sudah muak dengan tindakan Israel yang menimbulkan keceman dunia dan sebagai satu toleransi agama, beliau memutuskan untuk membiayai penuh pembinaan masjid tersebut.

"Saya sudah muak dan lelah. Suara dari orang-orang yang waras harus muncul. Ini bukan usaha murahan tapi saya lakukan dengan sepenuh hati,"tegasnya.


Sumber : tribunnews.com [fakta daripada internet, kesahihan tidak dapat dipastikan]

Mascherano boleh tinggalkan Liverpool





Javier Mascherano dimaklumkan beliau boleh meninggalkan Liverpool selepas berbincang dengan pihak Anfield semalam.

Ketua pasukan Argentina itu berbincang dengan Roy Hodgson selepas kembali dari cuti di mana sebelum ini beliau mengabaikan usaha pengurus baru Liverpool itu untuk menghubunginya. Mascherano memaklumkan beliau mahu meninggalkan Liverpool pada musim lepas selepas Barcelona berminat dengan khidmatnya namun diminta untuk kekal lagi setahun oleh kelab.

Hodgson yang berharap Steven Gerrard dapat mempengaruhi rakan sepasukannya itu akhirnya mendapat jawapan dengan kesediaan Liverpool untuk melepaskan pemain tengah mereka.

Mascherano dijangka akan mengikut jejak langkah Rafael Benitez ke Inter Milan atau berhijrah ke Barcelona yang sudahpun kehilangan khidmat Yaya Toure.

Fabegas setuju kontrak peribadi bersama Barcelona

Cesc Fabregas in Barcelona shirts (Getty Images)



Ketua pasukan Arsenal, Cesc Fabregas dilaporkan setuju dengan kontrak peribadinya bersama juara Sepanyol, Barcelona.

Pemain kebangsaan Sepanyol itu dimaklumkan sekiranya beliau meninggalkan Arsenal, beliau akan berhijrah ke Nou Camp dengan kontrak selama lima tahun bernilai £5.9 juta setahun.

Bagaimanapun Arsenal masih belum membuat keputusan berhubung yuran perpindahan dan Arsene Wenger memakluman beliau tidak mahu berjumpa dengan juara Piala Dunia itu minggu ini dan masa depan pemain tersebut akan dibincangkan selepas itu.

Liverpool mahu Diego Forlan sebagai pengganti Torres





Roy Hodgson dipercayai akan memburu pemain terbaik Piala Dunia 2010, Diego Forlan sekiranya Fernando Torres meninggalkan Anfield.

Liverpool yang mahu membina semula kekuatan kelab mereka berhasrat membawa pemain bintang Atletico Madrid itu kembali ke England. Penyerang Uruguay itu dipercayai bernilai £15 juta dan Liverpool bersedia untuk memiliki bekas pemain Manchester United ini.

Torres yang bernilai £50 juta diburu oleh Chelsea dan Manchester City namun juara Piala Dunia itu masih belum memutuskan masa depan beliau.

Arsenal sedia £10 juta untuk Mertesacker





Arsenal dilaporkan sedia untuk membuat bidaan sebanyak £10 juta bagi memiliki pertahanan Jerman, Per Mertesacker yang juga merupakan pemain kelab Werder Bremen.

Arsene Wenger bersedia untuk membuat perubahan selepas tawaran £14 juta bagimemiliki Phil Jagielka ditolak. Arsenal kini sedang mencari pengganti kepada pertahanan mereka iaitu William Gallas and Mikael Silvestre.

Sebelum ini Arsenal telah membelanjakan £10 juta untuk Laurent Koscielny dari Perancis untuk bahagian pertahanan dan kini Wenger masih berusaha untuk memperkuatkan lagi pertahanan mereka.

50 gol terbaik Piala Dunia dalam sejarah



Piala Dunia merupakan kejohanan paling berpestij di antarabangsa. Pelbagai aksi jaguh bola sepak dari seluruh pelusuk dunia dipamerkan untuk melakar nama.

Mereka menghasilkan gol dengan pelbagai gaya dan cara yang menarik. Di sini dimuatkan 50 gol terbaik sepanjang Piala Dunia sejak kali pertama diadakan pada tahun 1930. (kecuali Piala Dunia 2010) enjoy =)