Friday, August 13, 2010

Kenali Bebe, pemain baru Man Utd




Nama: Tiago Manuel Dias Ferreira (Bebe)
Umur: 20
Kelab Manchester United
Negara: Portugal
Posisi: Striker

Kelab lamanya, Vitoria Guimaraes baru membeli pemain muda berbakat ini lima minggu lepas dari kelab division ketiga Portugal, Estrela Amadora namun tidak pernah bermain untuk perlawanan kompetetif buat Guimaraes.

Pemain muda ini mempamerkan bakatnya dalam beberapa perlawanan persahabatan dan beberapa kelab gergasi Eropah berminat untuk memilkinya termasuk Real Madrid. Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson terbang ke Portugal sendiri untuk bertemu Bebe.

Bebe merupakan pemain yang boleh bermain di beberapa posisi serangan. Pemain muda ini boleh bermain sebagai wing, penyerang kedua dan juga sebagai penyerang solo. Bagaimanapun beliau perlu melepasi beberapa halangan sebelum mampu disenarikan dalam kesebelasan utama di Old Trafford. Hakikatnya United telah memiliki Wayne Rooney, Javier Hernandez, Dimitar Berbatov, Michael Owen dan Federico Macheda di bahagian serangan.

Barcelona tawar £12.3j + Hleb untuk Mascherano




Gergasi Sepanyol, Barcelona dijangka akan mendapatkan pemain tengah Liverpool, Javier Mascherano selepas perjanjian dengan Liverpool berjaya.

Pejanjian ini melibatkan wang tunai dan penukaran pemain di mana Barcelona akan memberikan Alexander Hleb jalan ke Anfield serta £12.3 juta untuk mendapatkan ketua pasukan Argentina itu.

Mascherano telahpun menyatakan pendirian beliau untuk meninggalkan Anfield dan jangkaan untuk kembali bersama Rafael Benitez di Inter Milan meleset selepas Barcelona lebih dahulu memancing.

Pembelian Mascha adalah untuk menggantikan pemergian Yaya Toure ke Manchester City.

Neymar setuju perpindahan ke Chelsea




Pemain bintang Santos, Neymar bersetuju untuk menyertai Chelsea dalam beberapa hari lagi.

Penyerang muda Brazil ini dilaporkan dibawa dengan nilai £20.7 juta selepas satu perjumpaan antara agen Neymar, Wagner Ribeiro, Presiden Santos, Luiz Alvaro de Oliveira Ribeiro dan pengerusi Chelsea, Bruce Buck dijalankan.

Sebelum ini Santos menolak tawaran £16.5 juta daripada Chelsea. Neymar didakwa telahpun menandatangani kontrak dan permohonan permit kerja mungkin memakan masa beberapa hari sebelum pengesahan beliau untuk bermain di Stamford Bridge.

Pijak kaki bapa tiri hingga retak




Seorang bapa dipukul anak tirinya serta kakinya dipijak hingga menyebabkan berlaku keretakan.

Mangsa dipukul di Balai Polis Pandan Indah ketika mahu berbincang hal peribadi bersama ibunya. Beliau ke balai polis kerana mahu membuat laporan polis selepas isterinya mengugut untuk membakar tekisnya kerana mengesyaki ada hubungan sulit kerana kerap pulang lewat.

Anak tiri perempunya itu yang turut hadir di balai polis menolak kepala bapa tirinya sebelum menendang hingga terjatuh. Mangsa yang tidak berdaya melawan hanya merayu supaya berhenti memukulnya sebelum pihak polis masuk campur.

Isteri dan anak tirinya beredar di tempat kejadian tanpa mempedulikannya.

Polis diajak bertumbuk dengan pencuri

gambar hisan



Dua orang lelaki yang membelasah seorang pemandu van menunjuk belang dengan mengajak polis untuk bergaduh dengan mereka.

Suspek yang berusia linkungan 20-an bertindak sedemikain selepas melarikan sebuah kereta Honda Accord. Kejadian bermula apabila salah seorang suspek yang menaiki Perodua Myvi terlanggar sebuah van selepas mencuri kereta.

Berdasarkan maklumat yang diterima, suspek dan pemandu van tersebut berenti di tepi jalan untuk berunding sebelum polis yang meronda lalu di kawasan tersebut tiba. Kemudian rakan suspek yang membawa kereta curi itu tiba lalu merampas topi keledar polis untuk memukul pemandu van.

Kemudian suspek mengajak polis yang mahu meleraikan pergaduhan untuk bertumbuk serta merampas walkie talkie polis. Kemudian suspek melarikan diri bersama rakannya menggunakan kereta curi dan meninggalkan kereta Myvi.

Bagaimanapun nasib malang buat salah seorang suspek kerana tertinggal kad pengenalan.

Buang bayi dihukum bunuh




Kabinet memutuskan untuk mengkategorikan kes membuang bayi sebagai hukum bunuh atau cubaan membunuh bagi memastikan pesalah terbabit menerima hukuman berat.

Kes tersebut akan disiasat Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, sementara kes percubaan membunuh disiasat di bawah Seksyen 307 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun.

Sebelum ini kes tersebut diletakakn di bawah Seksyen 31 Akta Kanak-kanak iaitu denda maksimum RM20,000 atau penjara 10 tahun atau kedua-duanya sekali. Sepanjang tempoh tahun lepas, sebanyak 181 kes pembuangan bayi dilaporkan.

Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, lelaki yang mengakibatkan wanita tersebut mengandung turut akan disiasat dan kaedah ujian asid deoksiribonukleik (DNA) akan dilakukan untuk mengenal pasti ibu bapa terlibat.

Sajian bufet Ramadhan ada alkohol




Sebuah hotel lima bintang di Purajaya didapati menggunakan alkohol dalam sajian mereka.

Hotel yang menyediakan hidangan bufet Ramadhan itu telah diarahkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk memberhentikan kegiatannya. Menurut laporan, hotel tersebut tidak pernah memohon sijil halal daripada Jakim.

Dalam siasatan yang dijalankan, Jakim menemui botol kicap dan sos yang mengandungi alkohol. Selain itu, sebuah restoran yang menyediakan makanan steam boat secara bufet Ramadhan diserbu kerana tidak mempunyai sijil halal.

Mayat bayi ditemui dalam pembentung najis




Sungguh memilukan apabila seorang mayat bayi ditemui dalam pembentung najis di pekan baru Bukit Bunga, Tanah Merah.

Mayat bayi tersebut ditemui tertiarap di dasar pembentung di belakang sebuah banggunan perniagaan. Mayat itu ditemui oleh kanak - kanak berumur 8 tahun yang mahu membaling mercun ke dalam pembentung tersebut yang ditutp dengan zink.

Menurut beliau, apabila membuka zink tersebut, beliau terlihat ada seorang bayi di dalamnya dan tidak menjadi untuk melemparkan mercun itu. Kemudian beliau meminta bantuan daripada seorang lelaki dan bantuan polis diminta sejurus selepas itu.

Berdasarkan siasatan awal, mayat tersebut berkemungkinan telah ditinggalkan melebihi 24 jam kerana ianya sudah membengkak. Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Tanah Merah (HTM) untuk dibedah siasat.

Kelebihan solat Tarawikh


Solat Tarawikh merupakan solat yang sangat istimewa khas untuk umat Islam di bulan Ramadhan. Amatlah rugi bagi mereka yang meninggalkan solat Tarawikh. Berikut adalah fadhilat solat Tarawikh dan Insya-Allah jika diamalkan dengan mengharap keredhaan Allah, pasti akan menerima ganjaran.




1.Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Malam Ketiga
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13.Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.


14. Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15.Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18.Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar

Chelsea harap permulaan baik temu WBA




Chelsea akan memulakan kempen liga bagi mempertahankan kejuaraan mereka dengan bertemu West Bromwich Albion Sabtu ini.

Setelah mencatat sejarah dengan memenangi Double musim lepas, Chelsea bermula musim 2010/2011 dengan malang selepas hanya mencatat satu kemenangan dalam kempen pra-musim. Kekalahan ditangan Ajax, Hamburg dan Eintracht Frankfurt perlu menjadi penilaian penting buat Chelsea yang kehilangan beberapa tonggak utama.

Manchester United berjaya mengambil peluang terhadap kelemahan barisan pemain Chelsea untuk merangkul Piala Perisai Komuniti. The Blues yang menjaringkan 100 gol pada musim lepas telah mencatat kemenangan dalam 10 perlawanan Sabtu terakhir mereka.

Rekod 5 perlawanan terakhir :

Chelsea 1-3 Manchester United                                        West Brom 1-1 Osasuna
Hamburg 2-1 Chelsea                                                Coventry City 1-1 West Brom
Eintracht Frankfurt 2-1 Chelsea                           Doncaster Rovers 1-0 West Brom
Ajax 3-1 Chelsea                                                     Bristol Rovers 0-1 West Brom
Crystal Palace 0-1 Chelsea                                          VVV Venlo 1-2 West Brom

Fantasy : Gameweek 1 - Tips pemilihan pemain





Fantasy Premier League akan bermula esok. Jadi mulakan pembelian pemain yang tepat. Ambil sedikit masa untuk membuat analisis.

Anda perlu memulakan pasukan dengan pemain yang mampu mengutip mata tertinggi seperti Lampard, Gerrard, Rooney, Drogba, Fabregas & Torres. Tapi anda tidak mungkin mampu memiliki semuanya. Mari kita analisis setiap pasukan utama :

Chelsea memulakan kempen liga dengan lawan mudah iaitu West Brom, Stoke, Blackpool(Home) dan Wigan, West Ham (Away). Cadangan di sini anda perlu mengambil tiga pemain The Blues antaranya Lampard, Drogba, Essien, Ivanovic & Anelka.

Arsenal pula memulakan kempen sukar dengan berkunjung ke Anfield sebelum bertemu lawan mudah iaitu Blackpool, Blackburn, Bolton dan Sunderland. Jadi, buat pertimbangan untuk pembelian pemain minggu pertama dan minggu ke-2. Cadangan pemain ialah Fabregas, Nasri, Walcott, Vermaelan dan Van Persie.

Man Utd pula akan bertemu lawan sederhana dan potensi pasti menang tidak boleh dijangka. Apa-apa pun Valencia, Scholes, Rooney, Hernandez, Vidic dan Evans mampu menyumbang mata untuk anda.

Liverpool pula melalui ujian perit pada permulaan musim. Mungkin anda boleh memilih pemain Liverpool yang mampu memberi mata tinggi seperti Gerrard, Torres, Joe Cole & Reina.

Cadangan pemain lain :

Tottenham : Keane,Defoe, Bale, Lennon, O Hara & Dawson
Penjaga gol : Sorensen, Schwartzer & Green
Pemain baru : Beckford, Hernandez & Yaya Toure

Schwarzer mahu Arsenal




Penjaga gol Fulham, Mark Schwarzer merayu agar kelab membenarkan beliau berhijrah ke Arsenal.

Arsenal yang dikaitkan dengan Schwarzer sejak bulan lepas bakal menjadi pilihan terakhir buat Wenger dengan nilai £4 juta yang ditetapkan Fulham. Penjaga gol Australia itu dijangka akan berjumpa dengan Mark Hughes sebaik pulang daripada tugas antarabangsa dari Slovenia.

Bekas penjaga gol Middlesbrough ini menekankan yang beliau tidak mahu kekal di Fulham dan beminat untuk berpindah ke Emirates sebelum bermula musim 2010/2011. "Pada tahap karier saya sekarang, ia merupakan peluang menakjubkan untuk bermain pada tahap tersebut dan saya sangat teruja untuk menjadikan ia kenyataan," tegas Schwarzer.