Tuesday, August 17, 2010

Arsenal mahu Schwarzer sebelum Sabtu



Pengurus Arsenal, Arsene Wenger berharap beliau dapat membawa penjaga gol Fulham, Mark Schwarzer ke Emirates sebelum pertemuan bertemu Blackpool Sabtu ini.

Fulham dipercayai meletakkan nilai Schwarzer sebanyak £4juta namun Arsenal hanya menawarkan £2.5juta untuk pemain berusia 37 tahun itu. Sebelum ini tawaran Arsenal sebanyak £2juta telah pun ditolak dan The Gunners meningkatkan tawaran selepas Schwarzer tekad untuk meninggalkan Cracen Cottage.

Sekiranya Schwarzer menyertai Arsenal, penjaga gol Manchester City, Shay Given bakal berpindah ke Fulham selepas Joe Hart bermain cemerlang untuk City.

Liverpool berminat miliki £13j Milevskiy




Liverpool bersedia untuk membida penyerang Dinamo Kiev Artem Milevskiy bagi memberi lebih banyak pilihan buat Roy Hodgson di bahagian serangan.

Pemain kebangsaan Ukraine itu dilaporkan bakal dipancing Liverpool sejurus Javier Mascherano berpindah dengan nilai jangkaan £25juta. Sebelum ini Liverpool dilaporkan berminat untuk mendapatkan penyerang West Ham Carlton Cole dan penyerang PSV Eindhoven Ola Toivonen, tetapi kini The Reds lebih berminat dengan penyerang berbisa Milevskiy.

Pemain berusia 25 tahun itu diletakkan harga yuran perpindahan sebanyak £13juta dan situasi Liverpool yang berhutang £237juta dengan Bank Scotland terpaksa menjual pemainnya dahulu sebelum mampu membida.

Bagaimanapun agen beliau membuat kenyataan Milevskiy merupakan seorang pemain yang boleh bermain untuk Liverpool, Manchester United ataupun Chelsea.

Toreh muka isteri akibat cemburu

gambar hiasan



Seorang suami yang cemburu melihat isteri berbual mesra dengan sepupunya bertindak menoreh muka, bahu dan mulut isterinya tersebut sehingga berlumuran darah di Kampung Jeram Batu, dekat Kuala Lipis.

Mangsa yang cedera parah terpaksa merangkang keluar untuk meminta tolong dengan jiran berdekatan. Sepupu lelaki tersebut turut cedera di badan ketika mahu membantu mangsa. Menurut laporan, mangsa bersama sepupu lelaki di dalam rumah ketika suaminya bekerja.

Mangsa memaklumkan beliau berbual di ruang tamu sambil menunggu kepulangan suaminya untuk makan tengah hari bersama. Suaminya yang pulang dari kerja cemburu melihat isterinya berbual mesra dengan sepupu lelaki lalu menengking mereka sebelum mengambil pisau di dapur dan bertindak kejam.

Bekas pengetua asrama anak yatim cabul penghuni

gambar hiasan



Seorang bekas pengetua asrama anak yatim mengaku tidak bersalah atas tuduhan mencabul penghuni perempuan asrama itu pada tahun lalu.

Beliau didakwa mencabul kerhormatan pelajar perempuan berumur 14 tahun dengan meraba kemaluan dan buah dada gadis tersebut di pejabat. Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripadanya.

Bagaimanapun beliau dilepaskan dengan ikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin bagi membawa kes ke mahkamah. Peguam M Govindaraju mewakili beliau.

Peniaga panas baran pukul penguat kuasa




Seorang peniaga wanita berumur 50-an tidak berpuas hati dengan tindakan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) yang menyita dan merampas gerainya bertindak memukul anggota penguatkuasa yang menjalankan tugas.

Tindakan merampas gerai itu dilakukan kerana peniaga melanggar arahan penguatkuasa bahawa gerai tidak dibenarkan dibuka sebelum pukul 3 petang sepanjang bulan Ramadhan. Kejadian yang berlaku di Kota Sarang Semut itu didapati aktiviti perniagaan dijalankan seawal pukul 11 pagi.

Kesemua barangan dan peralatan termasuk lauk pauk dirampas dalam operasi tersebut.

Amalan Sunnah bulan Ramadhan




Ibadah puasa di bulan Ramadhan akan menjadi satu aktivit menahan lapar dan dahaga sahaja sekiranya kita tidak meninggalkan perkara - perkara yang dilarang. Oleh itu untuk menjadikan puasa kita lebih sempurna, beberapa amalan sunnah disarankan di sini:

1. Mengkhatamkan Al-Qur’an
Bulan Ramadhan adalah bulan Al-Quran. Pada bulan inilah Al-Qur’an pertama kali turun dari lauhul mahfuz ke langit dunia sekaligus. Allah berfirman:
Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil)(al baqarah: 185)

2. Shalat tarawih
Rasulullah Saw. bersabda: “Barang siapa yang menghidupkan malam bulan Ramadhan karena iman dan mengharap pahala dari Allah akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.”
Sebuah riwayat mengatakan bahwa Nabi Saw. pernah shalat 11 rakaat, terkadang 13 rakaat atau kurang dari itu. Ketika ditanya tentang shalat malam beliau bersabda: “Dua rakaat dua rakaat, jika seseorang diantara kalian khawatir masuk waktu subuh hendaklah shalat satu rakaat witir.”

3. Memperbanyak doa
Orang yang berpuasa ketika berbuka adalah salah satu orang yang doanya mustajab. Oleh karenanya perbanyaklah berdoa ketika sedang berpuasa terlebih lagi ketika berbuka. Berdoalah untuk kebaikan diri kita, keluarga, bangsa, dan saudara-saudara kita sesama muslim di belahan dunia.

4. Memberi buka puasa (tafthir shaim)
Hendaknya berusaha untuk selalu memberikan ifthar (berbuka) bagi mereka yang berpuasa walaupun hanya seteguk air ataupun sebutir korma sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang berbunyi:” Barang siapa yang memberi ifthar (untuk berbuka) orang-orang yang berpuasa maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tanpa dikurangi sedikitpun”. (Bukhari Muslim)

5. Bersedekah
Rasulullah Saw. bersabda: “Sebaik-baik sedekah adalah sedekah pada bulan Ramadhan” (HR. Tirmizi).
Dan pada akhir bulan Ramadhan Allah mewajibkan kepada setiap muslim untuk mengeluarkan zakat fitrah sebagai penyempurna puasa yang dilakukannya.

6. I’tikaf
I’tikaf adalah berdiam diri di masjid untuk beribadah kepada Allah. I’tikaf disunahkan bagi laki-laki dan perempuan; karena Rasulullah Saw. selalu beri’tikaf terutama pada sepuluh malam terakhir dan para istrinya juga ikut I’tikaf bersamanya. Dan hendaknya orang yang melaksanakan I’tikaf memperbanyak zikir, istigfar, membaca Al-Qur’an, berdoa, shalat sunnah dan lain-lain.

7. Umroh
Ramadhan adalah waktu terbaik untuk melaksanakan umrah, karena umroh pada bulan Ramadhan memiliki pahala seperti pahala haji bahkan pahala haji bersama Rasulullah Saw. Beliau bersabda: “Umroh pada bulan Ramadhan seperti haji bersamaku.”

8. Memperbanyak berbuat kebaikan
Bulan Ramadhan adalah peluang emas bagi setiap muslim untuk menambah ‘rekening’ pahalanya di sisi Allah. Dalam hadits yang diriwayatkan Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi dikatakan bahwa amalan sunnah pada bulan Ramadhan bernilai seperti amalan wajib dan amalan wajib senilai 70 amalan wajib di luar Ramadhan. Raihlah setiap peluang untuk berbuat kebaikan sekecil apapun meskipun hanya ‘sekedar’ tersenyum di depan orang lain. Ciptakanlah kreasi dan inovasi dalam berbuat kebaikan agar saldo kebaikan kita terus bertambah.

Fantasy : Analisis Gameweek 1

Gameweek 1 telah pun selesai dan kutipan mata telahpun dijumlahkan. Berikut adalah pemain yang mempunyai mata tertinggi untuk Gameweek 1 :

Chelsea kini menjadi tumpuan selaku penyumbang mata tertinggi. Sebelum Gameweek 1 bermula kami maklumkan kemungkinan Lampard tidak bermain dan kami mencadangkan Malouda dijadikan pilihan. Bagi mereka yang berani membuat penukaran minit akhir, kredit buat pasukan tersebut kerana Malouda berjaya memberikan mata yang tinggi.

Namun anda jangan tergesa untuk kembali membeli Lampard kerana menerusi analisis perlawanan pertama, Lampard bermain lebih bawah berikutan posisinya sebagai pemain tengah. Lampard ditugaskan untuk bermain di bahagian kiri dengan Essien mengawal bahagian kanan.

Namun apabila Chelsea bertemu lawan mudah, Ashley Cole akan bermain posisi lebih tinggi dan secara tidak langsung memaksa Malouda untuk bermain selaku penyerang kedua. Lihat ilustrasi di bawah :

hantaran Essien dan Lampard



hantaran Ashley Cole

Seperti yang anda boleh lihat di atas, Cole dan Lampard lebih banyak membuat hantaran di bahagian kiri padang sementara Essien menguasai bahagain kanan. Chelsea akan meneruskan lawan mudah mereka dalam lima perlawanan pertama dan ini bermakna Cole akan lebih mara di bahagian kiri atas bersama Lampard dan Malouda bakal mempunyai peluang yang lebih cerah di depan gol.

Lampard merupakan pemain terbaik FPL musim lepas tetapi dengan nilai £13juta sementara Malouda hanya £9.5juta. Drogba pasti menjadi pilihan segera buat pengurus FPL dengan nilainya telahpun meningkat £0.1juta. Fikirlah dan buat keputusan anda sendiri. =)

Berikut adalah kedudukan liga anak1Malaysia untuk gameweek 1. Tahniah hijau putih FC atas kutipan  mata paling tinggi (ketua pasukan : Drogba).


Nama liga : anak1Malaysia
Code liga : 632185-147709

Messi : Mascherano pelengkap Barcelona




Bintang Barcelona, Lionel Messi menyifatkan ketua pasukan kebangsaannya, Javier Mascherano mampu menjadikan Barcelona sebagai sebuah pasukan yang lengkap.

Pemain terbaik dunia itu mempunyai hubungan yang baik dengan pemain tengah Liverpool itu. Messi percaya nilai £25 juta untuk Mascherano cukup berbaloi untuk memastikan Barcelona sempunrna.

"Beliau ada kualiti untuk bermain di Barcelona dan kehadirannya mampu menjadikan kelab  ini sempunra," jelas Messi. Pemain tengah Liverpool berusia 26 tahun itu sedia meninggalkan Anfield dan beliau gembira untuk menjadikan Nou Camp sebagai rumah barunya.

Bagaimanapun Barcelona hanya menawarkan £12 juta serta Alexander Hleb untuk mengikat perjanjian bagi mendapatkan Mascherano.

Ancelotti tidak mahu pemain terlalu yakin




Pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti mencabar pemainnya untuk memperbaiki masalah bermain di tempat lawan seperti yang berlaku pada musim lepas.

Chelsea yang menjuarai Liga Perdana Inggeris musim lepas tewas mengejut di tangan Wigan Athletic dan Aston Villa. Selepas memulakan rentak hebat dengan menewaskan West Bromwich Albion 6-0, pengurus berbangsa Itali itu mahu skuadnya melakukan peningkatan.

"Kami tidak memulakan dengan baik pada musim lepas, tetapi kami perlu pelajari untuk bertemu dengan pasukan yang mempunyai motivasi tinggi. Sasaran kami ialah untuk bermain di tempat lawan seperti bermain di tempat sendiri. Kami perlu melakukan sedikit perubahan," jelas Ancelotti.

Almunia sedia tinggalkan Arsenal





Penjaga gol Arsenal, Manuel Almunia sedia untuk meninggalkan Arsenal sekiranya Arsene Wenger membawa penjaga gol baru ke Emirates.

Laporan yang mendakwa Wenger berminat untuk menjadikan Mark Schwarzer penjaga gol nombor satu mereka merupakan satu petanda karier Almunia bersama Arsenal akan berakhir. Almunia yang bermain untuk Arsenal ketika seri 1-1 dengan Liverpool dikritik kerana gagal menyelamatkan bola cubaan David Ngog yang memberi gol pertama buat Liverpool.

Almunia memaklumkan spekulasi berhubung pembelian penjaga gol baru itu sedikit sebanyak telah mengurangkan keyakinan beliau. "Jujur saya kata sukar untuk saya tumpukan perhatian kerana Arsenal merupakan kelab yang besar dan sepkulasi berhubung pembelian penjaga gol baru hangat diperkatakan media massa.

"Saya sudah berumur 33 tahun dan hanya tinggal beberapa tahun lagi dalam arena bola sepak. Saya mahu menikmatinya dan saya sangat gembira bermain," jelas Almunia.

Manchester United 3 - 0 Newcastle (highlights)





Man Utd gah benam Newcastle




Manchester United memulakan kempen liga musim ini dengan kemenangan selesa 3-0 ke ata Newcastle di Old Trafford.

Dimitar Berbatov dan Darren Fletcher meletakkan United di depan pada babak pertama sebelum pemain gantian, Ryan Giggs menambah satu lagi gol pada lewat perlawanan. Red Devils memulakan perlawanan dengan Berbatov digandingkan bersama Wayne Rooney di bahagian serangan sementara pemain baru United, Javier Hernandez dan Chris Smalling diletakkan di bangku simpanan.

Bagaimanapun bekas pemain Newcastle, Michale Owen tidak disenaraikan dalam skuad United ketika kelabnya memperolehi tiga mata penuh pertama di laman sendiri. Pasukan pelawat  pula mempertaruhkan lima pemain tengah untuk membantu penyerang Andy Carroll yang keseorangan.

Paul Scholes menjadi pemain terbaik perlawanan walaupun tiada gol yang dijaringkan olehnya. Tetapi kerana khidmat kuda tua yang gah ini, United berjaya mulakan rentak cerah musim ini.

Walaupun Newcastle gagal menjaringkan sebarang gol, namun satu peningkatan yang harus dibanggakan oleh mereka selepas terjatuh di liga bawahan. Selepas ini Newcastle bakal berdepan ujian Aston Villa pula dan berharap tuah bakal milik mereka di St James Park.