Tuesday, August 17, 2010

Man Utd gah benam Newcastle




Manchester United memulakan kempen liga musim ini dengan kemenangan selesa 3-0 ke ata Newcastle di Old Trafford.

Dimitar Berbatov dan Darren Fletcher meletakkan United di depan pada babak pertama sebelum pemain gantian, Ryan Giggs menambah satu lagi gol pada lewat perlawanan. Red Devils memulakan perlawanan dengan Berbatov digandingkan bersama Wayne Rooney di bahagian serangan sementara pemain baru United, Javier Hernandez dan Chris Smalling diletakkan di bangku simpanan.

Bagaimanapun bekas pemain Newcastle, Michale Owen tidak disenaraikan dalam skuad United ketika kelabnya memperolehi tiga mata penuh pertama di laman sendiri. Pasukan pelawat  pula mempertaruhkan lima pemain tengah untuk membantu penyerang Andy Carroll yang keseorangan.

Paul Scholes menjadi pemain terbaik perlawanan walaupun tiada gol yang dijaringkan olehnya. Tetapi kerana khidmat kuda tua yang gah ini, United berjaya mulakan rentak cerah musim ini.

Walaupun Newcastle gagal menjaringkan sebarang gol, namun satu peningkatan yang harus dibanggakan oleh mereka selepas terjatuh di liga bawahan. Selepas ini Newcastle bakal berdepan ujian Aston Villa pula dan berharap tuah bakal milik mereka di St James Park.
Kongsi artikel ini di Facebook
Related Posts with Thumbnails