Tuesday, August 17, 2010

Almunia sedia tinggalkan Arsenal





Penjaga gol Arsenal, Manuel Almunia sedia untuk meninggalkan Arsenal sekiranya Arsene Wenger membawa penjaga gol baru ke Emirates.

Laporan yang mendakwa Wenger berminat untuk menjadikan Mark Schwarzer penjaga gol nombor satu mereka merupakan satu petanda karier Almunia bersama Arsenal akan berakhir. Almunia yang bermain untuk Arsenal ketika seri 1-1 dengan Liverpool dikritik kerana gagal menyelamatkan bola cubaan David Ngog yang memberi gol pertama buat Liverpool.

Almunia memaklumkan spekulasi berhubung pembelian penjaga gol baru itu sedikit sebanyak telah mengurangkan keyakinan beliau. "Jujur saya kata sukar untuk saya tumpukan perhatian kerana Arsenal merupakan kelab yang besar dan sepkulasi berhubung pembelian penjaga gol baru hangat diperkatakan media massa.

"Saya sudah berumur 33 tahun dan hanya tinggal beberapa tahun lagi dalam arena bola sepak. Saya mahu menikmatinya dan saya sangat gembira bermain," jelas Almunia.
Kongsi artikel ini di Facebook
Related Posts with Thumbnails