Wednesday, August 4, 2010

Perempuan mudah terpikat dengan lelaki berbaju merah




Satu kajian di Universiti Rochester mendapati wanita lebih mudah tertarik dengan lelaki yang memakai baju berwarna merah.

Menurut Profesor Andrew Elliot, warna merah akan melihatkan lelaki lebih bertenaga yang mampu membuatkan wanita tertawan. Beliau berkata, wanita yang melihat lelaki berbaju merah berstatus lebih tinggi, mempunyai kekayaan dan pengaruh yang banyak. Ianya menyebabkan wanita lebih mudah terpikat dengan mereka.

Bagaimanapun beliau berkata wanita tidak perasan dengan keadaan tersebut. Kenyataan ini mungkin boleh mempengaruhi penjualan baju warna merah lebih laris namun apakah respon kaum wanita?

Pencuri bogel kejut tuan rumah




Seorang pencuri pelik mengejutkan seorang gadis di rumah yang dirompak untuk melihat beliau dalam keadaaan berbogel sebelum melarikan diri.

Kejadian yang berlaku di Kampung Gong Kijang, Kuala Terengganu itu telah mengakibatkan kehilangan wang milik tuan rumah. Ibu kepada gadis tersebut yang tidur bersamanya pada mulanya merasakan anaknya hanya bermimpi namun setelah bapanya memaklumkan tingkap rumah didapati terbuka, laporan polis segera dibuat.

Sekolah dirempuh lori




Sebuah lori yang hilang kawalan merempuh kelas yang terdapat seramai 36 murid yang sedang belajar kelas Kafa di Bahau.

Murid - murid tersebut berlari lintang pukang selepas mendapati kelas bergegar serta cermin pecah. Bagaimanapun tiada sebarang kecederaan dilaporkan berlaku ke atas pelajar.

Polis yang menyiasat kejadian terbabit percaya lori tersebut cuba mengelak kereta dihadapan yang brek secara mengejut lalu pemandu lori tersebut gagal mengawal kenderaan berat itu sebelum masuk ke sekolah yang terbuka pintu pagarnya.

Torres setia bersama Liverpool




Fernando Torres menamatkan spekulasi perpindahan yang mengaitkan beliau dengan menekankan bahawa beliau setia bersama kelab terbaik di England.

Torres yang kembali ke kem latihan Isnin lepas selepas menjuarai Piala Dunia mendapat tawaran daripada Chelsea dan Manchester City berikutan kegagalan Liverpool melayakkan diri ke Liga Juara - Juara.

"Komitmen saya dan kesetiaan saya kepada kelab dan penyokong sama seperti hari pertama saya menandatangani kontrak. Saya sangat gembira dapat kembali, sangat gembira dapat bermain semula dengan rakan sepasukan."

Torres turut menghargai tindakan Roy Hodgson yang pergi ke Sepanyol untuk melawat beliau ketika sedang bercuti.

Chelsea mahu beli dua pemain




Carlo Ancelotti memaklumkan beliau mahu mendapatkan dua lagi pemain sebelum tempoh perpindahan tamat pada hujung bulan ini dengan pemain tengah Benfica, Ramires menjadi sasaran pertama.

Chelsea yang kehilangan Michael Ballack, Joe Cole dan Juliano Belletti yang kesemuanya berpindah dengan perpindahan percuma, Ancelotti merasakan pengganti untuk ketiga - tiga pemain tersebut diperlukan.

"Berbanding musim lepas, kami telah kehilangan Belletti, Ballack dan Joe Cole. Jadi kami perlu mencari tiga pengganti. Setakat ini kami telah membawa Benayoun dari Liverpool. Pertahanan Crotia, Darijo Srna, dilaporkan sebagai sasaran untuk menggantikan tempat Belletti.

Liverpool bakal jadi kelab terkaya




Liverpool bakal menjadi kelab paling hebat di dunia sekiranya perjanjian pindah milik dengan Far East Sovereign Wealth menjadi kenyataan.

Perbincangan tersebut sedang dijalankan oleh Kenny Huang dan rakan syarikatnya bersedia untuk menjadikan Liverpool kelab terkaya di dunia. Far East Group mahu mengambil alih tempat pemilik dari Amerika, George Gillett dan Tom Hicks dan laporan dari US menyatakan syarikat dari Walmart hingga Apple bersedia untuk bekerjasama dengan pasaran China. Ini membolehkan Liverpool membeli pemain terbaik dunia disetiap posisi.

Pemilik Amerika pada mulanya meletakkan nilai sebanyak £800 juta namun selepas kejatuhan nilai menjadi £600 juta. Bagaimanapun tawaran yang dibuat ialah sebanyak £350 juta dengan hutang Royal Bank of Scotland hampir £240 juta.

Pelajar pukul guru


Zaman sekarang pelajar sudah tidak hormat lagi dengan guru bahkan ada yang berani memukul guru sendiri.

Sebagai umat Islam khasnya dan rakyat Malaysia umumnya, kita perlulah menanamkan sifat hormat menghormati dan beradab sopan terutamanya kepada tuan guru kita kerana mereka telah bersusah payah untuk mencurahkan ilmu bagi menjadikan kita sebagai orang yang berguna di masa depan.

Harap kita semua dapat ambil iktibar daripada kejadian ini.