Monday, August 9, 2010

Persediaan menghadapi bulan Ramadhan



Sedar atau tidak, bulan Ramdhan bakal menyusul tiba. Dalam menghadapi bulan yang paling mulia di sisi agama Islam ini, eloklah kita melakukan persiapan diri agar tidak ketinggalan dari menerima rahmat dari Allah S.W.T

Berikut beberapa persediaan yang boleh kita lakukan untuk menjadikan ibadah Ramadhan kita lebih sempunrna :

Iman 

1. Taubat yang benar (Istighfar, meninggalkan maksiat).
2. Sentiasa berdoa Allahumma Ballighna Ramadhan.
3. Membaca Al-Quran
4. Mujahadah untuk bangun malam 
5. Berzikir setiap masa, Al-Mathurat pagi dan petang 

Ilmu
1. Membaca/belajar buku Feqah Puasa dengan lengkap beserta kelebihan, rahsia, dan tafsiran ayat Al-Quran yang berkait dengan puasa.
2. Membaca buku-buku penyucian jiwa.
3. Mendengar ceramah-ceramah tentang Ramadhan.
4. Mengulangkaji surah-surah yang telah dihafal, sebagai persediaan solat samada sebagai imam atau makmun di bulan Ramadhan. 

Dakwah
1. Bersedia untuk memberi tazkirah/ceramah tentang kelebihan dakwah di bulan Ramadhan.
2. Menghadiri majlis ilmu di masjid-masjid samada sebagai penceramah atau pendengar.
3. Mengingatkan orang lain tentang kepentingan membuat persediaan untuk Ramadhan.
4. Memberi hadiah Ramadhan kepada rakan-rakan dengan tujuan mendekatkan diri dan mereka kepada Allah.
5. Menyediakan risalah/majalah kecil untuk jiran-jiran tentang persediaan menyambut Ramadhan.
 
 Keluarga
1. Membuat persediaan bersama seluruh ahli keluarga untuk menyambut Ramadhan terutama dari aspek iman dan ilmu.
2. Membaca buku berkaitan Ramadhan bersama-sama.

Keazaman
1. Membuka lembaran amalan baru yang jauh lebih baik.
2. Menjadikan hari-hari dalam bulan ini, lebih baik dari hari-hari biasa.
3. Sentiasa memakmurkan rumah Allah, pada setiap solat fardhu dan iktikaf.
4. Membersihkan puasa dari perkara yang merosakkannya seperti mengumpat.
5. Sentiasa berlapang dada.
6. Menghadirkan niat untuk amal soleh di bulan puasa.

Jihad
1. Merealisasikan matlamat ‘Bersungguh-sungguh melawan nafsu’.
2. Menahan diri dari berlebihan dalam perkara harus (makan, pakaian, tidur).
3. Menjaga lidah dari berkata keji, mengumpat, dan mencaci.
4. Menahan syahwat dari perkara yang haram.
5. Membuat semakan amalan di bulan Ramadhan tentang segala yang dibincangkan di atas.

Pelakon jatuh dari tingkat 12 maut




Julia Chuah Sheau Yen ditemui mati akibat terjatuh dari rumahnya di tingkat 12 di Pantai Hill Park.

Polis bertindak menahan rakan lelaki serumahnya di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh untuk membantu siasatan. Mangsa dimaklumkan baru menamatkan pengajian di England sebulan lepas namun disahkan mati akibat cedera parah di kepala.

Polis berkata berdasarkan siasatan awal, kemungkinan besar mangsa berpaut pada piring astro sebelum terjatuh. Bagaimanapun hasil bedah siasat didapati tiada kesan pukul. Jiran mereka turut memaklumkan tidak mendengar sebarang pertengkaran dari rumah tersebut sebelum kejadian.

Ibu tampar pengantin lelaki semasa bersanding

gambar hiasan



Seorang pengantin lelaki ditampar ibunya semasa majlis perkahwinan akibat melakonkan babak cerita Cinderella di Jeddah.

Pasangan pengantin itu bersetuju untuk melakukan adegan cerita Cinderella dengan pengantin perempuan  hanya memakai sebelah kasut untuk berjalan dengan sebelah lagi dipegang oleh adiknya. Kemudian pengantin lelaki akan mengambil kasut tersebut dan memakaikan kepada penganti perempuan.

Bagaimanapun Ibu pengantin kecewa dan malu dengan lakonan tersebut lalu menampar anak lelakinya itu dan menyebabkan mereka meninggalkan majlis untuk ke lapangan terbang bagi berbulan madu.

Chelsea 1 - 3 Manchester United (highlights)




Manchester United rangkul Community Sheild




Manchester United memulakan langkah cemerlang musim ini dengan mengenepikan lawan sukar mereka,Chelsea 3-1 dalam perlawanan piala Community Sheild.

Kedua - dua kelab kembali ke musim tanpa masalah kecederaan yang serius dengan Michael Owen bermain perlawanan kompetetif pertamanya sejak cedera di Wembley pada Piala Carling February lalu.

Sementara itu, Chelsea menyenaraikan Michael Essien dalam kesebelasan utama yang terlepas aksi Piala Dunia 2010 akibat kecederaan. Kedua - dua pengurus turut menurunkan pemain baru mereka, Hernandez dan Yossi Benayoun yang bermain selaku pemain gantian.

Javier Hernandez berjaya mencatatkan nama sebagai penjaring pada perlawanan kompetetif pertama beliau bersama United selepas Antonio Valencia menjringkan gol pembukaan pada separuh masa pertama.

Salomon Kalou cuba memberi sinar buat Chelsea dengan merapatkan kedudukan ketika perlawanan berbaki tujuh minit namun harapan tersebut dimusnahkan Dimitar Berbatov yang menyempurnakan gol ketiga buat Red Devils bagi memastikan Community Sheild kembali ke Old Trafford buat kali ke-18.

Mourinho putus asa dengan Ashley Cole




Pengurus Real Madrid, Jose Mourinho telah putus asa untuk mendapatkan pertahanan kiri Chelsea, Ashley Cole.

Carlo Ancelotti bersama penolongnya, Ray Wilkins dan pengerusi, Bruce Buck menegaskan bahawa Cole tidak akan dijual dengan apa jua nilai dan Mourinho menerima kenyataan tersebut.

"Ancelotti telah menjelaskan dengan terang pendirian beliau. Beliau menamatkan cerita dengan berkata, Ashley Cole tiada nilai untuk dibeli dan Cole perlu kekal," kata Mourinho.

"Saya rasa Ashley mahu berpindah kerana sebab peribadi dan profesional. Kami memikirkan beliau kerana beliau pemain yang bagus di mana saya gembira bekerja dengannya. Tetapi apabila jurulatih mengatakan tidak, maka ianya tidak. Kami perlu terima."

Liverpool : Pemilik mahu Syria, Pengerusi mahu China




Pemilik Liverpool, Tom Hicks dan George Gillett bersedia untuk menerima tawaran daripada ahli pernigaan Syria, Yahya Kirdi yang bertentangan dengan pendapat eksekutif Liverpool.

Yahya Kirdi dilaporkan menawarkan £600juta untuk mengambil alih Liverpool di mana menepati nilai yang diletak pemilik semasa. Sementara itu, ahli pernigaan China, Kenneth Huang yang merupakan pemilik Sportscorp China Ltd group dilaporkan hanya bersedia menyelesaikan hutang £237 juta dan akan memberi sedikit keuntungan kepada pemilik Amerika itu untuk meninggalkan Liverpool.

Tawaran dari Huang telah dipersetujui oleh pengerusi Liverpool, Martin Broughton, Pengurus Pengarah, Christian Purslow and Pengarah, Ian Ayre. Keadaan ini meletakkan kemenangan milik Huang mengikut majoriti namun Hicks dan Gillet mungkin memaksa keputusan dilakukan menerusi mahkamah jika mereka mahu mendapatkan untung yang lebih dengan menjual kelab kepada Syria.

Arsenal tawar £23j untuk miliki Reina





Arsenal dilaporkan membuat tawaran mengejut kepada Liverpool untuk membeli penjaga gol utama mereka, Pepe Reina dengan yuran perpindahan sebanyak £23 juta.

Laporan mendakwa Arsene Wenger menukar sasaran untuk mendapatkan penjaga gol Fulham, Mark Schwarzer kepada Reina yang baru menandatangani kontrak enam tahun bersama Liverpool April lalu.

Bagaimanapun pengurus Liverpool, Roy Hodgson menegaskan beliau tidak akan menjual mana - mana pemain utama mereka. Arsenal kini sedang dalam usaha untuk memburu penjaga gol yang berkualiti berikutan Manuel Almunia dan Lukasz Fabianski sering membuat kesilapan.