Monday, August 9, 2010

Manchester United rangkul Community Sheild




Manchester United memulakan langkah cemerlang musim ini dengan mengenepikan lawan sukar mereka,Chelsea 3-1 dalam perlawanan piala Community Sheild.

Kedua - dua kelab kembali ke musim tanpa masalah kecederaan yang serius dengan Michael Owen bermain perlawanan kompetetif pertamanya sejak cedera di Wembley pada Piala Carling February lalu.

Sementara itu, Chelsea menyenaraikan Michael Essien dalam kesebelasan utama yang terlepas aksi Piala Dunia 2010 akibat kecederaan. Kedua - dua pengurus turut menurunkan pemain baru mereka, Hernandez dan Yossi Benayoun yang bermain selaku pemain gantian.

Javier Hernandez berjaya mencatatkan nama sebagai penjaring pada perlawanan kompetetif pertama beliau bersama United selepas Antonio Valencia menjringkan gol pembukaan pada separuh masa pertama.

Salomon Kalou cuba memberi sinar buat Chelsea dengan merapatkan kedudukan ketika perlawanan berbaki tujuh minit namun harapan tersebut dimusnahkan Dimitar Berbatov yang menyempurnakan gol ketiga buat Red Devils bagi memastikan Community Sheild kembali ke Old Trafford buat kali ke-18.
Kongsi artikel ini di Facebook
Related Posts with Thumbnails