gambar hiasan |
Seorang pengantin lelaki ditampar ibunya semasa majlis perkahwinan akibat melakonkan babak cerita Cinderella di Jeddah.
Pasangan pengantin itu bersetuju untuk melakukan adegan cerita Cinderella dengan pengantin perempuan hanya memakai sebelah kasut untuk berjalan dengan sebelah lagi dipegang oleh adiknya. Kemudian pengantin lelaki akan mengambil kasut tersebut dan memakaikan kepada penganti perempuan.
Bagaimanapun Ibu pengantin kecewa dan malu dengan lakonan tersebut lalu menampar anak lelakinya itu dan menyebabkan mereka meninggalkan majlis untuk ke lapangan terbang bagi berbulan madu.
Kongsi artikel ini di Facebook