Monday, August 16, 2010

Hodgson pertahan Joe Cole dan Reina




Pengurus Liverpool, Roy Hodgson mempertahankan pemain utamanya, Joe Cole dan Pepe Reina selepas mereka menjadi penyumbang kepada satu mata buat Arsenal di Anfield.

Joe Cole menerima kad merah pertama dalam karier bola sepaknya selepas melakukan asakan dua kaki ke atas Laurent Koscielny. Walaupun Koscielny tidak mempunyai masalah untuk meneruskan perlawanan, David Ngog menjadi wira Liverpool untuk meletakkan The Reds dihadapan dengan hanya 10 pemain.

Liverpool dilihat mampu mengutip tiga mata penuh pada perlawanan pembukaan mereka namun kegopohan Reina memakan diri apabila secara tidak sengaja melakukan gol sendiri pada minit ke - 92.

"Ia merupakan kehilangan yang besar sekiranya Cole digantung. Kami akan lihat ulangan video semula dan cuba melakukan rayuan sekiranya boleh. Cole tidak pernah mendapat kad merah dan hanya sedikit kad kuning yang diperolehinya," jelas Hodgson.

Pemuda dipukau sebelum diliwat di masjid




Seorang pemuda yang berhasrat untuk menunaikan solat Subuh berjemaah buat pertama kali dalam seumur hidupnya bertukar menjadi tragedi hitam apabila dipukau sebelum diliwat oleh seorang lelaki.

Pemuda yang berumur 20-an itu terlelap seketika selepas bersahur sementara menunggu masuk waktu subuh. Pemuda tersebut terjaga apabila seorang lelaki berusia 39 tahun masuk ke masjid untuk menunggu jemaah yang lain hadir.

Pemuda itu terlelap semula dan kesempatan itu diambil oleh lelaki tersebut dengan memukau beliau untuk meliwat permuda terbabit. Lebih malang lagi pakaian pemuda tersebut disembunyikan oleh lelaki itu.

Pemuda itu sedar selepas jemaah tiba di masjid dan memarahinya kerana tidur berbogel. Mangsa bangun dengan keadaan terpinga - pinga dan merasa duburnya sakit. Selepas itu beliau baru tahu dirinya telah diliwat.

Bagaimanapun lelaki tersebut berjaya ditangkap oleh orang kampung berkat doa imam.

Anak berang ibu ditangkap khalwat

gambar hiasan



Seorang lelaki berusia 18 tahun mengamuk apabila ibunya ditangkap khalwat oleh penguat kuasa Pejabat Agama Islam Daerah Kubang Pasu di rumah mereka.

Remaja tersebut sedang tidur di rumah dan tidak sedar bahawa ibunya membawa masuk lelaki lain ke rumah. Ibunya berumur 40 tahun berkerja sebagai guru ditangkap bersama seorang lelaki yang merupakan kakitangan kerajaan.

Wanita tersebut dimaklumkan telah lama menjanda dan mula mengenali lelaki itu beberapa bulan yang lalu. Lelaki yang ditangkap bersama berumur 50 tahun dan ketika serbuan dilakukan tuan rumah enggan memberi kerjasama sehingga memaksa penguatkuasa menggunakan pembesar suara.

Suami simbah asid ke isteri dan anak




Seorang isteri dan dua orang anaknya terpaksa menanggung penderitaan akibat kekejaman suami yang menyimbah asid (cuka getah).

Isteri yang dalam proses meminta cerai dikejutkan dengah kehadiran suaminya pada pukul 1.30pagi di rumah ibunya. Suami tersebut mengamuk lalu menyimbah asid ke arah 2 orang anaknya sebelum mencurah ke badan isterinya.

Kedua - dua anak mereka didapati melecur pada muka dan badan manakala isteri tersebut melecur pada belakang badan dan leher. Bagaimanapun dua orang lagi kanak - kanak berumur 10 tahun tidak cedera selepas berjya bersembunyi dan menyelamatkan diri.

Ibunya turut disimbah dengan asid tetapi mujur dapat mengelak dan hanya terkena sedikit pada mata kiri. Ibu yang ketakutan itu menjerit untuk meminta tolong jiran lalu suami tersebut lari meninggalkan mereka.

Perkara yang membatalkan puasa




Menjalani Ibadah Puasa tidaklah semudah menahan lapar dan dahaga sahaja. Umat Islam perlu memastikan mereka dapat menunaikan puasa dengan sempurna dan diredhai. Berikut adalah beberapa perkara yang boleh membatalkan puasa anda :

*Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga yang terbuka dengan sengaja.

*Memasukkan sesuatu ke dalam dubur (jalan belakang) atau qubul (jalan depan) dengan sengaja.

*Muntah dengan sengaja (jika termuntah, tidak batal puasa).

*Bersetubuh dengan sengaja, sekalipun tidak mengeluarkan mani.

*Mengeluarkan mani dengan sengaja atau dengan jalan bersuka-suka seperti berpeluk cium dan sebagainya.

*Kedatangan haid atau nifas.

*Gila sekalipun hanya sekejap masa.

*Mabuk atau pengsan sepanjang hari, dari terbit fajar hingga terbenam matahari.

*Bersalin.

*Murtad-iaitu orang yang keluar daripada agama Islam, sama ada dengan hati, perkataan atau perbuatan.

Man Utd harap permulaan baik jumpa Newcastle




Setelah dirampas kejuaraan liga oleh Chelsea, Manchester United akan memulakan kempen liga mereka dengan bertemu Newcastle United yang merupakan pasukan baru dalam Liga Perdana untuk musim ini.

Pertemuan ini merupakan ulangan pada perlawanan pembukaan mereka tahun 2008 di Old Trafford yang berkesudahan dengan 1-1. United mengharapkan agar keputusan tersebut tidak berulang bagi memastikan rentak awal untuk mencabar kejuaraan diperolehi.

Sir Alex Ferguson berusaha untuk memastikan United memperolehi kemenangan selepas hanya berjaya memenangi satu daripada tiga musim perlawanan pembukaan sebelum ini. Bagaimanapaun United bakal bermain dengan keyakinan yang tinggi selepas mudah menewaskan Chelsea dalam Piala Perisai Komuniti 3-1.

Drogba percaya mampu kekal prestasi lagi 5 tahun




Didier Drogba percaya beliau telah meningkat sejak kali pertama tiba di Stamfrod Bridge dan merancang untuk kekal di Chelsea untuk 5 tahun lagi.

Penyerang kebangsaan Ivory Coast itu berjaya menghasilkan hatrik pada perlawanan pertama ketika menewaskan West Bromwich Albion 6-0. Kini Drogba telah berjaya menghasilkan 21 gol sejak beliau pulang daripada kejohanan Piala Afrika pada Januari lepas.

"Saya lebih bagus pada umur 32 tahun berbanding enam tahun lepas, ketika saya datang ke sini. Saya lebih tenang di atas padang dan jaringkan lebih banyak gol. Jika saya kekal bermain dengan kelab seperti ini, saya boleh kekal prestasi untuk 5 tahun lagi," kata Drogba.

Liverpool 1 - 1 Arsenal (highlights)





Reina penyelamat Arsenal




Jose Reina menjadi wira Arsenal selepas menjaring gol sendiri pada minit akhir perlawanan bagi menjadikan kedudukan seri 1-1.

Arsenal hampir dimalukan oleh Liverpool yang hanya bermain 10 pemain selepas Joe Cole dilayangkan kad merah pada separuh masa pertama. Penjaga gol Liverpool itu gagal menangkap kemas bola Marouane Chamakh yang terkena tiang sekali gus menafikan gol David Ngog pada minit pertama separuh masa kedua.

Namun perlawanan ini merupakan perlawanan malang buat dua pemain baru iaitu Joe Cole dan Laurent Koscielny yang kedua - duanya menjadi penyumbang kad merah pertama buat kelab masing - masing.

Liverpool sepatutnya berjaya meraikan kejayaan keempat mereka ke atas Arsenal untuk perlawanan liga dalam 19 perlawanan. Namun kekentalan pertahanan Roy Hodgson dinafikan oleh penjaga gol utama mereka sendiri.

Javier Mascherano yang berhasrat untuk berpindah mungkin boleh dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan tetapi kecederaan memaksa beliau digantikan dengan Lucas yang menyebabkan Arsenal mempunyai peluang untuk menguasai bahagian tengah dengan lebih baik.

Finalis Piala Dunia, Fernando Torres dan Robin van Persie bermain untuk kelab masing - masing sebagai pemain gantian bagaimanapun Cesc Fabregas tidak dapat disenaraikan. Keputusan seri 1-1 merupakan satu keputusan yang adil bagi kedua - dua pasukan dan Liverpool bakal menghadapi ujian getir bertemu Manchester City selepas ini tanpa kelibat Joe Cole.