Pengurus Liverpool, Roy Hodgson mempertahankan pemain utamanya, Joe Cole dan Pepe Reina selepas mereka menjadi penyumbang kepada satu mata buat Arsenal di Anfield.
Joe Cole menerima kad merah pertama dalam karier bola sepaknya selepas melakukan asakan dua kaki ke atas Laurent Koscielny. Walaupun Koscielny tidak mempunyai masalah untuk meneruskan perlawanan, David Ngog menjadi wira Liverpool untuk meletakkan The Reds dihadapan dengan hanya 10 pemain.
Liverpool dilihat mampu mengutip tiga mata penuh pada perlawanan pembukaan mereka namun kegopohan Reina memakan diri apabila secara tidak sengaja melakukan gol sendiri pada minit ke - 92.
"Ia merupakan kehilangan yang besar sekiranya Cole digantung. Kami akan lihat ulangan video semula dan cuba melakukan rayuan sekiranya boleh. Cole tidak pernah mendapat kad merah dan hanya sedikit kad kuning yang diperolehinya," jelas Hodgson.
Kongsi artikel ini di Facebook