Monday, August 16, 2010

Reina penyelamat Arsenal




Jose Reina menjadi wira Arsenal selepas menjaring gol sendiri pada minit akhir perlawanan bagi menjadikan kedudukan seri 1-1.

Arsenal hampir dimalukan oleh Liverpool yang hanya bermain 10 pemain selepas Joe Cole dilayangkan kad merah pada separuh masa pertama. Penjaga gol Liverpool itu gagal menangkap kemas bola Marouane Chamakh yang terkena tiang sekali gus menafikan gol David Ngog pada minit pertama separuh masa kedua.

Namun perlawanan ini merupakan perlawanan malang buat dua pemain baru iaitu Joe Cole dan Laurent Koscielny yang kedua - duanya menjadi penyumbang kad merah pertama buat kelab masing - masing.

Liverpool sepatutnya berjaya meraikan kejayaan keempat mereka ke atas Arsenal untuk perlawanan liga dalam 19 perlawanan. Namun kekentalan pertahanan Roy Hodgson dinafikan oleh penjaga gol utama mereka sendiri.

Javier Mascherano yang berhasrat untuk berpindah mungkin boleh dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan tetapi kecederaan memaksa beliau digantikan dengan Lucas yang menyebabkan Arsenal mempunyai peluang untuk menguasai bahagian tengah dengan lebih baik.

Finalis Piala Dunia, Fernando Torres dan Robin van Persie bermain untuk kelab masing - masing sebagai pemain gantian bagaimanapun Cesc Fabregas tidak dapat disenaraikan. Keputusan seri 1-1 merupakan satu keputusan yang adil bagi kedua - dua pasukan dan Liverpool bakal menghadapi ujian getir bertemu Manchester City selepas ini tanpa kelibat Joe Cole.
Kongsi artikel ini di Facebook
Related Posts with Thumbnails