Sunday, July 18, 2010

Fabregas pakai jersey Barcelona


Gambar yang mungkin boleh mendatangkan kemarahan peminat Arsenal. Cesc Fabregas menyarung jersi Barcelona semasa majlis meraikan kejayaan Sepanyol menjuarai Piala Dunia.

Spekulasi ketua pasukan Arsenal itu untuk menyertai Nou Camp semakin hangat namun baru - baru ini Arsene Wenger menegaskan beliau tidak akan melepaskan pemain utamnya itu. Apa - apapun kalu nak tau macam mane Fabregas leh pakai jersey Barca nie.. tengok video di bawah ini.. nanti anda faham.. layanz...

Zahid dan Nita berpisah



Zahid dan Nita disahkan berpisah setelah menjalinkan hubungan cinta. a1M terkejut jugak la dengan berita ni. Tapi berita artis berpisah macam da jadi lumrah dekat Malaysia ni.

Tapi xpe.. biar berpisah sebelum berkahwin, kalu bercerai lagi la teruk.. huhu..
Berita perpisahan mereka ni didapati daripada facebook dorang sendiri.
Dekat facebook Nita ditukat ke status single. Jadi ramai la yang komen.

Sementara itu akaun facebook Zahid diactivate sementara mungkin sbb xnk menjadikan keadaan lebih keruh. Bagaimanapun mereka menafikan perpisahan mereka disebabkan oleh orang ketiga.

Anyway a1M harap takde la perkara sebegini berlaku. Kalu betul pun dorg da berpisah, harap kekal la hubungan tu. =)

Petua kempiskan perut




Anda menghadapi masalah perut buncit?
Jangan risau masalah perut buncit sangat mudah diatasi degan mengamalkan beberapa petua yang mudah ini.
Ramai orang baik lelaki mahupun wanita tertekan dengan perut mereka yang buncit.
Lagi2 bila memakai baju yang sendat, mmg perut akan ketara.. hehe..
Tapi xpe.. a1M ada dapat petua untuk kempiskan purut yang buncit tu. Insya-Allah jika diamalkan akan berkesan. Yang penting kene berusaha. Ada enam petua a1M nak kongsikan :

1.Kempiskan perut dengan Asam Keping.

-Ambil satu atau 2 keping asam keping dan masukkan ke dalam segelas air panas..
-Biar beberapa jam sehingga asam keping menjadi kembang & air menjadi suam..
-Minum setiap pagi dan malam.
-Jika di amalkan selalu insyaalah perut yang buncit akan berkurangan.



2.Lansing dengan teh dan limau kasturi.

-Sebelum sarapan pagi elok di amalkan minum teh tanpa gula.
-Perahkan jus limau kasturi ke dalam teh anda.



3.Lansing dengan daun cekur.

-Ambil segenggam daun cekur, tepung beras,asam jawa,gula merah, gula pasir & garam.
-Campurkan kesemua bahan tadi dan di tumbuk.
-Masukkan 1/2 gelas air.
-Tapis dan minum selama 4 hari berturut- turut.



4.Khasiat asam jawa.

-Ramas air asam jawa dalam 1 gelas.
-Masukkan air tadi ke dalam peti sejuk.
-Minum air tersebut selepas makan tengah hari atau selepas makan malam.
-Lemak di badan pasti akan berkurangan.



5.Lansing dengan biji manjakani.

-Ambil 4 biji manjakani, 5 biji lada hitam dan 3 ulas bawang putih.
-Campur kesemua bahan tadi dan di rebus di dalam periuk tanah.
-Biar mendidih dan di sejukkan.
-Minum air rebusan ini 2 hari berturut-turut.
-Ia melansingkan badan di samping merawat luka dalaman bagi ibu yang baru bersalin.



6.Temu hitam.

-25 gm temu hitam
-25 gm bonglai
-Air 400 ml

-Rebus kesemua bahan tadi ke dalam air sehingga menjadi 200 ml.
-Selepas suam, masukkan sedikit jus limau nipis dan minum setiap hari

Celtic 1 - 3 Man U

Manchester United memulakan kempen perlawanan persahabatan dengan kemenangan bergaya menumbangkan Celtic 3-1..
Ape yang menarik dalam game ini ialah aksi Berbatov yang bagus pulak..
Biasanya Berba mmg jadi bahan kritikan peminat Red Devils...
Tp kali dia da berjaya buktikan yang pilihan Ferguson mmg tepat..
Score 1st goal and then setup 2nd goal...
Tp game Berba tetap slow mcm biasa.. hehe..

Anyway taniah Man U sbb menang.. Celtic bukan team kerdil..
So, sesiapa yang nk layan higlight game ini.. tengok la kat bawah nie..

Majlis penutupan Piala Dunia 2010 - Shakira (Waka waka)

Empat tahun lagi penantian untuk Piala Dunia 2014 di Brazil...
satu kejohanan yang penuh bermakna buat peminat bolasepak...
Tahniah buat Afrika Selatan kerana telah berjaya menganjurkan keojohanan berpestij ini...
Antara yang paling best dalam Piala Dunia kali ini ialah lagu nyanyian Skahira (Waka waka)... mmg cun...
tp yg paling tertarik dia punya majlis penutupan...
penuh warna - warni..
kat sini a1M jumpe satu video closing ceremony yg plg cool..
jom kite layan.. mmg cantik.. terbaik.. =)