Tuesday, August 31, 2010

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke - 53


Anak1Malaysia mengucapkan selamat menyambut Hari Kebangsaan ke - 53 kepada semua rakyat Malaysia. Semoga Malaysia kekal aman dan sejahtera. Bersama kita pertahankan negara tercinta!

Semangat seorang pemimpin




Kelebihan malam Lailatul Qadar




“Carilah dengan segala upayamu malam Lailatul – Qadar pada malam-malam yang ganjil daripada 10 akhir dalam Ramadan”-Hadis riwayat Iman Bukhari r.a. Mengapa kita harus mencari Lailatul-Qadar? Jawapnya ialah kerana malam itu satu-satunya malam yang penuh keberkatan dan amal ibadat ketika itu mempunyai nilai pahala yang lebih baik daripada 1000 bulan ( Kira-kira 83 tahun 3 bulan )..

Pada malam tersebut dengan izin Allah, para malaikat dan Jibril dari Sidratul Muntaha akan turun kebumi untuk bertemu dengan orang yang beriktikaf, bersembahyang, bertasbih, bertahmid dan bertakbir memohan kebaikan daripada Allah Taala. Para malaikat akan mengaminkan doa mereka itu. Merupakan detik-detik keemasan yang menjanjikan sinar kegemilangan individu muslim untuk merebut syurga Allah dalam kehidupan kekal abadi iaitu di akhirat.

Sianaran matahari esoknya tunduk akur menahan sinaran cahaya malaikat yang sedang bergegas menuju kelangit setelah berhimpun dipelosok bumi pada malam Lailatul-Qadar.

“Pada malam itu, turun para malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikutnya)’-(Surah al-Qadar).Malam itu penuh dengan kesejahteraan hingga terbit fajar (Surah al-Qadar). Dalam hubungan ini Rasaulullah s.a.w bersabda : “Pada tiap- tiap malam Lailatul-Qadar itu, Allah menurunkan rahmat yang meliputi sekelian mukmin di atas muka bumi ini dari timur ke barat. Selebihnya diperintahkan Allah kepada Jibril agar diberikan kepada bayi yang lahir pada malam itu samada oleh ibu yang Islam atau Kafir”. ( Kitab Durrah al – Nasihin ).

Kebanyakkan ulama berpendapat, Lailatul-Qadar ialah malam mula diturunkan al- Quran, iaitu pada 17 Ramadan tahun ke 40 setelah Nabi Muhammad dilahirkan. Rasulullah bersabda : “Lailatul Qadar dikurniakan ke atas umatku dan tidak kepada umat lain”- Hadis riwayat Anas r.a. Rasulullah pernah memikirkan mengenai umur umatnya yang pendek berbanding umat nabi-nabi yang lain (Sekitar 60-70 tahun jarang yang lebih daripada itu). Dengan rahmat Allah dikurniakanNya malam Lailatul-Qadar yang penuh keberkatan itu terlebih baik daripada 1000 bulan.

Hadis lain menyatakan suatu ketika Rasulullah menceritakan dari Jibril kepada para sahabat mengenai seorang yang sangat soleh menghabiskan masa berjihad selama hampir 1000 bulan iaitu pemuda bani Israel bernama Syarm’un al-Ghazi. Hanya bersenjatakan kulit unta Syarm’un dengan mudah menewaskan musuh. Bila haus ketika berjuang Allah terbitkan air yang segar di celah-celah giginya dan ketika lapar Allah tumbuhkan tumbuhan sekelilingnya.

Puak kafir sangat memusuhinya dan akhirnya memperalatkan isterinya dengan tawaran rasuah yang tinggi. Ketika Syarm’un sedang tidur, isterinya mengikat dengan seutas rantai besi namun sebanyak dua kali gagal. Pahlawan Islam ini mempunyai kekuatan luarbiasa hingga dapat memutuskan rantai tersebut dengan mudah malah cubaan ketiga juga gagal.

Akhirnya Syarm’un dedahkan rahsia kekuatannya kepada isterinya yang disangka tiada apa-apa. “Tiada sesiapa dapat memudaratkan diriku kecuali dengan izin Allah dan tiada siapa dapat mengalahkan aku kecuali dengan sehelai rambutku!” Dedahan ini memerangkap dirinya. Beliau tidak dapat melepaskan diri apabila diikat dengan sehelai rambutnya. Kesempatan ini diambil oleh musuhnya menyeksanya sebelum dibunuh. Pelbagai seksaan dilakukan pada pemuda ini, matanya dikorek, telinganya dipotong dan tubuhnya diikat pada sebatang tiang rumah ditikam-tikam dengan senjata tajam.

Allah mengilhamkan Syarm’un supaya memohon perlindungan dariNya. Lalu pemuda itu memohon agar dapat menggoyangkan tiang supaya dapat merobohkan rumah dan menimpa musuh yang hendak membunuhnya. Doa Syarm’un dimakbulkan apabila dia dapat kekuatan yang luar biasa hingga dapat menggoyangkan tiang yang teguh itu dan membunuh musuh-musuhnya termasuk isterinya ditimpa runtuhan.

Dengan kuasa Allah s.w.t. tubuh Syarm’un yang cedera juga turut pulih serta merta. Syarm’um kemudiannya berpuasa selama hampir 1,000 bulan lagi bagi membalas pertolongan Allah yang menyelamatkan nyawanya. Perjuangan Syarm’un dan kekuatan imannya sungguh luar biasa begitu mengharukan Rasulullah dan para sahabat berdukacita kerana tidak dapat mencapai ganjaran seperti itu. Mereka bertanya akan ganjaran yang diberikan Allah kepada pemuda itu. Baginda menjawab tidak tahu, lalu Allah menurunkan Surah al-Qadar. Anugerah malam Lailatul-Qadar dengan menghidupkan malamnya mempunyai ganjaran melebihi 1,000 bulan, tidak perlu melakukan jihad sehebat Syarm’un.

Membaca satu ayat al-Quran pada malam Lailatul-Qadar lebih disukai oleh Allah berbanding membaca seluruh al-Quran hingga khatam pada malam-malam lain. Perbualan nabi Musa a.s yang terkenal suka berdialog dengan Allah.

· Nabi Musa a.s: “Ya Allah aku ingin mendekatiMu?”

· Allah: “Apabila engkau menghidupkan malam Lailatul-Qadar!”

· Nabi Musa a.s: “Ya Allah aku ingin RahmatMu?”

· Allah: “Rahmat dan belas ikhsanKu kepada mereka yang menghidupkan malam Lailatul-Qadar!”

· Nabi Musa a.s: “Ya Allah aku ingin melintasi Titian Siratul Mustaqim selaju kilat”

· Allah: “Hanya jika engkau menghidupkan malam Lailatul-Qadar“

· Nabi Musa a.s: “Ya Allah aku ingin duduk dibawah pohon syurgaMu dan menikmati buah-buahannya?”

· Allah: “Dirikanlah ibadat pada malam Lailatul-Qadar!”

· Nabi Musa a.s: “Ya Allah aku ingin selamat daripada api neraka?”

· Allah: “Wahai Musa, carilah keberkatan pada malam Lailatul-Qadar!”

Setiap malaikat mendoakan umat yang bermunajat, itulah kelebihan umat Muhammmad antaranya diampunkan dosa-dosanya pada malam Lailatul-Qadar belum pernah terjadi kepada umat lain sebelum ini. Disamping doa dan harapan kita umat Islam untuk mendapat kesejahteraan hidup, rezki yang berkat, ilmu yang bernafaat, kesihatan yang baik dan sebagainya tiada hijab untuk Allah menrima dan memakbulkannya. Melainkan empat orang yang tiada diampunkan dosanya iaitu:-

1. Orang yang kekal minum arak.

2. Orang yang derhaka kepada ibubapanya.

3. Orang yang memutuskan silaturahim.

4. Orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih 3 hari.

Lailatul-Qadar membawa makna Malam Kemuliaan dan Kebesaran iaitu malam terkumpulnya keseluruhan al-Quran di Lauhul-Mahfuz sebelum diturunkan secara berperingkat-peringkat selama 23 tahun. Surah Ad-Dhukaan ayat kedua juga di sebut mengenai kemuliaan al-Quran yang diturunkan pada malam Lailatul-Qadar:

“Demi al-Quran! Kitab yang menerangkan kebenaran. Sesungguh Kami telah menurunkan al-Quran itu pada malam yang berkat…(Kami menurunkan al-Quran pada malam berkat itu dijelaskan malaikat tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku),-tidak bertukar atau berubah.

sumber : ajet66.wordpress.com

Inter tawar €35j + Sulley Muntari untuk Fabregas




Inter membuat tawaran mengejut untuk memiliki Cesc Fabregas dari Arsenal namun ditolak oleh Arsene Wenger.

Tawaran dimaklumkan adalah sebanyak €35juta serta Sulley Muntari untuk mendapatkan khidmat ketua pasukan Arsenal itu. Dengan tinggal hanya beberapa jam sahaja lagi tempoh perpindahan musim panas, Rafael Benitez menyatakan hasrat untuk membawa pemain bintang ke kelab juara Eropah itu.

Selain itu juga, Inter mahu mendapatkan pemain bintang Fiorentina, Riccardo Montolivo yang turut berstatus tidak dijual.

Terciptanya perkataan "eletric"




OrangMelayu dikatakan mengambil perkataan ELEKTRIK daripada perkataan Inggeris yangjuga ELECTRIC. Tetapi yang sebenarnya, ELECTRIC itu diambil dari perkataanMelayu campur Inggeris.

Ceritanya... . Pada suatu masa dulu selepas setahun Thomas Edison mencipta lampu, saintis tidak pernah terfikir memberi nama kuasa yang menyebabkan lampuitu hidup. Jadi, entah macam mana semasa lampu mula-mula hendak diperkenalkandi Tanah Melayu, ada seorang Melayu yang bernama Kulup Kalimantang memang tidak percaya pada hasil ciptaan Thomas Edison itu. Semasa demonstrasi diadaka noleh Thomas di Tanah Melayu untuk memperkenalkan lampu itu, Kulup Kalimantangpun berkata dengan kuat.

"Ele..trick aje tu... ele..trick aje... ele trick!". ( Bermaksud tipu)

Thomas Edison berfikir Kulup berkata begitu kerana mengatakan lampu menyala disebabkan oleh kuasa "ele..trick" . Jadi digunakanlah perkataan"ELE..TRICK" yang dieja ELECTRIC mengikut ejaan orang putih. Sebagai mengingati jasa Kulup Kalimantang menamakan kuasa ELECTRIC itu, maka diciptalah sejenis lampu panjang yang dinamakan lampu kalimantang.

Raul Meireles di Anfield (video)




Monday, August 30, 2010

Mimpi seorang isteri




Pada suatu pagi ketika bangun dari tidur, seorang isteri berkata pada suaminya, "Tadi malam Ayang bermimpi Abang menghadiahkan Ayang set barang kemas berlian di hari Valentine ini. Apa pendapat Abang mengenai mimpi Ayang?".

"Ayang pasti akan mengetahuinya malam ini jugak" jawab suaminya sambil membisik manja. Malam itu si suami memberikan kepada isterinya sebuah bungkusan hadiah.

Dengan hati berdebar-debar penuh rasa excited si isteri tersebut membuka bungkusan hadiah itu perlahan lahan dan isi bungkusan hadiah tersebut adalah sebuah buku yang berjudul: "Jenis-jenis Mimpi dan Maksudnya"...

Liverpool 1 - 0 West Brom (highights)




Torres hadiah 3 mata buat Liverpool




Liverpool merekodkan kemenangan pertama musim ini dengan menewaskan West Brom hasil gol tunggal Fernando Torres di Anfield.

Pasukan pelawat, West Brom telah memperbaiki mutu permainan selepas tumbang 6-0 kepada Chelsea dalam perlawanan pertama. Roberto Di Matteo melakukan strategi baru selepas berjaya menang ke atas Sunderland sebelum ini.

The Baggies bermain dengan fokus yang tinggi untuk menghampakan anak buah Roy Hodgson yang buntu pada babak pertama. Torres dibariskan dalam kesebelasan utama tetapi penyerang Sepanyol itu masih memerlukan masa untuk cerdas sepenuhnya.

Ternyata Liverpool terpaksa menggunakan strategi serang balas yang pantas selepas Gonzalo Jara terlepas peluang untuk menjaringkan gol buat West Brom sebelum Reina dengan pantas menghantar bola kepada Torres.

Torres bijak mencari Kuyt di sayap kiri sebelum Kuyt kembali menghantar bola kepada Torres yang berjaya menyempurnakan peluang untuk menewaskan Scott Carson. Torres berpeluang menjaringkan satu lagi gol tidak beberapa lama kemudian selepas Steven Gerrard menghantar bola kemas ke arah Torres namun nasib menyebelahi Carson yang berjaya menghalang bola.

Liverpool bermain dengan corak lebih bertahan pada penghujung perlawanan untuk memastikan kemenangan pertama Liverpool musim ini.

Sunday, August 29, 2010

Raul Meireles ke Liverpool




Raul Meireles menegaskan beliau bukan pengganti Javier Mascherano selepas melengkapkan perpindahan ke Liverpool.

Meireles menyertai skuad Roy Hodgson dengan yuran perpindahan sebanyak £11.5juta dengan kontrak selama empat tahun bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Mascherano dan Alberto Aquilani.

"Hodgson merupakan kunci kepada saya ke sini kerana beliau bekerja keras untuk mendapatkan khidmat saya. Saya Meireles dan bukannya Mascherano dan itu yang perlu penyokong tahu. Saya harap penyokong Liverpool akan mengingati saya satu hari nanti," jelas Meireles.

Meireles telah menjuarai empat kejuaraan bersama Porto dan telah bermain sebanyak 38 perlawanan bersama Portugal serta menjadi kesebelasan utama dalam kesemua perlawanan Portugal ketika Piala Dunia.

Kisah pasangan di bulan puasa




Ada sepasang suami isteri, baru berkahwin, menjalani puasa pertama kali sebagai suami isteri. Hendak dijadikan cerita, mereka ni pun bergaduh xtentu pasal apa.

Si suami pun dgn merajuk tidak mahu becakap dengan bininya. Jadi malam harinya dia pun tulis satu nota untuk si isteri: "Sahur nanti kejutkan abang eh" dan disimpan dekat dengan tempat tidur isterinya.

Apabila si suami ni bangun, hari sudah pun siang dan dia mendapati ada sekeping nota dengan tulisan bini dia: "Bang, bangun bang, makan sahur." Hahaha~

Facebook saman Teachbook




Facebook bertindak memfailkan saman terhadap web masyarakat perguruan baru, Teachbook.com kerana menggunakan perkataan "book".

Tindakan yang diambil Facebook terhadap Teachbook yang masih belum dilancarkan adalah kerana laman web tersebut cuba menggunakan populariti facebook untuk menamakan laman web mereka.

Facebook yang mempunyai lebih 500 juta pengguna menyifatkan Teachbook bersaing secara tidak adil dengan mencemar hak cipta. Laman Teachbook yang masih belum dilancarkan itu baru memiliki 47 ahli setakat ini.

70 dosa - dosa besar yang perlu anda tahu

Mengikut Imam Azzahabiyy dalam kitabnya "al-kabaair' beliau cuba menghimpunkan jenis dosa-dosa besar sebanyak 70 perkara:

[klik di sini untuk bacaan lanjut...]

/

Buang air kecil atas sejadah




Seorang lelaki yang menyertai satu perhimpunan anti-Islam membuang air kecil di atas sejadah berikutan seorang pemandu teksi cedera akibat ditikam penumpangnya.

Kejadian yang berlaku di masjid Iman di Steinway Street, Astoria ini terjadi semasa jemaah sedang menunaikan solat Tarawikh dan lelaki tersebut menyerbu masuk. Beliau menngutuk serta menunjukkan isyarat lucah kepada jemaah Islam serta menyifatkan mereka sebagai pengganas.

Lelaki tersebut dalam keadaan mabuk dengan membawa botol bir masuk ke dalam masjid itu. Dalam kejadian yang berbeza, sebuah masjid di daerah Madera, California digeledah masuk dan terdapat mesej yang ditulis iaitu ‘Wake up America, the enemy is here’.

Manchester United 3 - 0 West Ham (highlights)




Gol Rooney


Gol Nani


Gol Berbatov

Chelsea 2 - 0 Stoke City (highlights)




Penalti Lampard


Gol Malouda


Gol Drogba

Blackburn 1 - 2 Arsenal (highlights)




Separuh masa pertama


Separuh masa kedua

Rooney tamakan penantian 5 bulan tanpa gol




Manchester United mara ke tempat ketiga liga selepas kejayaan menumbangkan West Ham 3-0. Wayne Rooney, Nani dan Dimitar Berbatov masing - masing menjaringkan gol tunggal buat United untuk meletakkan West Ham di tangga tercorot liga selepas tiga perlawanan.

Pengurus United, Sir Alex Ferguson membuat tiga pertukaran kesebelasan utama dengan Wayne Rooney, Nani dan Dimitar Berbatov bermain untuk menggantikan posisi Ji-Sung Park, Antonio Valencia dan Javier Hernandez.

Selepas tewas di tangan Bolton Wanderers, Avram Grant cuba melakuakn seidikit perubahan dengan menurunkan Jonathan Spector dan Luis Boa Morte. Keadaan ini menyebabkan Pablo Barrera dan Frederic Piquionne terpaksa direhatkan.

Strategi bertahan yang dilakukan pasukan pelawat memberi kesukaran buat United untuk menembusi benteng pertahanan lawan namun tekanan itu ahirnya tamat pada minit ke-33 selepas Spector menjatuhkan Ryan Giggs di dalam kotak penalti.

Rooney yang tidak pernah menjaringkan gol dalam lima bulan sebelum ini berjaya menamatkan badi tersebut dengan menyempurnakan peluang sepakan penalti untuk meletakkan United di depan dengan 1-0.

Babak kedua menjadikan Rooney cemerlang untuk membantu jaringan Nani lima minit sejurus bermula sebelum aksi akrobatik daripada Berbatov bagi memastikan kemenangan bergaya United 3-0 ke atas West Ham.

Chelsea terus gah




Jumlah gol tidak seperti yang dilakukan Chelsea dalam dua perlawanan sebelum ini tetapi juara Liga Perdana England ini tidak membuat kesilapan untuk mencatat kemenangan ke atas Stoke 2-0.

Stoke City mempunyai rekod buruk ketika kali terakhir melawat Stamford Bridge dengan kekalahan 7-0. Walaupun tewas lagi pada perlawana kali ini, Stoke boleh disifatkan lebih baik berbanding West Bromwich Albion dan Wigan Athletic.

Frank Lampard mungkin boleh dipersalahkan selepas gagal menyempurnakan sepakan penalti akibat Florent Malouda yang dijatuhkan Ryan Shawcross setelah berjaya diselamatkan oleh Thomas Sorensen pada minit ke-9.

Akhirnya kekentalan pertahanan Stoke berjaya ditembusi Malouda yang menjaringkan gol keempat musim ini. Chelsea semakin ghairah selepas berjaya merobek gawang gol pasukan pelawat tetapi Sorensan bertindak cemerlang untuk mengelak nasib yang sama ditimpa West Brom dan Wigan.

Tetapi kegopohan penjaga gol ini membawa padah selepas menjatuhkan Nicolas Anelka di dalam kotak penalti untuk memberikan penalti yang kedua buat Chelsea. Kali ini Drogba tidak mengikuti jejak malang Lampard untuk memberikan gol kedua buat tuan rumah.

Ramires turut bermain buat pertama kali untuk The Blues dalam perlawanan ini sebagai pemain gantian namun gagal memberikan sebarang impak yang bagus selain daripada hantaran pendek yang dilakukan.

Arshavin beri Arsenal kemenangan




Arsenal tidak mempunyai masalah untuk menumpaskan Blackburn Rovers 2-1 di Ewood Park yang membawa The Gunners kekal bersaing di kelompok teratas liga.

Theo Walcott sekali lagi mempamerkan aksi cemerlang dengan meletakkan Arsenal didepan pada separuh masa pertama namun dinafikan oleh Mame Biram Diouf tidak lama selepas itu.

Andrei Arshavin menjadi wira dengan menjaringkan gol kemenangan Arsenal tetapi Arsenal terpaksa membawa keluar Robin Van Persie akibat kecederaan yang mungkin bakal memberikan berita yang buruk.

Arsene Wenger menukar kesebelasan utama selepas kejayaan membelasah Blackpool di Emirates minggu lepas. Cesc Fabregas dan Van Persie akhirnya cerdas sepenuhnya untuk bermain dengan Alex Song kembali bermain di bahagian tengah. Laurent Kocielny yang digantung satu perlawanan turut bermain.

Musim lepas menyaksikan hampir semua kelab utama gagal memanfaatkan mata dari Ewood Park tetapi tuan rumah hampir memberikan gol mudah kepada Arsenal namun berjaya dinafikan oleh Paul Robinson di awal perlawanan.

Arshavin menjadi perancang untuk melakukan serangan dengan menghantar bola kepada Van Persie bagi memberi runag cantik kepada Theo Walcott menyempurnakan peluang gol.

Kemudian, kebijaksanaan Samba menghantar bola kepada El-Hadji Diouf yang tidak mempunyai masalah untuk melepasi rintangan Laurent Koscielny bagi memberi ruang kepada Mame Diouf yang mudah menjaringkan gol penyamaan.

Arsenal terus berusaha untuk mencari gol kemenangan dengan Bacary Sagna membawa bola sehingga ke hujung kanan padang sebelum membuat hantaran lintang yang merbahaya untuk Fabregas namun percubannya berjaya dihalang. Malang buat tuan rumah apabila bola tersebut jatuh ke kaki Arshavin yang tenang membuat penyudahan untuk menghasilkan gol kemenangan.

Saturday, August 28, 2010

3 beradik lari rumah elak jadi pemuas nafsu abang




Tiga beradik nekad untuk lari dari rumah selepas tidak sanggup lagi menjadi bahan pemuas nafsu abang kandungnya di Kampung Saador, Pantai Senok.

Mereka bertiga melarikan diri sebelum mendapat perlindungan sementara di Masjid Kota Jembal. Seorang ahli kariah masjid itu simpati melihat nasib tiga kanak - kanak ini yang kelihatan kepenatan dengan salah seorangnya memakai pakaian seragam sekolah lalu membawa mereka untuk berbuka puasa di rumahnya.

Tiga beradik itu mencerita kejadiaan sebenar punca mereka melarikan diri dari rumah sebelum di bawa berjumpa dengan penghulu kampung untuk menyelesaikan masalah mereka. Tiga beradik ini memaklumkan mereka tidak sanggup lagi dirogol oleh abang kandungnya yang berusia 18 tahun sejak ibunya meninggal dunia.

Abah mereka merupakan seorang pemabuk dan penagih dadah. Abangnya yang merogol mereka turut menagih dadah. Tiga beradik yang berumur 5, 14 dan 16 tahun itu memaklumkan pernah dirogol oleh abangnya sebanyak 20 kali termasuk adiknya yang berusia lima tahun.

Selain mereka, masih terdapat lagi dua beradik yang tidak ikut lari bersama kerana bersekolah yang berumur 12 dan 9 tahun.

Pegawai JPJ cabul gadis ujian memandu

gambar hiasan



Seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) didakwa mencabul seorang gadis ketika menjalani ujian memandu untuk memiliki lesen memandu kereta.

Gadis yang juga merupakan pelajar sekolah itu mejalani ujian memandu pada 10 pagi dan ketika memandu pegawai JPJ tersebut menepuk pahanya. Mangsa turut memaklumkan pegawai JPJ itu cuba membuka butang baju beliau.

Selepas kejadian tersebut, mangsa bergegas membuat laporan polis dan pegawai JPJ yang berusia 40-an itu telah ditahan. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh membawa kepada hukuman penjara 10 tahun atau denda, atau sebat atau kedua - duanya sekali.

Fantasy : Gameweek 3 - Pemain pilihan




Penjaga Gol

Jussi Jaaskeleinan (Bolton)
Penjaga gol Bolton ini sentiasa memberikan mata bonus dalam Fantasy Premier League dan hanya kerana sepakan penalti di Upton Park menafikan beliau daripada mengutip clean sheet untuk dua perlawanan berturut - turut. Kejayaan menyelamatkan penalti Carlton Cole dalam perlawanan yang sama meningkatkan mata Fantasy beliau dan dijangka akan mengutip mata yang bernilai dalam pertemuan dengan Birmingham.

Pertahanan

Glen Johnson (Liverpool)
Seperti Ashley Cole di Chelsea dan Patrice Evra di Man Utd. Johnson merupakan pilihan mahal bagi pertahanan. Bagaimanapun beliau tidak pernah terlepas untuk mengutip mata serangan dan pertemua bertemu West Brom bakal meletakkan clean sheet pertama Liverpool dan pembelian Johnson adalah berbaloi.

Tengah

Florent Malouda (Chelsea)
Setakat ini mengekori rapat sebagai pemain terbaik di belakang Drogba. Malouda meneruskan tugasan untuk membantu Drogba berikutan Frank Lampard yang bermain lebih kebawah. Keadaan ini menjadi punca kepada 3 gol Malouda setakat ini. Kehadiran Ramires mungkin boleh menganggu formula Ancelotti namun Malouda masih mempunyai rekod yang baik untuk terus cemerlang.

Gareth Bale (Tottenham)
Sebagai pilihan wajib. Bale menjadi pemain utama Harry Redknapp. Dengan dua gol ketika bertemu Stoke serta empat bantuan gol dalam kelayakkan Liga Juara - Juara, beliau bakal membawa padah kepada Wigan yang telah dibolosi 10 gol setakat ini. Bale bakal memberi sesuatu untuk pertemuan minggu ini.

Penyerang

Didier Drogba (Chelsea)
Tiada nama lain yang perlu diletakkan melainkan Drogba. Drogba terus menjadi ketakutan kepada pertahanan yang akan berdepan dengannya. Setakat ini, beliau telah memalukan West Brom dan Wigan, Stoke pula bakal menjadi medan seterusnya buat penyrang Ivory Coast ini.

Nama liga : anak1Malaysia
Code liga : 632185-147709

Friday, August 27, 2010

Lelaki serah kesucian tunang kepada rakan

gambar hiasan



Seorang lelaki sanggup menggadaikan kesucian tunangnya gara - gara gagal melangsaikan hutang selepas kalah judi.

Kejadian yang berlaku di rumah nenek lelaki tersebut di Betong bermula selepas mangsa dipelawa tunangnya untuk bermalam di rumah nenek lelaki tersebut. Lelaki tersebut mengatur rancangan dengan mendakwa kononnya beliau terpaksa keluar untuk berjumpa seseorang untuk meninggalkan nenek dan tunangya di rumah.

Rakan lelaki tersebut hadir tidak lama kemudian dengan mengunci pintu bilik mangsa sebelum merogolnya. Mangsa cuba mendapatkan pertolongan daripada neneknya namun wanita yang sudah uzur itu tidak mampu membuka pintu yang telah dikunci.

Suspek melarikan diri setelah puas dan selepas laporan dibuat, polis berjaya menangkap suspek. Menurut suspek, perbuatan itu dibuat sebagai perjanjian tunangnya yang gagal melangsaikan hutang perjudian.

11 amalan sunat bulan Ramadhan



1.  Keutamaan Sahur Dan Mentakhirkannya Selama Tidak Khuatir Akan Terbitnya Fajar
Dari Anas radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:  “Bersahurlah kamu sekalian kerana sesungguhnya di dalam sahur itu terdapat barakah.” (HR Bukhari & Muslim)
Dari Zaid bin Tsabit radhiAllahu ‘anhu berkata:  “Kami sahur bersama-sama dengan Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam, kemudian kami melaksanakan solat.” Ada seseorang bertanya:  “Berapa lama antara sahur dengan solat itu?” Ia menjawab:  “Kira-kira 50 ayat.” (HR Bukhari & Muslim)
Dari ‘Amr bin ‘Ash radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:  “Kelebihan puasa kami dan puasa ahli Kitab adalah adanya makan sahur.” (HR Muslim)
2.  Segera Berbuka Puasa Apabila Sudah Masuk Waktu Berbuka
Dari Sahl bin Sa’d radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:  “Manusia itu selalu dalam kebaikan selama mereka segera berbuka puasa.” (HR Bukhari & Muslim)
Dari Anas radhiAllahu ‘anhu berkata:  “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam sentiasa berbuka dengan beberapa biji ruthob (kurma yang baru masak) sebelum solat.  Jika tidak ada ruthob (kurma yang baru masak), maka beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam berbuka dengan tamar (kurma yang sudah kering).  Jika tidak tamar (kurma yang sudah kering), maka beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam meneguk air beberapa teguk.” (HR Abu Daud dan At-Turmudzi)
3.  Berdo’a sepanjang berpuasa dan ketika berbuka.
Diriwayatkan oleh Turmudzi dengan sanad yang hasan, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:  “Ada 3 golongan yang tidak ditolak do’a mereka, iaitu orang yang berpuasa sehingga dia berbuka, pemimpin negara yang adil dan orang yang teraniaya.”
4.  Menjauhi perkara-perkara yang bertentangan dengan ibadah puasa.
Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alahi wasallam bersabda:  “Puasa itu adalah perisai, oleh kerana itu, apabila salah seorang di antara kamu sekalian berpuasa maka janganlah berkata kotor dan janganlah bertengkar/berteriak.  Apabila ada seseorang yang mencaci-maki atau mengajak berkelahi, maka hendaklah ia berkata:  “Sesungguhnya aku sedang berpuasa””. (HR Bukhari & Muslim)
Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: ‘Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan perbuatan buruk, maka Allah tidak memerlukan ia meninggalkan makan dan minumnya.” (HR Bukhari)
5.  Bersiwak atau menggosok gigi.
Amir bin Rabi’ah berkata,  “Saya melihat Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersiwak dan beliau pada saat itu sedang berpuasa.  Kerana seringnya, maka saya tidak dapat membilang dan menghitungnya.” (HR Bukhari)
Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu mengatakan bahwa Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Andaikan tidak memberatkan umatku, niscaya mereka kuperintahkan bersiwak pada setiap kali berwudhu.” (HR Bukhari)
6.  Bermurah hati dan banyak menderma.
Dari Ibnu Abbas radhiAllahu ‘anhu katanya:  “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam adalah seorang yang paling dermawan, dan sifat dermawannya itu lebih menonjol pada bulan Ramadhan yakni ketika ditemui Jibril.  Biasanya Jibril menemuinya pada setiap malam bulan Ramadhan, dibawanya mempelajari al-Quran.  Maka Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam lebih murah hati melakukan kebaikan dari angin yang bertiup.” (HR Bukhari)
7.  Menggandakan amalan membaca dan mempelajari al-Quran.
(Hadith Ibnu Abbas di atas menyatakan bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bertadarus (mempelajari al-Quran) dengan Jibril pada setiap malam Ramadhan.)
Membaca al-Quran adalah amalan biasa ummat Islam, tetapi sempena bulan Ramadhan, hendaklah kita tumpukan betul-betul dan menggandakannya.  Para ulama apabila tibanya bulan Ramadhan akan memberhentikan kuliah yang diajar mereka dan menumpukan kepada mempelajari al-Quran.  Membaca untuk memahami al-Quran yakni mentadabbur al-Quran adalah lebih utama dari membaca laju untuk mengkhatamkannya beberapa kali pada bulan Ramadhan.
8.  Memberi makan untuk berbuka puasa.
Dari Zaid bin Khalid Al-Juhanny radhiaAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:  “Barangsiapa yang memberi makan untuk berbuka orang yang berpuasa, maka ia mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu.” (HR At Turmudzy)
9.  Mendirikan malam dengan solat sunnat (solat Tarawih)
Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam telah bersabda:  “Barangsiapa yang mengerjakan solat sunnat pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan hanya mengharapkan pahala dari ALLAH, maka akan diampunilah dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari & Muslim)
10.  Giat beribadah pada 10 hari terakhir Ramadhan
Aisyah radhiAllahu ‘anha berkata:  “Bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam apabila masuk sepuluh terakhir bulan Ramadhan. diramaikannya waktu malam, dibangunkannya ahli keluarganya dan diikat erat kain sarungnya.” (HR Bukhari & Muslim)
11.  Beriktikaf pada 10 terakhir Ramadhan.
Dari Ibnu Umar radhiAllahu ‘anhu berkata:  “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.” (HR Bukhari & Muslim)
Dari Aisyah radhiAllahu ‘anha berkata:  “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan sehingga Beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam dipanggil ALLAH Ta’ala, kemudian setelah beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam wafat, isteri-isterinya meneruskan kebiasaan Beliau itu.” (HR Bukhari & Muslim)

Ahli Parlimen Indonesia mahu Malaysia mohon maaf




Ahli perundangan Indonesia mahu kerajaan menuntut permohonan maaf rasmi dari Malaysia berhubung penahanan tiga pegawai maritim negara itu.

Mesyuarat yang diadakan di sana memutuskan supaya satu nota bantahan diplomatik dihantar agar Malaysia membuat permohonan maaf secara rasmi. Menteri Luar Marty Natalegawa memaklumkan kementerian sedang mengumpulkan bukti berhubung penahanan tersebut yang didakwa berlaku di perairan Indonesia.

Beliau turut mempertikaikan tindakan digari dan memakai baju penjara terhadap pegawai tersebut yang ditahan.

Fantasy : Gameweek 3 - Ketua pasukan pilihan




Pada gameweek 1 ramai pengurus nekad untuk meletakkan Mauro Boselli sebagai ketua pasukan namun tidak bernasib baik selepas Wigan mendapat keputusan sebaliknya. Gameweek 2 pula menyaksikan harapan pengurus Fantasy Premier League untuk meletakkan Cesc Fabregas dan Robin Van Persie sebagai ketua pasukan pilihan tetapi Arsene Wenger membuat keputusan untuk membiarkan dua pemain bintang ini di bangku simpanan selama satu jam.

Gameweek 3 pula tidak menjadi banyak persoalan buat pengurus FPL untuk menamakan Didier Drogba sebagai ketua pasukan masing - masing berikutan kedudukan penyerang Chelsea ini yang mengatasi semua pemain lain dari segi kutipan mata.

Kedatangan Stoke ke Stamford Bridge dijangka bakal menjadi medan pesta gol buat Chelsea yang menang 7-0 pada musim lepas. Setakat ini, Chelsea memenangi 6-0, 6-0 musim ini dengan Drogba menghasilkan 3 gol, 3 bantuan gol dan 5 mata bonus.

Beberapa pemain lain turut menjadi perhatian untuk dipertaruhkan sebagai ketua pasukan seperti Javier Hernandez, Gareth Bale dan Frank Lampard. Nantikan cadangan pemain pilihan untuk Gameweek 3 awal pagi esok.

Nama liga : anak1Malaysia
Code liga : 632185-147709

Pengakuan Isteri : Suami gian layanan GRO




Trabzonspor 1 - 2 Liverpool (highlights)




Trabzonspor 1-0 Liverpool (Gutiérrez)




Trabzonspor 1-1 Liverpool (Kacar - Goal sendiri)




Trabzonspor 1-2 Liverpool (Kuyt)


Kuyt bawa Liverpool ke Europa




Jaringan sendiri oleh Giray Kacar dan gol Dirk Kuyt pada lewat perlawanan memastikan Liverpool ke peringkat kumpulan Piala Europa dengan menumpaskan Trabzonspor 2-1 untuk menjadikan agregate 3-1.

Liverpool bermain tanpa ketua pasukan, Steven Gerrard yang mengalami sedikit kecederaan sementara Fernando Torres tidak diturunkan bagi memastikan kecerdasan beliau menjelang pertemuan menentang West Bromwich Albion di Anfield Ahad ini.

Pemain tengah, Javier Mascherano dikeluarkan dari skuad berikutan gosip perpindahan ke Barcelonan manakala Maxi Rodriguez masih bergelut dengan kecederaan. Jamie Carragher ditugaskan untuk menjadi ketua pasukan dengan Joe Cole disenaraikan dalam kesebelasan utama selepas digantung perlawanan dalam Liga Perdana.

Tuan rumah membuat kejutan untuk menghasilkan gol bagi menyamakan kedudukan agregate hasil kesilapan Dirk Kuyt yang membuka ruang hantaran lintang kepada Teofilo Gutierrez. Selepas itu, kelab Turki ini ternyata bersemangat dengan melakukan asakan bertubi - tubi ke kubu Liverpool sehingga 30minit perlawanan.

Liverpool kembali menjadi pasukan bermaruah pada babak kedua namun kekentalan pertahanan pihak lawan sukar ditembusi sehinggalah Glen Johnson melakukan gerakan cantik pada lapan minit terakhir perlawanan untuk memaksa Kacar melakukan gol sendiri.

Kesilapan pertahanan Trabzonspor membawa padah dengan Dirk Kuyt bijak mengambil kesempatan untuk menghasilkan gol kedua buat Liverpool di Turki.

Undian kumpulan Liga Juara - Juara Eropah




Berikut adalah undian peringkat kumpulan untul Liga Juara - Juara Eropah musim 2010/2011

Kumpulan A:
Inter Milan, Werder Bremen, Tottenham, FC Twente.

Kumpulan B:
Lyon, Benfica, Schalke, Hapoel Tel-Aviv.

Kumpulan C:
Manchester United,Valencia, Rangers, Bursaspor.

Kumpulan D:
Barcelona, Panathinaikos, FC Copenhagen, Rubin Kazan.

Kumpulan E:
Bayern Munich, Roma, FC Basle, Cluj.

Kumpulan F:
Chelsea, Marseille, Spartak Moscow, MSK Zilina.

Kumpulan G:
AC Milan, Real Madrid, Ajax, Auxerre.

Kumpulan H:
Arsenal, Shakhtar Donetsk, FC Braga, FK Partizan.

Thursday, August 26, 2010

Perkara yang harus untuk anda tidak berpuasa




Islam memberi kelonggaran disebalik kewajiban puasa di bulan Ramadhan. Terdapat beberapa perkara yang harus untuk anda tidak berpuasa ketika bulan Ramadhan antaranya ialah :


  • Kedatangan haid dan nifas. (wajib)


  • Sakit yang membahayakan.


  • Sakit yang tiada harapan sembuh.


  • Tersangat lapar atau dahaga yang membahayakan.


  • Dalam perjalanan (safar) sejauh dua marhalah atau lebih.


  • Tua yang tidak berdaya untuk berpuasa.


  • Kandungan dalam perut bagi perempuan.


  • Menyusukan anak kecil.

Pemain Liverpool pulau Mascherano




Javier Mascherano terpaksa berlatih seorang diri selepas meninggalkan Liverpool ketika tewas 3-0 di tangan Manchester City.

Laporan mengatakan beberapa pemain Liverpool kecewa dengan tindakan Mascherano. Roy Hodgson memaklumkan ketua pasukan Argentina itu tidak bersama kelab kerana bingung dengan tawaran ke Barcelona dan diminta supaya tidak disenaraikan dalam pertemuan bertemu City Isnin lepas.

Tindakan tidak profesional itu menyebabkan Hodgson terpaksa mengubah strategi yang menjadi punca kepada kekalahan memalukan Liverpool di Eastland. Tawaran terbaru Barcelona ditolak Liverpool kerana tidak menepati nilai pemain tersebut.

Mascherano dibawa ke Anfield ketika karier bola sepaknya hampir musnah bersama West Ham dengan nilai 20 juta pound. Keadaan itu memaksa Liverpool hanya menerima tawaran yang melebihi nilai tersebut.

Wednesday, August 25, 2010

Awas! Minuman ringan mengandungi alkohol




Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menemui terdapat beberapa minuman yang dikategorikan sebagai minuman ringan mengandungi kadar alkohol yang tinggi.

Minuman yang berharga dari RM4 hingga RM10 itu dijual dengan pelbagai perasa termasuk perisa buah - buahan. Berdasarkan kajian, kadar alkohol dalam minuman terbabit adalah sebanyak empat hingga 6.3 peratus.

Sementara itu, bir yang dijual di pasaran mempunyai kadar alkohol lima peratus di mana lebih sedikit daripada kadar minuman ringan tersebut.

Beberapa minuman ringan yang mempunyai alkohol ialah Storm Twistonic Gin & Tonic (6.3 peratus alkohol), Storm High Ball (5.6 peratus alkohol), Storm Screw Driver (5.6 peratus alkohol), Pelican Black Current + Vodka (5 peratus alkohol), Pelican Pink Vodka (5 peratus alkohol) dan Pelican Vodka Orange (5 peratus alkohol).

Bapa sembelih anak 3 tahun




Seorang kanak - kanak berusia tiga tahun disembelih bapanya menggunakan pisau di Kampung Sungai Keladi.

Kejadian berlaku selepas mangsa yang rapat dengan bapanya mengikut bapanya itu ke dapur sebelum disembelih menggunakan pisau. Semasa kejadian, ibu mangsa dan adiknya turut berada di rumah.

Menurut ibu mangsa, beliau sempat berbual dengan suaminya itu sebelum suaminya mengadu panas dan pergi ke dapur. Mangsa turut mengekori bapanya ke dapur sebelum ibunya terdengar jeritan daripada anaknya itu.

Selepas ke dapur, ibunya melihat anaknya sedang disembelih oleh bapanya dan menjerti meminta tolong. Bapa tersebut turut mencederakan lehernya dengan menggunakan pisau yang sama.

Berdasarkan siasatan, suspek pernah mendapat rawatan sakit mental namun motif pembunuhan masih belum dikenalpasti.

Guru tadika dibunuh peragut

gambar hiasan



Seorang guru tadikan didapati mati akibat dibunuh oleh peragut di atas jejantas Lebuhraya Baru Pantai (NPE) berdekatan Bandar Sunwar seawal 8 pagi tadi.

Mangsa yang berusia 57 tahun itu dipercayai diragut sebelum dibunuh.

Tuesday, August 24, 2010

Pengakuan : Raja Azmi insaf bermalam di lokap (video)




Manchester City 3 - 0 Liverpool (highlights)





Penunggang motosikal maut dilanggar lori




Seorang penunggang motosikal maut selepas digilis lori dalam nahas jalan raya di Tampin.

Mangsa yang cedera parah dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian. Kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa melanggar kenderaan lain sebelum memasuki jalan bertentangan yang mengakibatkan mangsa digilis lori.

Mangsa yang juga merupakan seorang pengawal di sekolah dikatakan dalam perjalanan ke tempat kerja di Tampin. Polis memaklumkan mayat mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.

Bapa punca anak mati melambung serah diri




Bapa kanak - kanak enam tahun yang maut akibat sebuah rumah mercun di Kampung Makam Lama, Chabang Tiga meletup menyerah diri kepada polis selepas didapati terlibat dalam penyimpanan mercun tersebut.

Polis memberi kelonggaran kepda beliau untuk menguruskan jenazah anaknya yang perlu dituntut di Hospital Sultanah Nur Zahiran (HSNZ). Selain itu, dua orang permuda turut cedera parah di kedua-dua kaki, telinga dan terdapat kesan terbakar di badan dan muka semasa kejadian itu.

Menurut polis, siasatan awal mendapati kejadian tersebut bukan berpunca daripada mercun buatan sendiri dan kemungkinan berpunca daripada jumlah mercun yang terlalu banyak higga merosakkan dua rumah jiran.

Polis menjumpai 15 kotak mercun yang mempunyai kuasa letupan yang kuat di tempat kejadian.

Pra Ops Sikap ; 1 jam 110 saman dikeluarkan




Operasi pra Ops Sikap yang dijalankan di Selangor tidak sampai 10 jam namun sebanyak 110 saman dikeluarkan.

Menurut laporan sebanyak 100 kenderaan perdagangan dan 150 motosikal diperiksa sebagai persediaan menghadapi ops sikap ke-22 yang akan bermula 3-17 September 2010. Sebanyak 83 saman dikeluarkan kepada penunggang motosikal dan selebihnya kenderaan perdagangan.

Kebanyakkan kesalahan adalah kerana tidak mempunyai lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh dan mengubah suai motosikal.

Perkara makruh ketika berpuasa




Masih ramai umat Islam yang tidak sedar mereka ada melakukan beberapa perkara makruh ketika berpuasa. Bagi memastikan puasa kita sempurna dan diredhai, haruslah dielakkan dari melakukan antara perkara - perkara berikut.


  • Menggosok gigi selepas gelincir matahari.

  • Merasa makanan kerana takut ianya boleh sampai ke rongga.

  • Memamah sesuatu kerana membanyakkan air liur dan ditakuti akan tertelan.

  • Mencium atau mengkucup isteri.

  • Banyak berkumur-kumur.

  • Mengeluarkan darah seperti berbekam dan lain-lain.

Info anak1Malaysia