Monday, August 30, 2010

Torres hadiah 3 mata buat Liverpool




Liverpool merekodkan kemenangan pertama musim ini dengan menewaskan West Brom hasil gol tunggal Fernando Torres di Anfield.

Pasukan pelawat, West Brom telah memperbaiki mutu permainan selepas tumbang 6-0 kepada Chelsea dalam perlawanan pertama. Roberto Di Matteo melakukan strategi baru selepas berjaya menang ke atas Sunderland sebelum ini.

The Baggies bermain dengan fokus yang tinggi untuk menghampakan anak buah Roy Hodgson yang buntu pada babak pertama. Torres dibariskan dalam kesebelasan utama tetapi penyerang Sepanyol itu masih memerlukan masa untuk cerdas sepenuhnya.

Ternyata Liverpool terpaksa menggunakan strategi serang balas yang pantas selepas Gonzalo Jara terlepas peluang untuk menjaringkan gol buat West Brom sebelum Reina dengan pantas menghantar bola kepada Torres.

Torres bijak mencari Kuyt di sayap kiri sebelum Kuyt kembali menghantar bola kepada Torres yang berjaya menyempurnakan peluang untuk menewaskan Scott Carson. Torres berpeluang menjaringkan satu lagi gol tidak beberapa lama kemudian selepas Steven Gerrard menghantar bola kemas ke arah Torres namun nasib menyebelahi Carson yang berjaya menghalang bola.

Liverpool bermain dengan corak lebih bertahan pada penghujung perlawanan untuk memastikan kemenangan pertama Liverpool musim ini.
Kongsi artikel ini di Facebook
Related Posts with Thumbnails