Sunday, August 22, 2010

Budak 6 tahun maut kepala pecah



Seorang kanak - kanak enam tahun maut selepas rumah mercun meletup di Kuala Terengganu.

Mangsa dipercayai tercampak setinggi 15 meter ke atas pokok akibat letupan kuat dari rumah tersebut. Seorang saksi memaklumkan mangsa mengalami kecederaan parah di kepala akibat tersangkut di atas pokok.

Selain itu dua orang lelaki berusia 20-an turut tercedera. Saksi yang menurunkan mayat memaklumkan tempurung kepala mangsa sudah tiada dan isi otak terjatuh ke tanah.

Pesta maksiat di Bulan Ramadhan




Masih ada golongan umat Islam yang tidak menghormati kesucian bulan Ramadhan dengan berpesta di kelab malam untuk dilayan GRO.

Walaupun syaitan telah diikat pada bulan suci ini, namun manusia berperwatakan syaitan masih wujud. Satu kelab hiburan yang terletak di kawasan tersembunyi masih menjalankan operasi walaupun di bulan Ramadhan.

Operasi yang dijalankan pada pukul 8.30malam itu menyediakan 30 GRO untuk dilayan. Seorang GRO akan dikenakan cas RM40 untuk sejam bagi menemani mereka di kelab malam itu. Mereka juga boleh ringan - ringan dengan GRO tersebut.

Sekiranya pelanggan mahu bawa GRO keluar bersiar hingga ke pagi dan menjadi teman tidur, bayaran serendah RM200 akan dikenakan. Seorang pengunjung lelaki mendakwa aktiviti ini boleh menghilangkan kepenatan bekerja di siang hari.

Ustaz Hassan Mahmud Al Hafiz  menyifatkan mereka yang melakukan perkara sebegini mengalami masalah krisis iman kerana sanggup membelanjakan wang ringgit untuk berhibur dan mendapat dosa sedangkan mereka boleh mendapat pahala dengan percuma jika berkunjung ke Masjid.

Tips beli makanan di Bazar Ramadhan




1. Jangan rambang mata ketika membuat pilihan makanan.

2. Pastikan prinsip makanan sihat dikekalkan.

3. Buat catatan makanan yang perlu dibeli sahaja.

4. Elakkan makanan yang dimasak menggunakan santan atau kandungan minyak yang terlalu banyak.

5. Kurangkan membeli kuih muih yang manis serta bubur.

6. Elakkan membeli air minuman yang dijual. Lebih baik air yang dibuat sendiri kerana terjamin kebersihannya.

Man Utd bakal kehilangan Rooney jumpa Fulham




Rooney yang tidak menjaringkan gol dalam 13 perlawanan dijangka akan bersama skuad Manchester United ke London untuk pertemuan dengan Fulham namun beliau dipercayai tidak akan bermain dalam perlawanan tersebut akibat masalah virus.

Keadaan ini mungkin merisaukan Sir Alex Ferguson walaupun Rooney berlatih pada Jumaat lepas. Laporan mengatakan Rooney dihantar pulang ke rumah semasa latihan tersebut bagi mengelakkan jangkitan kuman kepada rakannya yang lain.

Ketiadaan Rooney sekali gus memberi peluang kepada Javier Hernandez untuk membarisi kesebelasan utama buat pertama kali bersama United.

Wigan 0 - 6 Chelsea (highlights)





Arsenal 6 - 0 Blackpool (highlights)





Chelsea kekal rentak 6 bintang




Chelsea meneruskan aksi cemerlang mereka dengan kemenangan mudah ke atas pasukan belasahan, Wigan 6-0.

Nicolas Anelka menjaringkan dua gol pertama beliau musim ini dengan Salomon Kalou cemerlang sebagai pemain gantian. Selepas dimalukan oleh pendatang baru minggu lepas iaitu Blackpool, penyokong Wigan tidak menyangkakan mereka akan dihujani gol lagi pada perlawanan kali ini.

Lancashire memulakan perlawanan dengan nafas baru yang mematikan rentak awal Chelsea dengan mengasak pasukan pelawat bertubi - tubi. Penyerang baru, Mauro Boselli mempunyai banyak peluang untuk menghasilkan gol pertama Wigan musim ini namun nilai £6juta yang dibayar gagal memberikan pulangan yang berbaloi.

Chelsea ternyata tidak mempunyai masalah untuk mengawal Wigan yang pantas pada awal perlawanan dengan ketangkasan Petr Cech menjadi penyelamat buat gawang The Blues. Akhirnya kehebatan Wigan tersentap dengan jaringan ketiga dalam dua perlawanan oleh Florent Malouda.

Bagaimanapun jaringan tersebut tidak mematahkan semangat Wigan untuk memburu jaringan penyamaan namun pertahanan Chelsea ternyata terlalu hebat buat pasukan kerdil ini. Nicolas Anelka memberi amaran pesta gol kepada tuan rumah dengan menjaringkan gol kedua sejurus sepak mula babak kedua dimulakan.

Keadaan itu terbukti menjadi kenyataan selepas Nicolas Anelka berjaya menjaringkan gol kedua beliau untuk menjadikan kedudukan 3-0. Kemasukan Salomon Kalou menggantikan Malouda merupakan satu strategi bijak untuk mengalih fokus pertahanan Wigan.

Kalou mudah menjaringkan dua jaringan sebelum bekas pemain Liverpool, Benayoun melengkapkan kejayaan enam bintang Chelsea buat dua perlawanan berturut - turut.

Arsenal hukum Blackpool




Arsenal kembali bangkit daripada aksi sumbang minggu lepas untuk membelasah Blackpool 6-0 di Emirates.

Hatrik daripada Theo Walcott serta satu lagi kad merah pihak lawan menjadi punca kepada kemenangan besar The Gunners. Walcott menjadi bintang pada perlawanan ini dengan membuka tirai jaringan sebelum Andrey Arshavin menyempurnakan sepakan penalti. Sebelum tamat separuh masa pertama, Walcott meletakkan tuan rumah didepan dengan 3 gol.

Babak kedua pula menyaksikan jaringan daripada Abou Diaby sebelum Walcott melengkapkan hatrik pertamanya. Pemain baru Arsenal, Marouane Chamakh menjadikan perlawanan lebih bermakna dengan tandukan pada lewat perlawanan untuk memastikan kemenangan Arsenal 6-0.

Ketiadaan Laurent Koscielny akibat digantung perlawanan serta kecederaan yang dialami Samir Nasri memaksa Arsene Wenger membuat rombakan dalam kesebelasan utama beliau. Alex Song diberikan tugas dibahagian pertahanan sementara Tomas Rosicky disenaraikan selepas bermain sebagai pemain gantian sebelum ini. Cesc Fabregas dan Robin van Persie pula diletakkan sebagai pemain simpanan.

Pengurus Blackpool pula, Ian Holloway membariskan pemain yang serupa ketika membuat kejutan ke atas Wigan minggu lepas. Sementara itu, pemain baru Dekel Keinan hanya berada di bangku simpanan.

The Seasiders menjangkakan ujian yang lebih sukar berbanding perlawanan pembukaan mereka di DW Stadium minggu lepas. Keadaan itu ternyata tepat selepas mereka diberi tekanan sebaik sahaja perlawanan bermula di Emirates.

Bagaimanapun kejayaan Arsenal ini tidak menjadi pengukuran sebenar buat Wenger kerana lawan sebenar mereka bukanlah Blackpool.