Sunday, August 22, 2010

Chelsea kekal rentak 6 bintang




Chelsea meneruskan aksi cemerlang mereka dengan kemenangan mudah ke atas pasukan belasahan, Wigan 6-0.

Nicolas Anelka menjaringkan dua gol pertama beliau musim ini dengan Salomon Kalou cemerlang sebagai pemain gantian. Selepas dimalukan oleh pendatang baru minggu lepas iaitu Blackpool, penyokong Wigan tidak menyangkakan mereka akan dihujani gol lagi pada perlawanan kali ini.

Lancashire memulakan perlawanan dengan nafas baru yang mematikan rentak awal Chelsea dengan mengasak pasukan pelawat bertubi - tubi. Penyerang baru, Mauro Boselli mempunyai banyak peluang untuk menghasilkan gol pertama Wigan musim ini namun nilai £6juta yang dibayar gagal memberikan pulangan yang berbaloi.

Chelsea ternyata tidak mempunyai masalah untuk mengawal Wigan yang pantas pada awal perlawanan dengan ketangkasan Petr Cech menjadi penyelamat buat gawang The Blues. Akhirnya kehebatan Wigan tersentap dengan jaringan ketiga dalam dua perlawanan oleh Florent Malouda.

Bagaimanapun jaringan tersebut tidak mematahkan semangat Wigan untuk memburu jaringan penyamaan namun pertahanan Chelsea ternyata terlalu hebat buat pasukan kerdil ini. Nicolas Anelka memberi amaran pesta gol kepada tuan rumah dengan menjaringkan gol kedua sejurus sepak mula babak kedua dimulakan.

Keadaan itu terbukti menjadi kenyataan selepas Nicolas Anelka berjaya menjaringkan gol kedua beliau untuk menjadikan kedudukan 3-0. Kemasukan Salomon Kalou menggantikan Malouda merupakan satu strategi bijak untuk mengalih fokus pertahanan Wigan.

Kalou mudah menjaringkan dua jaringan sebelum bekas pemain Liverpool, Benayoun melengkapkan kejayaan enam bintang Chelsea buat dua perlawanan berturut - turut.
Kongsi artikel ini di Facebook
Related Posts with Thumbnails