Saturday, July 31, 2010

Chivas Guadalajara 3 - 2 Manchester United (highlights)


Javier Hernandez membantu Guadalajara untuk menewaskan kelab barunya Manchester United dalam perlawanan persahabatan sempena pemergian beliau ke United yang berakhir dengan 3-2.

Sir Alex Ferguson terpaksa akur dengan jaringan Hernandez pada minit ke-8 sebelum Chris Smalling menyamakan kedudukan. Namun Adolfo Bautista kembali meletakkan tuan rumah didepan pada minit ke-38 sebelum Hector Reynoso menjarakkan lagi kedudukan kepada 3-1.

Hernandez yang bermain untuk Manchester United pula pada separuh masa kedua menggantikan Dimitar Berbatov gagal menghasilkan sebarang gol. Nani berjaya merapatkan kedudukan kepada 3-2 namun United gagal memburu jaringan ketiga sehingga tamat perlawanan.




Sembang lucah guna iphone 4


iPhone 4 keluaran Apple menyediakan perkhidmatan sembang lucah di Amerika Syarikat (AS).

Teknologi ini menggunakan perisian Face Time yang membolehkan pengguna membuat panggilan video menerusi sambungan Wi-Fi. Baru - baru ini seorang pelakon filem lucah, Teagan Presley telah menguji keberkesanan teknologi tersebut.

Sesi bersembang itu akan mengenakan bayaran sebanyak AS$5 (RM15.90) dan AS$6 (RM19.08) untuk seminit dengan menggunakan kad kredit.

Gadis toreh tangan bukti cinta




Seorang gadis sanggup melukakan tangannya sehingga berdarah bagi tujuan mengukir nama teman lelakinya di lengan bagi membuktikan kesetiaan.

Gadis yang berusia 16 tahun itu difahamkan melakukan perkara sedemikian kerana terpengaruh dengan rakannya yang lain yang turut mengukir nama kekasih di lengan. Gadis itu mendakwa perbuatan itu merupakan tanda kesetiaan dan dalamnya cinta beliau terhadap teman lelakinya itu.

Perbuatan mencederakan tangan untuk menulis nama seperti tatu adalah dilarang dalam Islam menurut pakar motivasi dan kaunseling remaja, Ahmadi Din. Selain itu juga, perbuatan tersebut boleh menyebabkan jangkitan penyakit Hepatitis B atau C sekiranya jarum tersebut tercemar.

Intip gadis MLM




Seorang gadis berusia dalam lingkungan 20 tahun didakwa terlibat dengan satu sindiket skim cepat kaya membabitkan pelaburan berjuta ringgit.

Gadis itu dipercayai sedang dalam pemerhatian dan akan ditangkap pada bila - bila masa. Skim itu difahamkan menawarkan skim pelaburan antara RM2,000 hingga RM41,000 dengan mempunyai syarat perlu memiliki 10 ‘downline’ untuk mendapat keuntungan.

Polis juga tidak menolak kemungkinan besar mereka mempunyai cawangan lain di seluruh negara kerana nilai pelaburan mencecah jutaan ringgit.

Takraw Malaysia juara selepas 22 tahun




Skuad takraw negara akhirnya menamatkan penantian 22 tahun dengan menjuarai acara regu bagi Piala Raja Thai selepas menundukkan Indonesia.

Trio Norazman Abdul Hamid, Mohd Futra Abdul Ghani dan Farhan Adam ternyata mudah menumbangkan pihak lawan dengan kemenangan 21-12, 21-15 selepas tewas tahun lalu. Walaupun kejayaan ini tanpa tentangan daripada seteru utama, Thailand, Malaysia tetap menganggap ianya satu kejayaan manis setelah 22 tahun kehilangannya.

Dalam acara berpasukan, Malaysia menang ke atas Jepun 3-0 dan akan bertemu Indonesia dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan hari ini.

16 pegawai Iraq dibunuh, dibakar




Tentera militan membunuh membunuh 16 pegawai keselamatan Iraq serta sebahagiannya dibakar dalam serangan nekad bertujuan memberi amran terhadap kekuatan mereka.

Serangan ini merupakan serangan paling dahsyat di negara itu di mana 23 tentera Iraq, polis dan pasukan keselamatan terbunuh. Serangan tercetus selepas militan menyerang sebuah pos pemeriksaan yang terdiri daripada golongan Sunnah di Azamiyah.

Pilihanraya Iraq yang telah berlalu lebih 4 bulan masih belum menunjukkan sebarang tanda kerajaan dapat dibentuk menjelang bulan Ramadhan tidak lama lagi.

Friday, July 30, 2010

Petua kuruskan badan


Semua orang mahu kelihatan cantik tubuh badan. Masalah kegemukkan boleh menyebabkan seseorang itu hilang keyakinan untuk berhadapan dengan orang lain.

Di sini terdapat beberapa petua yang boleh diamalkan untuk menguruskan badan anda. Selamat mencuba. =)



1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar ‘muscle’(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di
dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

Suami isteri bunuh 8 bayi

gambar hiasan

Sepasang suami isteri di Perancis didapati terlibat dengan kes membunuh 8 bayi yang ditemui mati di dua rumah yang berasingan.

Kes ini menjadikan kes pembunuhan bayi terbesar di negara itu. Kejadian itu disedari selepas seorang kounselor di kawasan perumahan terbabit menjumpai tulang bayi. Siasatan polis mendapati dua mayat bayi ditemui di tempat kejadian dan enam lagi ditemui di rumah suspek.

Polis kawal masjid


Polis New York mula mengawal keselamatan masjid dan pusat Islam disekitar bandar raya ini sempena kedatangan bulan Ramadhan.

Rondaan polis ditingkatkan bermula 11 Ogos hingga 9 September dengan mengguna kereta peronda serta berjalan kaki.

Suami tumbuk isteri bertanya


Seorang suami yang bengang selepas di soal oleh isterinya kemana beliau pergi dan bersama siapa menumbuk isterinya sehingga mengalami kecederaan di muka.

Selain itu juga, mangsa turut ditarik rambut dan dimaki hamun oleh suaminya yang hilang kawalan. Kejadian yang berlaku di dalam kereta itu menyebabkan mangsa mengalami pendarahan di hidung serta bengkak di muka.

Mangsa turut mengadu sakit kepala akibat ditarik rambut terlalu kuat. Difahamkan kejadian ini merupakan kali kedua berlaku terhadap mangsa yang pernah mengalaminya tiga tahun sebelum ini.

Peminjam pukul, culik ah long

gambar hiasan

Kebiasaannya ah long akan bertindak kejam terhadap peminjam yang gagal menjelaskan pinjaman namun kali ini cerita disebaliknya berlaku.

Dua orang ah long dipukul dan diculik oleh sepasang suami isteri yang meminjam wang daripada mereka. Selain itu juga, pasangan itu meminta wang tebusan sebanyak RM30,000 daripada keluarga ah long terbabit.

Keluarga mangsa telah menjelaskan RM5,000 melalui akaun bank manakala selebihnya dibayar secara tunai. Selain itu juga, Perodua Myvi milik mangsa turut dibawa lari. Selepas kedua - dua mangsa dilepaskan, mereka didapati mengalami kecederaan hampir seluruh tubuh badan dan keluarga mangsa membuat laporan polis untuk siasatan.

Kerabat Diraja Kelantan rentung


Seorang kerabat Diraja Kelantan rentung selepas kereta yang dinaiki beliau terbakar akibat dirempuh lori dari arah belakang. Bagaimanapun dua lagi penumpang di dalam kereta tersebut selamat.

Datuk Raja Mohammad Raja Ismail disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas 100 peratus hangus. Kejadian yang berlaku di Lebuh Raya Elite berdekatan susur keluar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berpunca apabila lori dari arah belakang hilang kawalan lalu merempuh kenderaan tersebut sebelum terseret sejauh 20meter yang mengakibatkan kebakaran.

Bagaimanapun pemandu lori itu dan rakannya bergegas menyelamatkan mangsa tetapi gagal menyelamatkan seorang lagi yang tersepit.

FK Rabotnicki 0-2 Liverpool (highlights)


Liverpool memulakan kempen musim ini dengan kemenangan sempurna selepas menewaskan FK Rabotnick 2-0 dalam pusingan ketiga kelayakkan Piala Europa.

Liverpool bermain tanpa kehadiran pemain utama mereka dan ternyata pemain muda Liverpool tidak menghadapi masalah untuk mengawal perlawanan bagi membawa bekal selesa ke Anfield.

David Ngog menjadi wira Liverpool dengan menjaringkan kedua - dua gol sekali gus memberi permulaan yang sempunra buat Roy Hodgson.




Fabregas akui minat Barcelona





Cecs Fabregas menghangatkan lagi spekulasi perpindahan beliau ke Nou Camp selepas membuat kenyataan terbuka yang beliau meminati Barcelona sejak dari kecil.

Baru - baru ini, Arsene Wenger menegaskan bahawa ketua pasukan Arsenal itu tidak akan dijual dan sebarang pintu perbincangan adalah ditutup sama sekali. "Saya dari Barcelona. Saya ahli kelab bersama datuk saya, bapa sedara saya dan sepupu saya," kata Fabregas.

"Pemain Barcelona merupakan kawan saya sejak bertahun lama. Puyol beri keyakinan kepada saya dan mengambil berat tentang saya seperti seorang abang. Bojan inspirasi ketenangan. Busquets seorang yang biasa. Xavi seorang pemimpin. Iniesta seorang yang penyabar terutamanya ketika beliau cedera. Messi seorang yang penyabar, pemalu dan sangat baik dan Valdes mempunyai personaliti tinggi."

"Bagaimanapun saya ketua pasukan Arsenal. Wenger pula merupakan bapa kedua saya, orang terpenting dalam hidup saya selepas bapa saya. Beliau sangat menyokong saya dan menjaga saya seperti anaknya. Saya sebahagian dari keluarganya."

"Saya mahu meneruskan perjuang untuk setiap gelaran, terutamanya Liga Juara - Juara, kerana saya seorang pemenang."

Thursday, July 29, 2010

Tips menjadi romantik


Romantis merupakan satu perkara yang unik di mana tidak semua orang mampu memilikinya. Namun hampir semua orang mahu pasangannya seorang yang romantik. Pasangan yang romantik bukan sahaja mampu memberi kebahagian kepada kita, malah mampu mengukuhkan lagi hubungan percintaan. Antara 10 tips untuk menjadikan diri anda sebagai seorang yang romantik ialah :



1) Jangan segan silu meluahkan rasa sayang kamu pada si dia. Tapi biarlah ianya datang dari hati yang ikhlas. Jangan hipokrit tau!

2) Jika si dia merajuk, tak salah kalu kamu memujuknya. Hati cepat sejuk bila mendengar pujukan kamu.

3) Renungi mata si dia bila kamu berhadapan dengannya. Pastikan si dia menyedari cahaya cinta melalui mata kamu.

4) Bercakap secara lembut dengan nada suara yang rendah dan teratur. Elakkan dari meninggikan suara atau ketawa dengan kuat. Biarlah menjadi'soft-spoken'.

5) Sentiasa memimpin tangan si dia ketika berjalan seiringan. Biarlah si dia rasa selamat berada di sisi kamu.

6) Sesekali apa kata kalau kamu membelikan si dia hadiah istimewa buat si dia. Biarpun murah, janji pemberian itu ikhlas.

7) Sering mengambil berat akan si dia tapi janganlah sampai mengongkong. Nanti si dia akan boring dengan sikap kamu itu.

8) Selalu berpakaian sedondon ketika keluar bersama. Contohnya, jika si dia pakai baju merah, kamu pun turut memakai pakaian berwarna merah.

9) Kunjungi tempat-tempat yang boleh menimbulkan mood yang romantik. Contohnya di tepi pantai atau kawasan peranginan.

10) Lemparkan senyuman yang paling manis buatnya ketika berjumpa. Pastikan senyuman itu mampu mencairkan hatinya.

Isteri intip suami langgan pelacur

gambar hiasan



Seorang isteri berjaya mengintip kegiatan suaminya selama ini yang menjadi pelanggan setia rumah pelacuran yang digelar ‘Rumah Kuning’.

Kawasan tersebut terletak di kawasan perumahan di pinggir bandar raya Johor Bahru dan hanya boleh dilanggan melalui tempahan istimewa telefon. Kawasan tersebut juga hanya mempunyai satu jalan keluar masuk sekali gus menjadikan rumah tersebut paling selamat untuk melanggan wanita warga Indonesia.

Isteri tersebut berjaya membongkar rahsia rumah itu selepas berang dengan tindakan suaminya yang gemar menghabiskan duit.

Nasib Liverpool di tangan Rabotnicki Skopje


Roy Hodgson bakal berdepan dengan perlawanan kompetetif pertama beliau sebagai pengurus Liverpool untuk bertemu Rabotnicki Skopje di Macedonia bagi kelayakkan Piala Europa pusingan ke-3 awal pagi esok.

Pemain bintang Liverpool dari England Steven Gerrard, Jamie Carragher, Glen Johnson dan Joe Cole terpaksa direhatkan untuk perlawanan ini berikutan tahap kecerdasan mereka masih belum berada pada tahap memuaskan.

Penyokong Liverpool berpeluang untuk menyaksikan aksi pemain muda The Reds seperti Jonjo Shelvey, Tom Ince, David Amoo, Lauri Dalla Valle, Nathen Ecclestone, Peter Gulacsi dan Martin Hansen.

Liverpool mungkin tiada masalah dibahagian pertahanan di mana Martin Skrtel, Daniel Agger, Danny Wilson dan Sotirios Kyrgiakos disahkan cerdas untuk bermain. Sementara itu, Alberto Aquilani akan memulakan musim baru Liverpool dengan harapan tiada lagi masalah kecederaan untuk menjadi pemain perancang bagi perlawanan ini.

Di bahagian serangan pula, David Ngog menjadi penentu buat Liverpool bagi memulakan kempen musim ini dengan kemenangan pertama. Bintang Piala Dunia lain seperti Fernando Torres, Dirk Kuyt, Maxi Rodriguez dan Javier Mascherano semuanya masih dikecuali daripada kem latihan.

Analisis : Kenapa Torres perlu berhijrah ke Chelsea




Spekulasi pemindahan terbesar musim ini, Fernando Torres ke Chelsea masih belum tamat walaupun Roy Hodgson memaklumkan penyerang sensasi itu mahu kekal di Anfield.

Chelsea bersedia untuk melancarkan tawaran lumayan buat Liverpool sekiranya Torres berhasrat untuk berpindah. Beberapa faktor boleh jadi pertimbangan buat penyerang Sepanyol itu untuk berhijrah ke Stamford Bridge :

1) Chelsea sebagai pasukan yang lebih kuat berbanding Liverpool. Mempunyai barisan pemain yang bertaraf dunia seperti yang dimahukan Torres supaya Liverpool mendapatkan empat hingga lima bintang jika mahu terus bersaing dalam Liga Inggeris.

2) Torres akan bermain secara berganti dengan Didier Drogba dan Nicolas Anelka sekali gus boleh mengelakkan masalah kecederaan yang dihadapi dirinya serta boleh mengekalkan beliau sentiasa berada pada prestasi tertinggi.

3) Bayaran £110,000 seminggu untuk Torres di Liverpool sehingga 2013 adalah tidak berbaloi berikutan cukai 50% yang dikenakan UK terhadap orang asing. Ini meletakkan nilai gaji bersih Torres lebih murah berbanding pemain yang bukan setaraf beliau.

MLS All Star 2 - 5 Manchester United (highlights)


Manchester United bangkit daripada kekalahan memalukan di tangan Kansas City sebelum ini untuk cemerlang membelasah MLS All Stars 5-2.

Pemain baru United, Javier ‘Chicharito’ Hernandez berjaya menjaringkan gol pertama beliau untuk United disamping gol daripada Federico Macheda (2), Darron Gibson dan Tom Cleverley.



Aksi lucah pelajar dirakam di surau

gambar hiasan



Adegan seks oral daripada dua pelajar Tingkatan Dua di Bintulu, Sarawak di surau tersebar meluas di internet dan telefon bimbit.

Pelajar yang berpakaian sekolah itu melakukan adegan tersebut di surau sekolah dengan lencana sekolah dapat dilihat. Kejadian tersebut berlaku ketika guru sedang menghadiri mesyuarat hujung tahun dan ketiadaan mereka tidak disedari rakan.

Dimaklumkan pelajar wanita tersebut telah berpindah ke sekolah lain di Kuching sementara pelajar lelaki itu masih kekal di sekolah lama.

Tuala wanita tertinggal dalam rahim




Seorang ibu yang baru melahirkan anak sulung terpaksa menahan derita selepas tuala wanita tertinggal di dalam rahimnya ketika proses melahirkan anak.

Ibu di Permatang Sungai Dua itu mendakwa beliau mengalami kesakitan yang serius selepas beberapa hari di keluarkan daripada hospital. Bagaimanapun selepas di hantar ke klinik untuk rawatan, doktor mendakwa ia merupakan sakit biasa yang dialami selepas melahirkan anak.

Bagaimanapun kesakitan yang tidak beransur pulih itu memaksa mangsa pergi mendapatkan rawatan di klinik swasta sebelum diminta dihantar ke Hospital Kepala Batas (HKB) dan didapati terdapat tuala wanita yang digunakan untuk menahan darah di dalam rahim mangsa.

Suami mangsa yang kecewa dengan tindakan hospital tersebut membuat laporan polis dan ingin mengambil tindakan undang - undang.

152 terkorban pesawat Pakistan terhempas




Pesawat yang membawa seramai 152 penumpang termasuk enam krew terhempas di antara dua bukit di luar Islamabad ketika waktu hujan lebat dengan pemandangan yang terhad.

Laporan mendakwa semua penumpang dan krew yang berada di pesawat terbunuh. Bagaimanapun setakat ini punca kejadian tersebut masih belum diketahui.

Kejadian tersebut merupakan tragedi terburuk berlaku di Pakistan dalam tempoh 18 tahun. Pesawat Airblue ED 202 yang berlepas dari Karachi itu mendapat arahan daripada pengawal trafik udara agar menggunakan laluan lain bagi mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Benazir Bhutto di Islamabad.

Pesawat tersebut didakwa terbang rendah sebelum terhempas dan selain itu menurut pegawai Pihak Berkuasa Penerbangan Awam, Zeeshan Haider terdapat tujuh orang kanak-kanak dan dua orang bayi dalam pesawat itu.

Sultan Brunei miliki 7,000 kereta




Percaya atau tidak, Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah merupakan pemilik kereta paling mewah dan yang terbesar di dunia menurut GTSpirit.com.

Baginda dikatakan memiliki sehingga 7,000 koleksi kereta mewah yang bernilai AS$5 bilion (RM15.9 bilion). Antara kereta yang dimiliki olehnya ialah Porsche 959, Porsche Carrera GT, Lamborghini Diablo Jota, Lamborghini Murcielago LP640, Bugatti EB110, dua buah Bugatti Veyron, Maybach 62, Jaguar XJR-15 dan enam Dauer 962s.

Selain itu, baginda mempunyai Porsche Carma dan Koenigsegg Agera CC GT yang merupakan satu - satunya kereta di dunia ini. Menurut laporan, setakat pada 30 Jun 2010, baginda mempunyai 604 buah Rolls Royce, 574 Mercedes-Benze, 452 Ferrari, 382 Bentley, 209 BMW, 179 Jaguar, 134 Koenigsegg, 21 Lamborghini, 11 Aston Martin dan sebuah SSC.

Bagaimanapun kereta tersebut disimpan di lokasi yang dirahsiakan.

Wednesday, July 28, 2010

Bila binatang update status di facebook




Cicak : Tuan rumah baru beli reket elektrik, gua kenduri nyamuk BBQ mlm nih…

Nyamuk : Baru habis ronda rumah Ajoi… kenyang burp, Alhamdulillah...

Aedes: Baru jer selamat bagi injekan maut, yeah!!!

Ayam: Tidaaaaaaaaaaaak, Besok majikan gua mau buat kenduri kesyukuran, gua mau di sembeliiiiihhh!...

Cicak : isteriku tersepit pintu

Kucing Betina: “Anak i yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa. I sendiri lupa bapaknya siapa.”

Ayam : Kawan2…kalu esok guwe tak update…bererti guwe udah di goreng….I luv u all… jangan luper wat kenduri arwah untuk I yaa...

Nyamuk: Siot, sekali drug addict gua hantam. Gua positif HIV AIDS... uwaaaaaaa

Cicak : Mau ke ke bilik air anak tuan rumah jap … baru beli videocam baru …

Kucing: Baru je add awek sebelah umah... keturunan PARSI beb!!!

Tikus: Operasi malam ni... selongkar kitchen kabinet... sape nak ikot?

Gambar lawak sukan




Kubur orang kaya





Berhati - hati dengan mouse anda




Inter tawar £12.5 juta + Sulley Muntari untuk Mascherano




Inter Milan tidak membuang masa untuk mendapatkan khidmat Javier Mascherano yang memaklumkan untuk meninggalkan Anfield dalam masa terdekat.

Ketua pasukan Argentina itu bernilai antara £20 juta hingga £25 juta namun presiden Inter, Massimo Moratti enggan melabur sebanyak itu. Jadi, untuk mengurangkan nilai perpindahan pemain itu, Inter menawarkan Sulley Muntari beserta £12.5 juta untuk ditukar dengan Mascherano.

Pemain kebangsaan Ghana yang bermain dalam Piala Dunia itu diminati oleh Hodgson yang dalam usaha mencari pengganti pemain tengah bahagain pertahanan.

Imbasan EPL musim 2009/2010


Sempena musim 2010/2011 Liga Perdana Inggeris yang bakal bermula dua minggu lagi, eloklah kita mengimbas semula detik suka dan duka EPL musim 2009/2010 di mana Chelsea telah dinoabatkan sebagai juara EPL. enjoy =)




Tunang dibelasah dengan tukul, kemaluan dirodok

Gambar hiasan



Satu kejadian benar di Kuching, Sarawak di mana seorang lelaki membelasah tunangnya dengan menggunakan tukul serta dirodok kemaluan dengan menggunakan bekas deodoran.

Tragedi yang dipercayai berpunca daripada perasaan cemburu buta itu berlaku di rumah mangsa ketika tinggal bersendirian. Mangsa didapati cedera hampir seluruh badan dan suspek telah melarikan diri selepas kejadian.

Mangsa kini dirawat di Hospital Umum Sarawak (HUS) dan dimaklumkan berada pada keadaan stabil. Setakat ini suspek masih belum berjaya dikesan.

Gaya terbaik pemain meraikan gol


Mungkin ini gaya terbaik pemain bola sepak meraikan gol. Perlawanan ini merupakan pertemuan antara Stjarnan menentang Fylkir di Iceland dan gol yang dijaringkan merupakan gol kemenangan pada masa tambahan.

Penjaring gol, Halldor Orri melakukan gaya memancing dengan rakan sepasukannya, Johann Laxdal sebagai ikan. Kemudian rakan lain menangkap ikan tersebut dan adegan mengambil gambar dilakukan. Lihat video di bawah. enjoy =)




SC Neusiedl 0 - 4 Arsenal (Highlights)


Arsenal mengekalkan rekod bersih dalam siri perlawanan persahabatan pra musim 2010/2011 dengan menewaskan SC Neusiedl 4-0.

Jaringan daripada Theo Walcott dan Jay Emmanuel Thomas pada separuh masa pertama dilebarkan oleh Chamakh dan Vela pada babak kedua. Pasukan tuan rumah berpeluang menghasilkan gol tunggal perlawanan menerusi sepakan penalti namun berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Arsenal.

Sila lihat video di bawah untuk highlights pertemuan ini. enjoy =)




Tuesday, July 27, 2010

Jutawan yahudi bina Masjid di Perancis





Jutawan Yahudi, Roberth Harush mengejutkan dunia dengan tindakan beliau untuk membiayai pembangunan masjid besar di Montereau, Perancis.

Rakyat yang berasal dari Ashkelon Israel itu menegaskan tujuan beliau berbuat demikian adalah sebagai satu toleransi agama. Beliau memaklumkan sudah muak dengan tindakan Israel yang menimbulkan keceman dunia dan sebagai satu toleransi agama, beliau memutuskan untuk membiayai penuh pembinaan masjid tersebut.

"Saya sudah muak dan lelah. Suara dari orang-orang yang waras harus muncul. Ini bukan usaha murahan tapi saya lakukan dengan sepenuh hati,"tegasnya.


Sumber : tribunnews.com [fakta daripada internet, kesahihan tidak dapat dipastikan]

Mascherano boleh tinggalkan Liverpool





Javier Mascherano dimaklumkan beliau boleh meninggalkan Liverpool selepas berbincang dengan pihak Anfield semalam.

Ketua pasukan Argentina itu berbincang dengan Roy Hodgson selepas kembali dari cuti di mana sebelum ini beliau mengabaikan usaha pengurus baru Liverpool itu untuk menghubunginya. Mascherano memaklumkan beliau mahu meninggalkan Liverpool pada musim lepas selepas Barcelona berminat dengan khidmatnya namun diminta untuk kekal lagi setahun oleh kelab.

Hodgson yang berharap Steven Gerrard dapat mempengaruhi rakan sepasukannya itu akhirnya mendapat jawapan dengan kesediaan Liverpool untuk melepaskan pemain tengah mereka.

Mascherano dijangka akan mengikut jejak langkah Rafael Benitez ke Inter Milan atau berhijrah ke Barcelona yang sudahpun kehilangan khidmat Yaya Toure.

Fabegas setuju kontrak peribadi bersama Barcelona

Cesc Fabregas in Barcelona shirts (Getty Images)



Ketua pasukan Arsenal, Cesc Fabregas dilaporkan setuju dengan kontrak peribadinya bersama juara Sepanyol, Barcelona.

Pemain kebangsaan Sepanyol itu dimaklumkan sekiranya beliau meninggalkan Arsenal, beliau akan berhijrah ke Nou Camp dengan kontrak selama lima tahun bernilai £5.9 juta setahun.

Bagaimanapun Arsenal masih belum membuat keputusan berhubung yuran perpindahan dan Arsene Wenger memakluman beliau tidak mahu berjumpa dengan juara Piala Dunia itu minggu ini dan masa depan pemain tersebut akan dibincangkan selepas itu.

Liverpool mahu Diego Forlan sebagai pengganti Torres





Roy Hodgson dipercayai akan memburu pemain terbaik Piala Dunia 2010, Diego Forlan sekiranya Fernando Torres meninggalkan Anfield.

Liverpool yang mahu membina semula kekuatan kelab mereka berhasrat membawa pemain bintang Atletico Madrid itu kembali ke England. Penyerang Uruguay itu dipercayai bernilai £15 juta dan Liverpool bersedia untuk memiliki bekas pemain Manchester United ini.

Torres yang bernilai £50 juta diburu oleh Chelsea dan Manchester City namun juara Piala Dunia itu masih belum memutuskan masa depan beliau.

Arsenal sedia £10 juta untuk Mertesacker





Arsenal dilaporkan sedia untuk membuat bidaan sebanyak £10 juta bagi memiliki pertahanan Jerman, Per Mertesacker yang juga merupakan pemain kelab Werder Bremen.

Arsene Wenger bersedia untuk membuat perubahan selepas tawaran £14 juta bagimemiliki Phil Jagielka ditolak. Arsenal kini sedang mencari pengganti kepada pertahanan mereka iaitu William Gallas and Mikael Silvestre.

Sebelum ini Arsenal telah membelanjakan £10 juta untuk Laurent Koscielny dari Perancis untuk bahagian pertahanan dan kini Wenger masih berusaha untuk memperkuatkan lagi pertahanan mereka.

50 gol terbaik Piala Dunia dalam sejarah



Piala Dunia merupakan kejohanan paling berpestij di antarabangsa. Pelbagai aksi jaguh bola sepak dari seluruh pelusuk dunia dipamerkan untuk melakar nama.

Mereka menghasilkan gol dengan pelbagai gaya dan cara yang menarik. Di sini dimuatkan 50 gol terbaik sepanjang Piala Dunia sejak kali pertama diadakan pada tahun 1930. (kecuali Piala Dunia 2010) enjoy =)




Monday, July 26, 2010

Tips ayat awek / jaga hati awek


Ramai jejaka terpinga - pinga macam mana la nak mengayat awek/perempuan. Ada yang direjek, ada juga yang bernasib baik. So, kat sini ada beberapa tips untuk jaga hati perempuan. Bagi yang da berpunya, boleh amalkan untuk jaga hati si dia supaya lebih sayang.. =)




1. Bila awek nie die katakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan korang selepas korang menyakiti hatinya, lebih baik korang beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum korang menegur dengan ucapan maaf.

3. Aweks kat lua sner tue susah nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang.

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika korang tidak suka dengan gadis yang sukakan korang separuh mati sbb korang rs korang encem sgt, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang korang tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri dari korang selepas korang tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika.Sekiranya korang masih ingin menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika korang menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenali korang dengan lebih mendalam.


15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat dengan korang.


16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungi korang atau menunggu panggilan dari korang, teruskan usaha korang untuk takel die... xkesah la kene kad merah ke kuning.. jnji dapat tekel.. hehe

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau korang masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadap korang

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So, kalau nak memikat wanita pandai-pandailah

5 gol paling kelakar di dunia


Hiburkan hati dengan menyaksikan antara 5 gol paling kelakar di dunia.
Gol yang boleh dikategorikan nasib, ataupun tidak bernasib baik.
Jom saksikan video di bawah ini. enjoy =)



Info anak1Malaysia