Sunday, August 29, 2010

Raul Meireles ke Liverpool




Raul Meireles menegaskan beliau bukan pengganti Javier Mascherano selepas melengkapkan perpindahan ke Liverpool.

Meireles menyertai skuad Roy Hodgson dengan yuran perpindahan sebanyak £11.5juta dengan kontrak selama empat tahun bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Mascherano dan Alberto Aquilani.

"Hodgson merupakan kunci kepada saya ke sini kerana beliau bekerja keras untuk mendapatkan khidmat saya. Saya Meireles dan bukannya Mascherano dan itu yang perlu penyokong tahu. Saya harap penyokong Liverpool akan mengingati saya satu hari nanti," jelas Meireles.

Meireles telah menjuarai empat kejuaraan bersama Porto dan telah bermain sebanyak 38 perlawanan bersama Portugal serta menjadi kesebelasan utama dalam kesemua perlawanan Portugal ketika Piala Dunia.

Kisah pasangan di bulan puasa




Ada sepasang suami isteri, baru berkahwin, menjalani puasa pertama kali sebagai suami isteri. Hendak dijadikan cerita, mereka ni pun bergaduh xtentu pasal apa.

Si suami pun dgn merajuk tidak mahu becakap dengan bininya. Jadi malam harinya dia pun tulis satu nota untuk si isteri: "Sahur nanti kejutkan abang eh" dan disimpan dekat dengan tempat tidur isterinya.

Apabila si suami ni bangun, hari sudah pun siang dan dia mendapati ada sekeping nota dengan tulisan bini dia: "Bang, bangun bang, makan sahur." Hahaha~

Facebook saman Teachbook




Facebook bertindak memfailkan saman terhadap web masyarakat perguruan baru, Teachbook.com kerana menggunakan perkataan "book".

Tindakan yang diambil Facebook terhadap Teachbook yang masih belum dilancarkan adalah kerana laman web tersebut cuba menggunakan populariti facebook untuk menamakan laman web mereka.

Facebook yang mempunyai lebih 500 juta pengguna menyifatkan Teachbook bersaing secara tidak adil dengan mencemar hak cipta. Laman Teachbook yang masih belum dilancarkan itu baru memiliki 47 ahli setakat ini.

70 dosa - dosa besar yang perlu anda tahu

Mengikut Imam Azzahabiyy dalam kitabnya "al-kabaair' beliau cuba menghimpunkan jenis dosa-dosa besar sebanyak 70 perkara:

[klik di sini untuk bacaan lanjut...]

/

Buang air kecil atas sejadah




Seorang lelaki yang menyertai satu perhimpunan anti-Islam membuang air kecil di atas sejadah berikutan seorang pemandu teksi cedera akibat ditikam penumpangnya.

Kejadian yang berlaku di masjid Iman di Steinway Street, Astoria ini terjadi semasa jemaah sedang menunaikan solat Tarawikh dan lelaki tersebut menyerbu masuk. Beliau menngutuk serta menunjukkan isyarat lucah kepada jemaah Islam serta menyifatkan mereka sebagai pengganas.

Lelaki tersebut dalam keadaan mabuk dengan membawa botol bir masuk ke dalam masjid itu. Dalam kejadian yang berbeza, sebuah masjid di daerah Madera, California digeledah masuk dan terdapat mesej yang ditulis iaitu ‘Wake up America, the enemy is here’.

Manchester United 3 - 0 West Ham (highlights)




Gol Rooney


Gol Nani


Gol Berbatov

Chelsea 2 - 0 Stoke City (highlights)




Penalti Lampard


Gol Malouda


Gol Drogba

Blackburn 1 - 2 Arsenal (highlights)




Separuh masa pertama


Separuh masa kedua

Rooney tamakan penantian 5 bulan tanpa gol




Manchester United mara ke tempat ketiga liga selepas kejayaan menumbangkan West Ham 3-0. Wayne Rooney, Nani dan Dimitar Berbatov masing - masing menjaringkan gol tunggal buat United untuk meletakkan West Ham di tangga tercorot liga selepas tiga perlawanan.

Pengurus United, Sir Alex Ferguson membuat tiga pertukaran kesebelasan utama dengan Wayne Rooney, Nani dan Dimitar Berbatov bermain untuk menggantikan posisi Ji-Sung Park, Antonio Valencia dan Javier Hernandez.

Selepas tewas di tangan Bolton Wanderers, Avram Grant cuba melakuakn seidikit perubahan dengan menurunkan Jonathan Spector dan Luis Boa Morte. Keadaan ini menyebabkan Pablo Barrera dan Frederic Piquionne terpaksa direhatkan.

Strategi bertahan yang dilakukan pasukan pelawat memberi kesukaran buat United untuk menembusi benteng pertahanan lawan namun tekanan itu ahirnya tamat pada minit ke-33 selepas Spector menjatuhkan Ryan Giggs di dalam kotak penalti.

Rooney yang tidak pernah menjaringkan gol dalam lima bulan sebelum ini berjaya menamatkan badi tersebut dengan menyempurnakan peluang sepakan penalti untuk meletakkan United di depan dengan 1-0.

Babak kedua menjadikan Rooney cemerlang untuk membantu jaringan Nani lima minit sejurus bermula sebelum aksi akrobatik daripada Berbatov bagi memastikan kemenangan bergaya United 3-0 ke atas West Ham.

Chelsea terus gah




Jumlah gol tidak seperti yang dilakukan Chelsea dalam dua perlawanan sebelum ini tetapi juara Liga Perdana England ini tidak membuat kesilapan untuk mencatat kemenangan ke atas Stoke 2-0.

Stoke City mempunyai rekod buruk ketika kali terakhir melawat Stamford Bridge dengan kekalahan 7-0. Walaupun tewas lagi pada perlawana kali ini, Stoke boleh disifatkan lebih baik berbanding West Bromwich Albion dan Wigan Athletic.

Frank Lampard mungkin boleh dipersalahkan selepas gagal menyempurnakan sepakan penalti akibat Florent Malouda yang dijatuhkan Ryan Shawcross setelah berjaya diselamatkan oleh Thomas Sorensen pada minit ke-9.

Akhirnya kekentalan pertahanan Stoke berjaya ditembusi Malouda yang menjaringkan gol keempat musim ini. Chelsea semakin ghairah selepas berjaya merobek gawang gol pasukan pelawat tetapi Sorensan bertindak cemerlang untuk mengelak nasib yang sama ditimpa West Brom dan Wigan.

Tetapi kegopohan penjaga gol ini membawa padah selepas menjatuhkan Nicolas Anelka di dalam kotak penalti untuk memberikan penalti yang kedua buat Chelsea. Kali ini Drogba tidak mengikuti jejak malang Lampard untuk memberikan gol kedua buat tuan rumah.

Ramires turut bermain buat pertama kali untuk The Blues dalam perlawanan ini sebagai pemain gantian namun gagal memberikan sebarang impak yang bagus selain daripada hantaran pendek yang dilakukan.

Arshavin beri Arsenal kemenangan




Arsenal tidak mempunyai masalah untuk menumpaskan Blackburn Rovers 2-1 di Ewood Park yang membawa The Gunners kekal bersaing di kelompok teratas liga.

Theo Walcott sekali lagi mempamerkan aksi cemerlang dengan meletakkan Arsenal didepan pada separuh masa pertama namun dinafikan oleh Mame Biram Diouf tidak lama selepas itu.

Andrei Arshavin menjadi wira dengan menjaringkan gol kemenangan Arsenal tetapi Arsenal terpaksa membawa keluar Robin Van Persie akibat kecederaan yang mungkin bakal memberikan berita yang buruk.

Arsene Wenger menukar kesebelasan utama selepas kejayaan membelasah Blackpool di Emirates minggu lepas. Cesc Fabregas dan Van Persie akhirnya cerdas sepenuhnya untuk bermain dengan Alex Song kembali bermain di bahagian tengah. Laurent Kocielny yang digantung satu perlawanan turut bermain.

Musim lepas menyaksikan hampir semua kelab utama gagal memanfaatkan mata dari Ewood Park tetapi tuan rumah hampir memberikan gol mudah kepada Arsenal namun berjaya dinafikan oleh Paul Robinson di awal perlawanan.

Arshavin menjadi perancang untuk melakukan serangan dengan menghantar bola kepada Van Persie bagi memberi runag cantik kepada Theo Walcott menyempurnakan peluang gol.

Kemudian, kebijaksanaan Samba menghantar bola kepada El-Hadji Diouf yang tidak mempunyai masalah untuk melepasi rintangan Laurent Koscielny bagi memberi ruang kepada Mame Diouf yang mudah menjaringkan gol penyamaan.

Arsenal terus berusaha untuk mencari gol kemenangan dengan Bacary Sagna membawa bola sehingga ke hujung kanan padang sebelum membuat hantaran lintang yang merbahaya untuk Fabregas namun percubannya berjaya dihalang. Malang buat tuan rumah apabila bola tersebut jatuh ke kaki Arshavin yang tenang membuat penyudahan untuk menghasilkan gol kemenangan.