Arsenal tidak mempunyai masalah untuk menumpaskan Blackburn Rovers 2-1 di Ewood Park yang membawa The Gunners kekal bersaing di kelompok teratas liga.
Theo Walcott sekali lagi mempamerkan aksi cemerlang dengan meletakkan Arsenal didepan pada separuh masa pertama namun dinafikan oleh Mame Biram Diouf tidak lama selepas itu.
Andrei Arshavin menjadi wira dengan menjaringkan gol kemenangan Arsenal tetapi Arsenal terpaksa membawa keluar Robin Van Persie akibat kecederaan yang mungkin bakal memberikan berita yang buruk.
Arsene Wenger menukar kesebelasan utama selepas kejayaan membelasah Blackpool di Emirates minggu lepas. Cesc Fabregas dan Van Persie akhirnya cerdas sepenuhnya untuk bermain dengan Alex Song kembali bermain di bahagian tengah. Laurent Kocielny yang digantung satu perlawanan turut bermain.
Musim lepas menyaksikan hampir semua kelab utama gagal memanfaatkan mata dari Ewood Park tetapi tuan rumah hampir memberikan gol mudah kepada Arsenal namun berjaya dinafikan oleh Paul Robinson di awal perlawanan.
Arshavin menjadi perancang untuk melakukan serangan dengan menghantar bola kepada Van Persie bagi memberi runag cantik kepada Theo Walcott menyempurnakan peluang gol.
Kemudian, kebijaksanaan Samba menghantar bola kepada El-Hadji Diouf yang tidak mempunyai masalah untuk melepasi rintangan Laurent Koscielny bagi memberi ruang kepada Mame Diouf yang mudah menjaringkan gol penyamaan.
Arsenal terus berusaha untuk mencari gol kemenangan dengan Bacary Sagna membawa bola sehingga ke hujung kanan padang sebelum membuat hantaran lintang yang merbahaya untuk Fabregas namun percubannya berjaya dihalang. Malang buat tuan rumah apabila bola tersebut jatuh ke kaki Arshavin yang tenang membuat penyudahan untuk menghasilkan gol kemenangan.
Kongsi artikel ini di Facebook