Sunday, August 29, 2010

Chelsea terus gah




Jumlah gol tidak seperti yang dilakukan Chelsea dalam dua perlawanan sebelum ini tetapi juara Liga Perdana England ini tidak membuat kesilapan untuk mencatat kemenangan ke atas Stoke 2-0.

Stoke City mempunyai rekod buruk ketika kali terakhir melawat Stamford Bridge dengan kekalahan 7-0. Walaupun tewas lagi pada perlawana kali ini, Stoke boleh disifatkan lebih baik berbanding West Bromwich Albion dan Wigan Athletic.

Frank Lampard mungkin boleh dipersalahkan selepas gagal menyempurnakan sepakan penalti akibat Florent Malouda yang dijatuhkan Ryan Shawcross setelah berjaya diselamatkan oleh Thomas Sorensen pada minit ke-9.

Akhirnya kekentalan pertahanan Stoke berjaya ditembusi Malouda yang menjaringkan gol keempat musim ini. Chelsea semakin ghairah selepas berjaya merobek gawang gol pasukan pelawat tetapi Sorensan bertindak cemerlang untuk mengelak nasib yang sama ditimpa West Brom dan Wigan.

Tetapi kegopohan penjaga gol ini membawa padah selepas menjatuhkan Nicolas Anelka di dalam kotak penalti untuk memberikan penalti yang kedua buat Chelsea. Kali ini Drogba tidak mengikuti jejak malang Lampard untuk memberikan gol kedua buat tuan rumah.

Ramires turut bermain buat pertama kali untuk The Blues dalam perlawanan ini sebagai pemain gantian namun gagal memberikan sebarang impak yang bagus selain daripada hantaran pendek yang dilakukan.
Kongsi artikel ini di Facebook
Related Posts with Thumbnails