Manchester United mara ke tempat ketiga liga selepas kejayaan menumbangkan West Ham 3-0. Wayne Rooney, Nani dan Dimitar Berbatov masing - masing menjaringkan gol tunggal buat United untuk meletakkan West Ham di tangga tercorot liga selepas tiga perlawanan.
Pengurus United, Sir Alex Ferguson membuat tiga pertukaran kesebelasan utama dengan Wayne Rooney, Nani dan Dimitar Berbatov bermain untuk menggantikan posisi Ji-Sung Park, Antonio Valencia dan Javier Hernandez.
Selepas tewas di tangan Bolton Wanderers, Avram Grant cuba melakuakn seidikit perubahan dengan menurunkan Jonathan Spector dan Luis Boa Morte. Keadaan ini menyebabkan Pablo Barrera dan Frederic Piquionne terpaksa direhatkan.
Strategi bertahan yang dilakukan pasukan pelawat memberi kesukaran buat United untuk menembusi benteng pertahanan lawan namun tekanan itu ahirnya tamat pada minit ke-33 selepas Spector menjatuhkan Ryan Giggs di dalam kotak penalti.
Rooney yang tidak pernah menjaringkan gol dalam lima bulan sebelum ini berjaya menamatkan badi tersebut dengan menyempurnakan peluang sepakan penalti untuk meletakkan United di depan dengan 1-0.
Babak kedua menjadikan Rooney cemerlang untuk membantu jaringan Nani lima minit sejurus bermula sebelum aksi akrobatik daripada Berbatov bagi memastikan kemenangan bergaya United 3-0 ke atas West Ham.
Kongsi artikel ini di Facebook