Thursday, August 5, 2010

Special : Wayne Rooney dulu dan kini (video)


Video special Wayne Rooney dulu dan kini



Chelsea pra-musim 2010/2011 (video)


Video Chelsea FC pra-musim 2010/2011



Arsenal pra-musim 2010/2011 (video)


Video Arsenal pra-musim 2010/2011



Buaya ditemui di PD




Selepas pelbagai penafian dibuat berhubung dakwaan terdapat buaya di pantai Port Dickson, akhirnya buaya tersebut muncul di pantai Ixora Permai, Tanjung Agas.

Pelik tapi benar. Itulah yang mungkin boleh diungkapkan terhadap penemuan buaya di pantai. Buaya tersebut ditemui oleh tiga orang pekerja binaan yang memancing di kawasan tersebut.

Mereka terkejut apabila melihat satu objek besar terapung dan selepas dihayati ternyata objek tersebut adalah buaya. Buaya itu disahkan mati dengan terdapat kesan tembakan di perut.

Pasangan takut lari berbogel

gambar hiasan



Niat sepasang kekasih untuk bermadu asmara di sebuah ladang kelapa sawit terbantut selepas mendengar bunyi tembakan menyebabkan mereka lari lintang pukang dengan berbogel.

Mereka yang menyangkakan tembakan tersebut diarahkan kepada mereka panik selepas terdengar bunyi tembakan itu. Mereka menaiki motosikal untuk ke ladang tersebut yang pada mulanya berniat untuk melawat ibu gadis itu di hospital.

Mereka akan didakwa di bawah Seksyen 9 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kedah 1988 dan boleh dikenakan hukuman penjara atau denda RM2,000

Jiran rodok budak dengan parang

gambar hiasan


Seorang jiran yang sakit mental di Kota Kinabalu mengamuk dan menjerit dengan menggunakan parang sehingga menyebabkan seorang kanak - kanak lelaki berumur 6 tahun dirodok.

Kejadian tersebut turut menyaksikan lima lagi mangsa cedera akibat dilibas dengan parang. Suspek yang merupakan jiran mereka tiba - tiba masuk ke rumah lalu mengamuk sebelum merodok parang ke perut kanak - kanak tersebut. Sepupunya yang cuba menyelamatkan keadaan turut dilibas dengan parang.

Suspek kemudian pergi ke rumah yang dihuni oleh empat orang lelaki dan menjerit - jerit di rumah tersebut. Tuan rumah yang tidak senang dengan tindakan itu marah dan menghalau suspek namun suspek bertindak lebih liar dengan melibas mereka sehingga hampir putus jari.

Airtricity League XI 1 - 7 Manchester United (highlights)


Manchester United mudah membelasah Airtricity League XI 7-1 dalam perlawanan persahabatan terakhir mereka sebelum memulakan kempen liga musim ini.

Park Ji-Sung membuka jaringan pertama diikuti Michael Owen yang turut menyumbangkan gol dalam penampilan sulung beliau buat United. Pemain baru United, Hernandez turut mencatat nama sebagai penjaring sebelum Valencia menghancurkan harapan tuan rumah.

Jonny Evans dan penalti Nani turut tidak ketinggalan dalam melengkapkan kemenangan besar United sebelum ke Wembley Ahad ini untuk bertemu Chelsea dalam piala Community Sheild. Jaringan tunggal tuan rumah Dave Mulcahy menerusi gerakan solo yang cantik mungkin menjadi kenangan terindah untuk mereka.



Hamburg 2 - 1 Chelsea (highlights)

Lampard meraikan gol tunggal bersama Essien

Chelsea terpaksa menerima kekalahan ketiga dalam siri perlawanan persahabatan mereka selepas tewas 2-1 ditangan Hamburg awal pagi semalam.

Lampard menjaringkan gol tunggal buat Chelsea sebelum Petric dan Son memastikan kemenangan tuan rumah. Carlo Ancelotti membariskan kesebelasan yang kuat dibarisi oleh John Terry, Branislav Ivanovic, John Obi Mikel, Nicolas Anelka, Salomon Kalou, Frank Lampard dan Florent Malouda selain memasukkan Didier Drogba pada separuh masa kedua.

Perlawanan ini merupakan persiapan terakhir Chelsea sebelum menghadapi Manchester United dalam Community Sheild Ahad ini.



Join liga a1M Fantasy EPL

Sertai Liga anak1Malaysia dan dapatkan berita terkini serta tips pemilihan pemain

Nama liga : anak1Malaysia
Code liga : 632185-147709
Huraian : Markah keseluruhan dikira berdasarkan jumlah kutipan mata setiap kumpulan

Nama liga : anak1Malaysia(liga)
Code liga : 632185-147716
Huraian : Setiap pasukan akan bertemu sesama sendiri setiap minggu. Mata yang lebih tinggi akan dikira sebagai pemenang. 3 mata untuk menang dan 1 mata untuk seri.

Pemain terbaik Fantasy EPL musim 2009/2010

Kongsi artikel ini di Facebook