Thursday, August 5, 2010

Hamburg 2 - 1 Chelsea (highlights)

Lampard meraikan gol tunggal bersama Essien

Chelsea terpaksa menerima kekalahan ketiga dalam siri perlawanan persahabatan mereka selepas tewas 2-1 ditangan Hamburg awal pagi semalam.

Lampard menjaringkan gol tunggal buat Chelsea sebelum Petric dan Son memastikan kemenangan tuan rumah. Carlo Ancelotti membariskan kesebelasan yang kuat dibarisi oleh John Terry, Branislav Ivanovic, John Obi Mikel, Nicolas Anelka, Salomon Kalou, Frank Lampard dan Florent Malouda selain memasukkan Didier Drogba pada separuh masa kedua.

Perlawanan ini merupakan persiapan terakhir Chelsea sebelum menghadapi Manchester United dalam Community Sheild Ahad ini.



Kongsi artikel ini di Facebook
Related Posts with Thumbnails