Thursday, August 5, 2010

Buaya ditemui di PD




Selepas pelbagai penafian dibuat berhubung dakwaan terdapat buaya di pantai Port Dickson, akhirnya buaya tersebut muncul di pantai Ixora Permai, Tanjung Agas.

Pelik tapi benar. Itulah yang mungkin boleh diungkapkan terhadap penemuan buaya di pantai. Buaya tersebut ditemui oleh tiga orang pekerja binaan yang memancing di kawasan tersebut.

Mereka terkejut apabila melihat satu objek besar terapung dan selepas dihayati ternyata objek tersebut adalah buaya. Buaya itu disahkan mati dengan terdapat kesan tembakan di perut.
Kongsi artikel ini di Facebook
Related Posts with Thumbnails